Pixajoy

Pixajoy

Klik-Klik

MARRIED

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

UMUR HAZIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

30102011 In Memory

Assalamualaikum...

30 Oktober 2011 genap lah umo aku 23 tahun.... Dah makin tua ni...HEHE..

Dan...


Pada umo 23 tahun benda yang aku x duga, xsangka dan xpernah berlaku....
Ulang tahun kelahiran aku disambut dengan cara yg berbeza sangat-sangat...Yg xpernah berlaku tiap-tiap tahun, aku memang xde sambut-sambut bufday, kadang-kadang just makan-makan je, tahun lepas ada orang belikan kek Secret Recipe kat opis, tu je la....
Masa tu xde hubungan apa-apa lagi dengan Si Dia, just as opismate je...
Tahun ni baru aku ngan Si Dia menjalin hubungan sulit... HAHA
Sejak aku berstatus 'Single' ni kami jadi rapat, huhu...

Tapi bufday aku kali ni, aku rasa sangat dihargai dan disayangi....Sangat terharu lagi bila Si Dia masak mee kari pada hari bufday aku... Dan belikan sebiji kek yg ada lukisan Angry Birds atas kek tu, x sangka semua ni.... Nangess aku... Sedih, terharu.. Xtau camna nak cakap..... Xpernah pon celebrate camni.... Aku pon xtau yg dia belikan kek, yg tau dia nak masak mee kari je untuk makan-makan kat opis, bila aku tanya sapa yg beli kek ni, dia jawab
"Secret admire awk yg beli tu".

Cik Mun pernah cakap kat dia aku nak kek Angry Birds. Bila aku tengok kek tu, kek Angry Birds.... Xsangka dia betol-betol belikan kek Angry Birds kat aku.... Pandai Si Dia ambil hati aku kan, padahal time bufday dia aku just wish je, makan-makan dengan hadiah xde pon, sedih rasa.....Tapi bufday aku dia wat semua ni....Thanks awk....

~Comel tak kek Angry Birds ni?? HEHE...
Sedap tau... Perasa strawberry 


~Kami semua sambut besday bulan OKTOBER... So Angry Birds yg 4 ekoq tu sorg 1 eaa..
Aku Kaler Biru, Cik Zai kaler Kuning, Cik Nurul kaler Hijau, dan  Cik Mun kaler Merah...Haaaa......Sorg sekoqq.. Ngeee...


~Dengan penaja utama, jeng..jeng..hehe...

Dan malamnya Si Dia ajak keluar makan-makan, dah buat makan-makan dah kat opis....
Malam pon ajak makan-makan lagi, huhu...
Nak makan berdua ea,hehe.... Tapi gi makan Kepsi jek..Aku ngidam CHEZZY WEDGES..... Gulp!!
So aku ok je, malam tunggu dia ambil, aku pakai comel-comel...HAHA *Perasan
leh plak dia tanya nak gi mna pakai menyemart je ni.... Amboi, besday aku kena la pakai over cket...Haha.....


~Motip gambaq ni??
Haaa.......

Petang tu Si Dia ada suruh printkan gambo ni, gambo masa kami g Cameron, ntah nak wat apa.... Aku pon print je la...
Rupanya dia wat kad utk aku, dan ada hadiah.. terharu lagi aku.... Sob...Sob...  : (


~Ni la kad buatan Si Dia, comel x?? Ada ucapan yg wat aku menagis..Wuaarr..So sweet
Hadiah dirahsiakan... Sapa dapat teka??Hehe...

~Aku pantang jumpa  Angry Birds ni, mengedik la aku pon.. Si Dia terpaksa layankan je la aku ni....

~ Dapat masa main tuju-tuju dekat fun fair, suma aku nak...haha...

~Masa dekat Fun Fair ada poster Angry Birds, tergedik-gedik lah aku nak bergambo kat situ... U layankan je la i ni... Ngeee :))


Awak...kalau awk baca blog sy ni, sy ucap terima kasih sangat-sangat buat semua ni untuk sy... Lagu ni sy tujukan untuk awak.... Terima lah ikhlas dari sy yg mencintai awk...
*Pehhh...... Jiwang lak aku,ekeke...


