Pixajoy

Pixajoy

Labels

2nd pregnancy (1) After Married (7) Android (1) Angry Birds (3) Artis (3) Baby (3) Bride Maid (3) Cakap Kedah (1) Contest (1) D.I.Y (1) Dugaan Bertunang (2) E Day (2) Emas (1) Family (4) Filem (6) Food (5) Frends (16) Gadget (2) Inai (2) Info (4) Lirik (2) Love (6) Makkah (1) Memory (3) muhammad haziq (3) My Self (22) My Wedding (5) Novel (3) Photographer (2) Pregnancy (5) Premium Beautiful (1) Puasa dan Raya (3) Resepi (2) Safi Rania Gold (1) Tips (5) Tutorial (1) Vacation (7) VCO (1) Warna (1) Wedding (5) Wordless Wednesday (2)

Klik-Klik

MARRIED

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

UMUR HAZIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Dugaan Bertunang. Show all posts
Showing posts with label Dugaan Bertunang. Show all posts

Al-Fatihah

Assalamualaikum...

Takziah diucapkan buat en tunang dan keluarga di atas pemergian ayahnya yang telah kembali ke rahmatullah pada khamis lepas, 8 Mac 2012 di Hospital Taiping.
Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga En. Tunang dan seluruh keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan musibah ini dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

Dugaan Bertunang

Assalammualaikum...

Semua orang pasti ada dugaan semasa pertunangan kan?? Begitu juga aku.... Tapi dugaan aku x sama macam dugaan yg org selalu katakan, sesetengah orang dugaan bertunang mereka ada pihak ketiga yg cuba menganggu, daripada x bergaduh selalu gaduh-gaduh, cemburu kuat.. Dan macam-macam lagi.... Tapi dugaan aku sangat berat... Berat yg aku rasakan, lebih berat lagi en tunang untuk hadapi..... Saya tau awak seorang yg tabah, saya merasai perasaan awak... Saya harap saya juga boleh kuat dan tabah seperti awak.. Walaupun kadang-kadang mengalir air mata saya teringatkan bakal mertua saya yang terlantar di ICU hampir seminggu.... Luluh hati rasa melihat sekujur tubuh di katil wad dengan berbantukan peralatan di hospital sepenuhnya...

Dan lebih sedih bila memikirkan majlis yang akan berlangsung hanya lebih kurang 2,3 bulan je lagi... Semalam aku pergi melawat di Hospital Taiping bersama mama gan abah... Aku hanya mampu berdoa.. En Tunang pula berulang dari Taiping ke Sungai Petani, dia tetap bekerja...Dan kadang-kadang half day bila ada panggilan dari adik-adik dia.... Sedih aku tengok, ni mungkin dugaan bagi dia dan juga aku...


Walaupun belom menjadi mertua aku lagi, tapi perasaan aku sangat-sangat sedih...Tapi apa pon aku berdoa yg terbaik untuk ayah En Tunang.
Xmampu lagi aku untuk menaip, air mata mengalir semakin laju...

Tolong doakan kesihatan bakal mertuaku... Kita hanya merancang, ALLAH S.W.T yang menentukan semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

 BabyFetus Ticker