Pixajoy

Pixajoy

Klik-Klik

MARRIED

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

UMUR HAZIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Bakal Berlangsung

30 April 2011 akan berlangsunglah perkahwinan yang dinanti-nanti, AKU???... Aku berasa sangat sedih, sedih terpaksa terima semua ini, sedih kerana tak mungkin kembali seperti dulu... Sedih, tapi apakan daya, takdir penentu segala.... Aku redha, tapi dalam masa yang sama aku turut gembira atas kebahagian yang bakal dikecapi...InsyaALLAH aku akan hadir menyeri majlis dia dan bakal suami, Oppsss....Kuang-kuang.. Kena tipu,hihihi....


Ok,ok... Apa la aku dok melalut tak tentu pasai ni, hempa jangan pikiaq len plak... Hahaha
Xdak apa aih, member nak kawen ja ni.. Pompuan ok...Haha...haa, pkiaq len la tu..Dah pompuan aku dok wat sedih plak... Sedih la, nanti kami dah xseperti dulu, seperti zaman bujang-bujang, bersuka ria, berfoya-foya,opsss....hehe... Mesti aku akan merindui zaman kita dulu-dulu, rindunya.. Semua pakat-pakat nak kawen dah ni.. Sob..Sob.... (Emo jap,hehe)


~Zaman hingusan,hehe
Ni la bakal menjadi Cik Puan...

Rasa macam baru jek kami abeh study, kejap je..Pejam celik, pejam celik, dah 2,3 tahun berlalu. Banyak suka duka kami bersama, memang terpahat di ingatan time-time study dulu... Masa baru mula-mula dok kenal, hehe... Macam mana teruknya kami study, wat projek juta-juta..Pehh... Xtdoq malam tu, terbongkang depan lappy, bagun lewat wat projek last sem utk present..memang senak gak ar masa tu,huhu... Apa pun tu semua tinggal kenangan, sekarang semuanya dah berjaya belaka... Tahniah semua..Huhu


Meh layan gambo time study, muka memang... Xtau nak kata la,hehe..

~My housemate yg memang best, rindu hempa semua..Mmuuahhh..
Dari Kiri : Aku, Ieja, Mun, Sarah, Aida, Nana & Kak Anne


~Kami sentiasa bertiga..Hehe
Cik Paten, Cik Sarah & Cik Mun


~Kami bertiga still together
~Gadis melayu, pehh..hahaha




~Ni trip ke majlis perkahwinan Cik Puan Aida kat Batu Kikir, N9

~Ni plak masa aku pi Langkawi, memang bes.. Sempoi abis ar aku pi sana walaupun aku pi sorang je, hik..hik..Bakal Suami Cik Sarah sebagai pemandu pelancong tak bertauliah..Hehe (Jangan Marah)

~Betapa sukanya aku pi Langkawi (tengok muka ceria jek, hehe) sampai rasa xmau balik la,huhu
Thanks ouls make me Happy...Hehe

Apa pun kenangan kita sentiasa bersama, aku doakan kawan-kawan aku bahagia hingga akhir hayat dan tak lupakan aku, heh heh.....
agak-agak pas hg kawin leh lagi x kita bersuka ria cam dulu?? Oppss..Nak mampos, hehe....

Psstt : Nampaknya di request jadi pengapit lagi ni, wuarhahaha...
(Aku on jekk, hihi)

PADAN MUKA AKU!!!

Huh...Sebab apa PADAN MUKA AKU, memang muka aku padan pun...... Hahaha
Padan muka aku sebab aku sendiri cari masalah, disebabkan kekejaman aku, aku telah jatuh dalam masalah, sekarang apa aku nak wat? Nak lari dari masalah... Aahhh...

Biaq masa yang menentukan segalanya....
Ooohh.... Masalah... Aku cuba melarikan diri dari masalah, tapi tak semudah yang disangkakan.... Bukan senang nak lari dari masalah, benda kene setel ok Cik Paten!!

Jom Nangis gan aku.... Wuaarrrrr............................
Sob..Sob.... Walaupun nampak muka aku ceria, macam tak nangis... Tapi aty aku ni dok teriak ja....
So Padan Muka Aku Ok.. Muka Aku!!!

Pehal ko emo sangat minah, ntah mana aku tau pehal.. Mental aku terkoyak cket.. Haha
Haaa sudah, melalut abis dah aku.. Thanks blog sebab bagi ruang aku corat-coret tang cni...
Ok lah, nak pi terjun bangunan lapanbelas tingkat jap,hahaha
Giler hg... Tak berani haku... 1 tingkat pon aku dah gayat, apa pun yang terjadi kita sebagai muslim kenalah berdoa mintak petunjuk dari ALLAH S.W.T, kan itu lebih baik, InsyaALLAH Allah akan membantu kita..Bagus Cik Patenn, time hang ada masalah baru hang nak ingat ALLAH...

Hurm, tu la..Kita sebagai manusia selalu lalai, leka... Dah jadi camni baru nak ingat ALLAH S.W.T, tu sebab kadang-kadang Allah bagi musibah dekat kita, ada hikmah semua tu... Apa pun masalah yang kita hadapi akan ada jalan penyelesaian, chewaahh.... Cam pakar motivasi plak...kuang..kuang...

Ok,jom pi cari masalah lagi.. Ekeke...
Dah, dah.. Melalut ntah kemana... Setopp..Setoppp.. Opp..Oppp... Panggg amek ko penampo...
Dah... Bubye..