Sofaz - Kenapa Aku Mencintaimu


Aku bertanya apakah ertinya
Suatu perjalanan yang tak ku duga
Hatiku telah terasa dimiliki
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Dulu aku tak pernah merasakan
Indahnya hidup bagaikan hari ini
Walaupun dulu aku pernah dicintai
Tapi dirimu adalah yang terbaik untukku

Kenapakah aku mencintaimu
Walaupun esok dapat ku rasakan
Bahawa cinta ku akan menemanimu
Selamanya bersama hidupku

Apakah itu tanda cinta bermula
Ku hanya berdoa serta menyerah
Hargailah diriku sepenuh jiwa

Aku cinta aku cinta kepadamu

Kenapakah aku mencintaimu
Walaupun esok dapat ku rasakan
Bahawa cinta ku akan menemanimu
Selamanya bersama hidupku

Kenapakah aku mencintaimu
Walaupun esok dapat ku rasakan
Bahawa cinta ku akan menemanimu
Selamanya bersama hidupku

Kenapakah aku mencintaimu
Selamanya aku cinta kepadamu




Dah lama nak buat

Assalamualaikum...

Tajuk entry macam apa lagi..Haha

Saja... Nak ucap THANKS to Liyana Zahim sebab sudi lawat dan komen kat blog cikai ni....
Terharu... Sobs.... Nangess jap.. *Tiru ayt akak cket,hehe




Lagi terharu sebab dia sudi follow blog cikai aku ni..... Wuarr....

Liyana Zahim ni seorang penulis NOVEL, dan aku dah beli novel SEKEBUN BUNGA CINTA yg ditulis oleh LZ ni....Dah baca setengah, nanti dah abis baca leh wat entry lagi..Heheh...
*Lambat btol aku baca novel, almaklum lah...Bz..Haha


Kalau xkenal sapa LZ ni, boleh la kenal-kenal kat blog LIYANA ZAHIM sendiri, orang dia comel.... Ada lesung pipit giteww..

Psstt : Saya suka tengok lesung pipit akak, comel..... (^_^)

Im In Love...!!!

Im in love.....Mmuuaahaha..
Aku dh jtuh cinta kat sorg mamat ni...Ntah knapa aku sangat minat kat dia....

Nak tau sapa mamat tu??
Meh nak gitau...
Mamat tu namanya Johan As'ari...Sapa kenal...Leh lak aku jtuh cinta kat retis...Tapi aku rasa bukan aku je, ada lagi pe yg jtuh cinta juga kat mamat ni,heheh...

Opss...Aku jtuh cnta kt watak dia je...Suka tengok dia berlakon dalam CINTA ELYSA tu...Cakap garang, tapi ati sweet2 jek..Eh..Apa aku ngarut ni...Tapi aku suka je..Xde la sampai nak bercintan cintun..Dia pon xmau kat aku..Haha..

Psstt : Wlupn aku ni dok jatuh cinta kat retis, tapi aku tetap syg kat org yg menyayangi aku.. :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Testing 1,2,3,4.....


Sesaje testing update blog guna android version berkesan ke x ni....Huhu...


Psstt : Bru nak cuba update gna fon stelah lama pkai...Haha..Kuno cket.
Published with Blogger-droid v1.7.4

BAHASA KEDAH

Sapa nak belajaq bahasa kedah boleh mai belajaq tang ni... Hehe... Ayat-ayat kat bawah ni semua aku selalu dok guna...
Senang jek..Hehe...

1. Qhe-ngau = cakar
2. Se-qheyat = reda / surut
3. Hambat = kejar
4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati
5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa
6. Ligan = kejar
7. Cemuih = bosan / jemu
8. Tokak = gigit besar
9. Gey-qhek = basikal
10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)
11. Belemoih = comot / kotor
12. Tetomoih = tersungkor
13. Ku-tey = cubit
14. Tak dan = tak sempat
15. Hebiaq = celupar
16. Maneh melecaih = tersangat manis
17. Lencun = basah
18. Lokoih = basah kuyup
19. Kawaq = pencuri
20. Kanyaq = mentah (berhingus)
21. Ketegaq = degil
22. He-qhot petot = senget benget
23. Me-qhela = gatal
24. Log laq = cemekap / cuai
25. Hawing = pusing
26. Punggai = baling / lempar
27. Tengalong = tuju/ baling
28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah
29. Ayaq achaq = air longkang
30 .Ha-qhin = hancing
31. Kelepiaq = melibas
32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat jokes
33. Hemoi = "muka tak malu"
34. Me-qhe-nyeh = menggatal
35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau
36. Hapak pera'e = bau hapak
37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau"
38. Celuih = muat
39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau
40. Me-qhe-yup = jauh/ sayup / nak malam
41. Qhem-pang = "tergedik-gedik"
42. Kampoi = kumpul / kaut
43. Je-qhang = rebus
44. Capoi = celupar
45. Te-qhe-bey = lastik
46. Melo-qhoih = lucut / gelongsor
47. Me-qho-not = membongkok
48. Sene-qheh = selisih
49. Be-qha-chaq = comot / kotor
50. Qhembang = gemuk / merembang
51. Pedo = hati-hati
52. Peqhusah = urus
53. Hapuih = tenggelam (lemas)
54. Qhan-dok = redah
55. Se-ghoh = kebah / kurus
56. Qhen-jong = tinggi lampai
57. Pe-qho-ngoih = panas baran
58. Takek = ketuk/potong
59 Be-qhemba = bersaing / lumba
60. Qhe-tiaq = ikhtiar / fikir
61. Ge-qhet = gigit
62. Tahaq = tahan
63. Qha-gaih = panjat
64. Melewaq = merayau
65. Melahaq = kebulur
66. Qha-bat. = naik / panjat
67. Qhim-bok = belasah
68. Mengkelai = berkelahi
69. Cuak = seram / tak sedap hati
70. Juih = mulut muncung
71. Melilau = terhoyong hayang / berjalan-jalan
72. Qhodong = melulu
73. Qhedah = redah
74. Ayaq seqhebat = air sirap
75. Peqhasat = sangat dengki
76. Mandom = lembap / lambat
77. Ceqhoi = sangat cair / lekeh ( untuk anak muda )
78. Tepok = lumpuh / tampar
79. Qha-bit = terkoyak / pecah ( untuk kaca )
80. Kok-ko = dukung
81. Mai = mari
82. Terple'ot = terseliuh
83. Gomoi = bergaduh / bergusti
84. Ketit = cubit / kena gigit serangga
85. Ga-qhet = gatal / mengada-ada khas utk pompuan
86. Nala = tersangat / besar
87. Mang-kark = buah tak masak / perangai tak elok
88. Bergenuak = berduyun- duyun / ramai
89. Pediah = habuan
90. Polok = makan penuh mulut
91. Tey-liang = senget / memandang dgn pandangan sisi
92. Qhe-ling = jeling
93. Peng-kaq = kaki tempang
94. Me-qhe-nyut = serabut ( cacing @ semut )
95. Kesot = alih mengesot
96. Lanyau = bersihkan / sejenis binatang kecil
97. Cempong = angkat/ dukung
98. Lekaq = lapik periuk dibuat dari lidi
99. Conek = ekor
100. Depa = mereka
101. Qha-let = leka / cuai
102. Cey-mey = Mata bengkak dek kena pukul / free
103. Bakup = mata layu / mata bengkak
104. Katok = ketuk/pukul
105. Buah ce-qhe-mai = buah cermai
106. Buah qhe-yang-dot = buah keriang besar kat kampung2 dikedah!
107. Ikan ka-qhen. = ikan laga
108. Bijik qhe-mia = warna keunguan
109. Ikan temenung = ikan kembong
110. Sendai = ketatkan / kemaskan / selak / lapet
111. Ketuat = kutil
112. Mengacom = mengadu
113. Mengkelan = tersangkut makanan
114. Kueh danga = kueh dari kelapa parut, gula dan dibakar
115. Kueh ka-qhas = kueh macam "bihun" / karas
116. Mot = bawak/ muat / bonceng
117. En-jos = exzos
118. Pedai ayam = kunci mangga/padlock
119. Pre-went = sprocket/ freewheel
120. Pe-diaq = rasa macam "colgate" / rasa durian yg tak manis
121. To-qheh = turis/ calar
122. Tungging buyung = "somersault"
123. Ponen = pondan/lembut, waria
124. Kesot = Injak / mengesot
125. Qhamaih = Ramas
126. Boroi = Berperut buncit
127. Kedeqhat = Kudrat
128. Biaq = Biar
129. Qhabat = Panjat
130. Ragaih = Panjat
131. Ghamei = Suka/gembira
132. Terebey = Lastik
133. Keciwi / ciwi = Belagak dgn barang baru beli / syok sendiri
134. Belengaih = Kotor
135. Contiang = Lukis
136. Mengkala = Kalau / seandainya
137. Katik / kemetot = Kecik / kiut miut
138. Celapak = Terkam / lompat
139. Se-gheyau = Takut- takut
140. Mengketedarah = Makan / makan dgn banyak
141. Melahaq = Lapar /Makan
142. Hampa = Mereka / kamu / awak
143. Depa = Mereka
144. Merenyam = Gatal (playgirl)
145. Tak dan = Tak sempat
146. Nyeh = Buang hingus
147. Ghe-nyeh = Senyum nampak gigi ( senyum kambing )
148. Singkiaq = Singkir
149. Keleboq = Selut hitam
150. Pancoq = paip air



Psstt : Bahasa Kedah ni kedengaran agak kasar bagi yg x biasa

Sekebun Bunga Cinta

Baru-baru ni aku sesaja berjalan-jalan kat tesco gan Cik Mun, pastu masuk je popular terus nak cari novel..haha...aku jarang ok beli novel, tu 1 st time aku beli novel iaitu novel Sekebun Bunga Cinta ..... Nukilan Liyana Zahim.



Apasal tetiba aku beli novel??Haha....Sesaja nak feeling cam zaman sekolah dulu...Pernah layan novel time SPM... Akibatnya result SPM aku cukup-cukup makan je....Haha....Teruk...

Still baca lagi novel ni, nanti leh la review story dia bes ke x...Meh nak sinopsis cket....Ni aku copy je kat blog penulis ni..

~Aku beli novel Sekebun Bunga Cinta, Cik Mun plak beli Bila Hati Kata Sayang......


Sinopsis: Faris Aqiel bukan lelaki yang mudah menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Walaupun seribu gadis yang hadir, mereka cuma datang dan pergi. Kehadiran Airis Jasmyn mengertikan satu rasa di hati. Tetapi, masakan hatinya boleh terpaut pada si gadis ‘boyish’itu?

Tanpa ragu-ragu, Faris melafazkan cinta. Dia benar-benar ingin Jasmyn tahu isi hatinya. Malangnya, rasa yang dihulur dibiar sepi. Mana tahu hatinya yang disangka kental itu sangat rapuh. Lalu, dia membawa diri ke Kota Wellington. Hairannya, hati Jasmyn terlalu hiba selama ketiadaan lelaki itu.Kerana ego yang tinggi, disingkir jauh segala perasaan. Dia tidak mahu dibaluti kekesalan walau sedikit pun!

Faris kembali ke tanah air. Rasa kecewanya sudah sirna. Namun begitu, pertemuan semula dengan Jasmyn meruntun jua hati lelakinya. Ketika itu, hadir Zara Yumna meneutralkan rasa cintanya terhadap Jasmyn. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melamar Zara. Saat mereka ingin disatukan, Jasmin pula hadir mengakui rasa cinta yang terpendam sekian lama di jiwanya. Sayangnya, cinta itu sudah menjadi serpihan-serpihan halus yang tidak bisa dicantum kembali. Ketika itu barulah Jasmyn sedar bahawa cinta tidak semestinya dimiliki.



Psstt : Kalau ada sedih-sedih ni mau nangis gak aku,haha..... Aku ada baca 1 novel tu, bes juga... tajuk Cinta 3 Suku dari penulis  Herna Diana,bes citer dia...... Nangis gak sikit...Ekeke....

Ori Ke Tak??

AGAK AGAK ORI KE HANDPHONE KORANG? 
cara nak cek: 
Type kat handfon *#06#
then akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
semak nombor IMEI handphone korang di kedudukan 7 dan 8
contoh : 358671017470473...
... kedudukan ke 7 dan 8 ialah ******01*******
utk semak ori ke x handfon tu...let's check it out:
02 or 20 : dari China = LOW QUALITY LAWYA NOOB PHONE
08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY..BOLEH TAHAN LA
01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY 
13 : dari azerbaijan = VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Psstt : Nasib baik HP aku naik 04, kira asal dari kilang la..Hehe..

Energy Saving Mode on Blog


Nak Energy Saving Mode untuk blog macam kat bawah ni? Just ikut step ni je k...


1. Mula-mula pergi kat Template > Edit HTML seperti yg ditunjukkan di bawah ni...
   Kalau yg belom update blog, masih guna yg lama.. Just pegi dekat Design > Edit HTML




2. Kemudian naik code-code macam ni...


3. Cari perkataan head... Atau just CTRL+F untuk cari head
4. Dah jumpa head tu kemudian masukkan code di bawah ni selepas code head tu..

<!-- save your energy -->
<script language='javascript' src='http://www.onlineleaf.com/savetheenvironment.js'
type='text/javascript'/>
<!-- save your energy end -->



5. Kemudian Save Template... Dah siap....

Disaat Aku Mengintaimu

Disaat Aku Mengintaimu.....Hahaha...


Tu dia tajuk..... Tak leh blah, haha.....
Sedang aku mengoogle carta kat 1 laman web radio ni (Radio apa tu, tak leh bgtau la), klik page 1,2,3 dan page berapa tah aku terpandang 2 kali pada tajuk lagu Dadali.... Tak silap aku tajuk dia Disaat Aku Mencintai mu... Tapi jadi Disaat Aku Mengintaimu...Hahaha.... Nak gelak guling-guling rasa..... Boleh plak Mencintaimu jadi Mengintaimu.........
Mau makan penampor la.....




Psstt : Typing error latu...

Aktiviti Seharian

Assalamualaikum....

Aktiviti seharian aku kemarin memang terbaikk!!! Haha..... Aku ni memang pantang bercuti, ada je aktiviti yang nak dibuat.. Tapi aku bukan cuti pon, aku mengambil cuti.. So maksud dia aku nak abiskan Annual Leave aku la dah nak hujung-hujung tahun ni..


Aktivitinya adalah......

'

'

'

'

'

'

'

'

'


~Watchaaa........Haaa...Amek kau....
Bermandi-manda bersama kengkawan kat Lata Bukit Hijau..

~Debussshhhhh.......... Aku hilang dalam arus deras.....

~Dan timbul dengan selamat....Hahaha......

Kami bergerak awal gi sana, dalam pukul 9 dan sampai dalam kul 10 lebih, sampai pon orang tak mai lagi, setelah letih memanjat tangga... Sampai pon tempat mandi yg di tuju.. Terbaikk lah....
Sampai-sampai je aku dah ketaq kaki nak mandi, hahaha...

Tak sempat-sempat..... Tapi nak kena BBQ ayam yg dibuat oleh Teman aku dulu....Aku masak sambal telur dan sayur kubis je, Cik Mun bawa bihun.... Yg Lain-lain bawa Jajan, air minum dan benda yg boleh di makan.....

 ~Berpeluh juga nak nyalakan api ni......

~Dah nyala pon api......


~Api dah nyala, sarapan bihun dulu...Nyum..Nyum...

~Lepas sarapan, apa lagi... mandi manda la........Sambil tunggu ayam masak...

~With Cik Mun

~Peace..........

 ~Lepas mandi manda makan tengahari plak, ayam hangit ke apa tu....Haha
Teman aku kata nampak tak berselera je tengok gambaq ni......Tapi apa pon ayam percik buatan u memang mabeles, pandai u wat...Hehe

Dah puas mandi, orang semua dah balik..Kami je belom balik-balik lagi, tengahari pon still berenang-renang...Sampai burn tangan aku, wuarrr..... Dah la nak putih susah.. Nak hitam jap je... Sob..Sob... Dalam kul 3.30 tukar baju, gerak balik... Decided nak tengok wayang.. Terus ke Sunway Carnivall Mall..
Bernasib baik ada gak tiket kul 5.35pm, layan.... Boleh tahan la citer Bini-Bini ku Gangster tu..


~Terjumpa Funfair sebelum Tesco Extra Sberang Jaya, terus benti nak main....
Malam ni tak de lucky pon..huhu..Dapat air minum jek..

~Men kereta belaga.....*Oqang kedah sebut...Hehe 


Kul 9 baru sampai umah, memang letih... Tapi seronok la......Kalau lagi ramai lagi bes, tapi tu la..Cuti tak sama dengan yang lain susah juga la...Berapa kerat je dapat join...Huhu..

Pape pon bes, nanti plan lagi ok...!!!



Premium Beautiful

Assalamualaikum....

Hari ni teruja abis dok suh pak cik Google cari mengenai Premium Beautiful ni......
Sebabnya.....

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

Cheqq teruja abiss nak kurusss.............
Wuarr......

Semua orang dah tegur-tegur aku nampak gemok..
Sedihh nokk...

Aku ni dah ler malas nak joging, exercise pon tak menyempat..
Semalam plak keluaq makan nasi lemak bagai, dah pukul 11 PM kot...Mau tak bertambah bambam....
Baju tak muat..... Pakai je nampak gemok.... Sedih sedih...
Berat sekarang adalah..

'

'

'

'

'

'

'

68KG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dulu 58KG jer...... Kurus tu dengan ketinggian aku 165cm.. *perasan
BMI pon 21.3 iaitu Normal Weight ok..
Tapi sekarang dah jadi Overweight...Yela... Naik 10KG kot..

Orang perempuan memang camni kan kalau nak body cantik.....Hahaha...Sapa tak mau...
Ni spare tyre pon nampak.... Sebelum jadi spare tyre lori balak, baik aku buat sesuatu.. Nak joging tu memang tak lah.... Tak menyempat nyer... Dah tu nak joging sorang-sorang, kelaut lah aku...
Dulu aku ada order satu closet dari Zirana.. Harga Rm80 camtu la, tapi tak nampak kesan pon.. Yela, sebab aku tak exercise gan displin kan diri aku ni.. Tengok PB ni berkenan lak aku
Tapi...........








PB tu mahai kot... RM2400 kalau yang kecik, kalau size besaq dalam RM2600
Mana mampu...........


Ada sapa-sapa nak tolong hadiahkan tak?? Bajet cam artis plak suh orang sponsor...Haha...
Sapa nak tau testimonal gan kebaikan PB ni tanya la pak cik google sendiri ek...Hehe..

Psstt : Malam ni mesti mimpi2 dapat pakai PB ni....Hurmm...Mimpi je la aku mampu..

The Carnivall Water Land, Sungai Petani

~The Carnivall

Hari ni 16 Sep, semua cuti termasuk lah aku yg xcuti ni pon nak juga cuti..lalala…
Lepas mandi manda kat Air Panas Ulu Legong.. Ada gak plan nak g mandi air terjun lak,hehe..Sakan berjalan… Memang letih la g air pnas tu..Tidoq sampai tengahri..haha…

Pastu tgahari Teman pon text tanya nak g mandi Air Terjun ke g The Carnivall je (Taman tema air macam kat Bukit Merah tu)..Hmm, pikir balik dan berbincang gan Cik Mun dan Sila housemate aku… 

Plan g mandi yg dekat je lah.. Nak g air terjun jauh plak, dah nak g pas jumaat.. Kul 3 kami gerak, dekat je.. Sungai Petani je.. Hehe.. Sepanjang Carnival ni buka memang aku xpernah masuk lagi.. Ni kali pertama aku nak menjejakkan kaki walaupun hari-hari aku lalu situ.. Xdelah hari-hari, nampk sangat menipu…Haha.. Maksud kata aku selalu juga lalu, rumah akak aku dekat-dekat situ…kalau aku lalu aku tengok je, tapi tak pernah masuk…Hmm…

Masa sampai tu boeh lak tertanya-tanya buka ke arini, sebab jumaat.. Siap bergalas beg bagai..haha..
Nasib buka.. Tutup hari rabu..
Oleh kerana 16 Sep public holiday, harga bayaran untuk dewasa hanya RM25 je sorg… Kanak-kanak lak RM19, Cik Mun leh kategori kanak-kanak juga… haha… Harga hari biasa tak tahu lak berapa..Hmm…Tak tengok lak.…

~Bes oo men ni..Gayat baq angg!!

~Yang ni pon best juga...Aku kira nak ulang naik je...Tapi kalau pakai tudung tak dapat naik untuk faktor keselamatan, seluar berzip pon tak boleh...




~Sila, Cik Mun & Aku yg demok..

~Sila dengan Teman dia..
Lepas puas bermandi manda, orang dah nak tutup baru la kami bergerak nak salin baju....Kul 7 baru keluar...Memang puas la walaupon tak macam kat Bukit Merah....
Terbaikk!!

Psstt : Time tidoq bleh plak mengigau main-main suma ni....Tu la akibatnya balik rumah tak mandi terus tidoq, letihh ooo....

Gambaq yg lain sumber dari www.spy.my



Hantu Bonceng Full Movie

Assalamualaikumm....

Sapa dah tengok Hantu Bonceng ni??Aku xtgok lgi,dengaq kata cam bes..Hehe...Tapi malam ni Teman aku ajak gi tengok Raya Tak Jadi, lakonan Johan gan Apek.. Hantu bonceng tu lakonan Zizan.. Kira bersaing ke ni?

So sapa yg xtgok lagi meh tengok online Hantu Bonceng kat sini..
Aku pon baru nak tengok ni..


Psstt :Selamat Menonton..


Air Panas Ulu Legong, Baling

So ni la plan kami untuk cuti hari Malaysia ni..Hehe… Pergi mandi Air Panas kat Baling, sebelum tu plan nak g tengok kot ada tembakan Bunga Api ke kat Dataran Jam Besar Sungai Petani, tapi tau2 la kan…. Ari Khamis malam Jumaat, memang xdak la.. Kalau kat Penang tu mybe ada… Tapi walaupun xdak bunga api, ramai juga orang dekat situ.. Semangat Merdeka juga org SP ni rupanya..Hehe… Tunggu sampai kul 12 xdak juga, kami pon bergerak ke kereta… Tetiba ada 1 je tembakan bunga api, ok la tu.. Xsia-sia tunggu… hehe.. Teman aku kata, xpelah… Nanti kita g tengok bunga api time tahun baru ea..Hehe..Nak sedapkan ati yea..

So, kami bergerak dari SP lebih kurang kul 12 dengan 2 biji kereta… Nasib ingat lagi jalan nak p, aku kan pernah stay kat Baling selama 6 bulan gak…Tapi masa aku stay situ mana pernah aku sampai air panas tu..Haha…

Lebih kurang 1Jam setengah kami pon sampai… Tetiba masa dah bayar, dan nak masuk tu aku ternampak seorang yg aku kenal.. haha… Jeng..Jeng…. Member aku kenal masa dok Baling dulu, tapi dah xcntact pon...Dah bayar, kalau x leh dapat diskaun ke kan cam aku mai gan Family aku dulu..Hehe.. Xpelah, len kali aku mai aku try cntc dia tengok..

Bayaran masuk RM4 untuk dewasa, kanak-kanak RM2 je kot… Parking free.. Tapak khemah RM5, Teman aku bawa khemah untuk kami letak-letak barang.. Aku gan Cik Mun bawa bantal..Padahal xsempat tidoq pon… Tapi toilet dia memang failed la… Kat luaq lagi dah terbau hancingnya… Yekks… Tutup hidung time nak salin baju..


Lepas salin baju aku text member aku tu, tanya keja sampai kul bpa.. Dia in charge mlm tu..Sampai pagi la.. Setahun lebih juga la xjumpa..Dia boleh tanya kenapa aku xseramping dulu, rasa nak bagi penampor ja.. Pangggg….. Nak wat camna, aku makan kuat…Dah tu x exercise lak tu.. Naik 10 kg ok… Sob..Sob…

Lepas pasang khemah kami pon memulakan aktiviti mandi manda..Mula-mula tu jenuh gak nak rendam sampai 1 badan, lepas tu aku siap berenang-renang, kuak lentang bagai..haha.. Dah xdak panas-panas lagi dah, badan dah sebati gan air… Teman aku lagi ar.. Berpeluh-peluh dah baru rendam kaki,haha.… Berendam sakan sampai letih badan2, bleh kurus rasanya…Huh..



~Makin lewat makin ramai orang mai...


~Ni kolam yang agak panas la, aku dera Teman supaya rendam 1 badan selama 5 minit, ciann dia...Akhirnya berat dia turun 2KG...Pehh...
*Aku kan nakal,hehe..

Lebih kurang kul 4 kami bergerak balik SP, sampai dalam kul 5.30 pagi… Letih-letih, cian Teman kena drive… Aku pon cuba celik dan minum Nescafe nak temankan Teman ler,hehe…Tapi 15 minit je lagi nak sampai aku dah terlelap.. Housemate aku yg naik 1 kereta lagi berhenti untuk tido jap, Cik Mun kat belakang dah sampai Australia rasanya, peta pon siap terukir lagi.. haha.. *Ampun Cik Mun


~Mengemas khemah..Aku hanya tolong tengok je..Hehe


Psstt : Gambaq yg len tu sumber dari pak cik google

Hari Malaysia : 16 SEP


Salam 1 Malaysia.....

16 Sep adalah hari malaysia yg semua org cuti.. Tapi opis aku tetap keja,huhu..... So aku pon amek la cuti kebetulan Cik Mun cuti, Teman aku cuti, housemate aku sorg lagi pon cuti.... Kami pon wat planning nak jejalan atau enjoy la cket brsama-sama....Hehe.. Bukan selalu dapat luangkan masa bersama-sama ni.. Ni lah peluang, bila aku keja.. Cik Mun cuti, bila aku cuti Cik Mun lak keja... Camtu lah kami bergilir bkerja time hari minggu, mesti salah sorg kena ada...Huhu...

Nasib bek cuti aku approve, kalau x... Jumpa doktor la aku.....Haha...


So apa planning kami???

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

Psstt : Tunggu lah next entry...Hehe..
*Rajin lak aku nak menulis blog...lala

Taiping


Assalamualaikum semua..

Raya tahun ni tak tau kenapa aku sangat2 malas dan tak dak mood raya...
Apa masalah aku tah...Hehe

Seminggu cuti.. Raya pertama je aku balik kg mak aku,lepas tu raya kedua beraya umah sedara belah abah aku..

Lepas tu dah xraya memana..... Raya ketiga pergi umh Nurul gan Cik Mun dan Sorg dak opis aku...
Tu pon nak xnak ja.... Ntah kenapa....Kalau x sakan juga aku beraya kutip duit raya kelililing kg, opss...Tu zaman budak2 je aku wat camtu..Hehe

Pastu terus stop dok umah je...... Sampai member sekolah suruh pi umah pon aku xdak mood nak pi,dia baru bersalin anak kedua....  Susah juga kan org mcm aku ni wat ssuatu bila ada mood ja...Hehe..

Dua hari sebelum cuti abis, aku kol ija cakap nak pi Taiping, sebelum raya dia ada ajak g tangkap gambo org kawen gan Naninun.. Tapi aku ikut kenduri belah lelaki je.. Belah prempuan aku dah terlepas sebab kemalasan yg amat2 sangat....Terukk....

Kebetulan pengapit xde, aku lah kena jadi pengapitnya.... Sampai je hari kenduri tu lain plak jadinya...Pengapit lambat sampai sebab sesat... Sob..Sob..Sadis betoii...


Dari taiping aku ke rumah pengantin lelaki naik motor ke Selama..Lebih kurang sejam setengah juga nak sampai sana... Jauh tu... Oleh sebab kereta ieja maknya guna nak g tgok sedara, terlewat plak nak tumpang geng pengantin perempuan, kena tinggal lak gan Naninun... Last minute kami terpaksa merempit... Haha... Tapi bess... Yg xbesnya sesat sampai ke hutan kelapa sawit gan hutan getah, dah tu line xdak..Memang cuak la...Minyak plak dh nak kering.... Nasib la tnya2 org kt mna ada jual minyak..nasib baik ada..Kalau x,xtau la apa jadi kat kami....Wuarrr....


~Lepak jap kat Tasik Bukit Merah lepas penat merempit..

~Dak Jaa selepas malam kejadian lepaking plak kat Pizza Hut Tepeng.

~Sejam menunggu order, bosan teruk kamera terpaksa layan aksi kami...Haha...
Boleh muntah x...

Psstt : Pengalaman membuatkan kita lebih matang...

Malam itu....

Sedang berfikir-fikir kemana harus dituju, dimana harus mencari makan untuk mengisi perut yang berkoroncong menyanyi-nyanyi lagu Lazy Gaza, eh.. Apa nama minah tu...
Dan.........



Tetiba.............Mata aku tertumpu pada cahaya lampu yg berlegar-legar ke kiri dan kanan menghala ke langit.............. Dengan terang sekali, makhluk apakah itu..... 
Aku terujaa...........










Bunyik cengkerik...........












Laaaa...........Aku sesaja wat suspen je.........Ngagaga.....
Cahaya tu bukan UFO ke, lembaga mata satu ke,lembaga perikanan ke apa ke, tu sportlight Fun Fair der.....

Dengan lajunya aku nak pi situ okeh...... Tolong bawa sy kesana...... 
Dengan pantas Encik Otomen membawa aku kesana..... Aku menyanyi keriangan sambil bershuffle... Ok tipu, aku mana reti shuffle...Haha....



~Ni la yg dapat kat Fun Fair tu, bertuah aku dan En Otomen ari tu dapat bear.. Dan aku paling suka.....
Itu angry Birds ar............ LIKE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Psstt : Tetiba Teman aku bertukar jadi Otomen.....




Raya 2011

Salam Aidilfitri dan Salam Merdeka..

Lmbat update  about raya...Aku kan mlas mengupdate blog...Hehe..
Wat blog saja suka2.....Rasa nk menulis aku tulis.....

raya tahun ni ada suka ada duka...

Seronok beraya sedondon dengan Family, dapat bonus dari Opis, tahun ni dapat bagi duit raya kat anak buah....

Tapi xtau apa yg rsa kekurangan dalam diri aku ni..
Aku pon x pasti..Dan yg sedihnya... Raya ketiga motor kesayangan aku tu telah dicalari....Abg aku naik, pastu bagi eksiden plak..
Double stand patah..Pelapik kaki hilang....

Geramm!!! Grrrr....!!

Sedih rasa..Dah la aku ada satu2 nya harta tu je..Rasa mcam nak beli keta terus je akibat frust...Tapi duit xbrapa ada..Kalau aku beli kereta confim2 la hidup aku xbrapa senang mcm aku nek mtor..Minyak RM5 seminggu..Hehe

Akibat frust dan sedih aku naik bus g Taiping..Haha..
G jumpa ieja..Pastu banyak la suka duka kami berdua kat sana..Macam2..

Pape pon syiookk...

Ni baju raya kami sekeluarga tahun ni..

~My Family
Abg aku sorg je yg xdak,ntah hilang mana.. P tunggu duit raya depan msjid gamaknya..Haha


~Sepupu2 sebelah rumah,depa tiap2 tahun memang sedondon..Tahun ni kaler biru..
So kelabu vs biru...Yg baju merah tu abg ipar aku memang xbeli kelabu..Hehe

 ~Gurls only..

~Bersama anak menantu...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

 BabyFetus Ticker