~Bila mental aku koyak, aku jadi senget..hehe

Durian Lagi

Hurm, aku nak citer mengenai durian lagi arini..Hehe, walaupun aku xmakan durian, kenapa mesti ada citer pasal durian ni ek..Hahaha..
Saja nak bagi orang2 yg mengidam durian terliur baca entry ni...Hehe

Entry yg lepas aku de cakap nak citer pasal durian yg kami beli tepi jalan gara-gara ada orang mengidam ni, bukan mengidam sebab pregnant ok, tp sebab org tu antu durian, ngeh..ngeh..

Mybe org kata durian yang kami beli tu murah sebab ada 6 biji kot abg jual durian tu bagi, ada ler dalam RM 10 je.. Murah x? Ntah la, mana aku pernah beli sendiri durian sebelum ni, ni 1 st time kot beli sendiri tu pon sebab ada org teringin, kalau x jangan harap ler nak singgah beli...Huhu
Sampai-sampai jek kat umah, orang yg mengidam tu pon terus mulakan operasi dengan rakusnya ke atas durian-durian ni semua... 

Bertungkus lumus kami dok buka durian tu, apa ke susahnya nak makan durian ni, betapa seksa nak buka nya..Dah ler xpandai buka, makan jek reti.. Dengan usaha yang gigih dan semangat kesukanan (apa kena mengena gan sukan lak,hehe) dapat lah durian tu di kendurikan..Hehehe
Meh kita tengok apa jadi kat durian-durian tu......
Tu diaaa......

 ~Ni operasi pertama... Sebiji durian telah di buka

~ 2 biji dah kot ni, huhu..

~Ntah dah berapa biji dah ni, badan pon dah naik panas,huhu

 ~ Ni tinggal lagi 2,3 biji lagi kot dalam plastik tu..

Selepas sekenyang-kenyangya, sendawa pon bau durian.. Orang tu menjadi panas,heh heh.. Penagan durian...Tahan je lar, janji puas ati dapat makan durian tu ek..Huhu

Sebenaqnya aku makan la 2,3 ulas gak kot... Xteringin, tapi nak try and belajar-belajar makan sama, boleh la makan dan bau dia pon xkuat sangat, boleh masuk dalam kepala aku lagi ni.. Kira dah ok la ni, sok kalau dah boleh makan durian ni balik kampung mau terkojut mak abah aku,hehe....
Sy dah boleh makan durian cket2 okey..

Jadi silalah terliur tengok durian-durian ni ek.. Hehe
Bubye....

Durian Oh Durian

Musim durian kah sekarang?? Haha..Ntah la,aku bukan tau sangat sebab aku bukan lah penggemar durian,hehe... (Sebenaqnya aku tak makan durian pon, bau lagi la tak boleh)

Musim Durian la sekarang ni, sebab tepi-tepi jalan ada je orang yang jual durian, bau dia mencucuk idung aku ni.. Adeh... Tahan je la,huhu.... Ada orang perli aku, kulit coklat macam orang malaysia, tapi xmakan durian.. Hahaha....Nak wat cmne,dah aku tak leh bau...Huhu... Mybe dulu masa kecik-kecik makan durian banyak sangat kot ni, tu mai besaq tak lalu makan langsung, hehe...

Teringat time study, member aku ada dusun durian pastu dia bawa balik mai durian kat rumah sewa, semua suka makan durian, aku je tak leh bau.. Dok je la dalam bilik sorang2 sambil tutup idung ni xtahan bau..Huhu...
Xtau kenapa la aku xleh bau durian tu, bila aku bau kepala aku akan sakit mencucuk-cucuk je..Dulu masa kecik2 steady je aku melantak durian tu.. Hurm, peliks rasanya.....



~Peh,pengemar durian mesti suka ni..Sedap x,hehe

Nanti aku update entry terbaru pasal durian gak, sebab semalam ada orang mengidam durian... Singgah beli kat tepi jalan tu, kejit-kejit mata & sengih lebih cket kat mamat tu dia pon bagi 6 biji RM 10, jenuh bawa durian tu...Jenuh makan haaa....
Sampai panas-panas la orang tu,hahaha

Tunggu ek,nanti aku citer..Huhu.. 
Ok lah,bubye...



Filem CUN

Assalamualaikum...

Semalam aku berpeluang pi tengok wayang setelah lama juga la tak masuk panggung ni, saja seorang teman ni ajak and aku follow jek, tak tau nak tengok citer apa.. Ada 2 pilihan, satu citer Dalam Botol tu, satu lagi citer CUN.. Aku pilih nak tengok citer CUN, citer CINTA...Wah...pehal lak aku ni..hehe
Layaannnn jek...

Pelakon bes-bes giler, tambah-tambah Faezah Elai sebagai Tom, memang lawak habis....Aku suka jek, dalam wayang tu aku jek dok gelak terbahak-bahak naik kaki tangan semua, nasib la amek seat belakang sekali, tak de lah orang perasan kan...Hahaha....Meh nak sinopsis cket na...

Maya Karin yang CUN ni sebagai Luna Latisya seorang pengacara terkenal dalam citer ni, dia dok bercinta dengan Ryan Hidayat (Jehan Miskin), seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.

Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.



Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’


Comel giler time Maya Karin nek motor kapcai tu ngan pakai spek mata hitam ikat tocang dua. Pehhh...Style kot, aku sukaaaaaa...Haha...

Nak tau lagi hempa pi tengok sendiri la noo bes ka tak bes...Bagi aku seronok juga la sebab aku gelak tak terkawal ja, hehe.. Memang bes ar habaq kat hempa..Citer dia gila-gila, aku suka.. Macam aku, gila-gila...Hahaha...

Tapi aku nak tanya produser (boleh tera tu,hehe), part nak abis Atan kan pi jumpa Luna ni dekat dalam studio masa Atan jadi tetamu rancangan 'meletops' tu, aku gan teman aku ni tak salah dengaq kot, Atan ni sebut MAYA, bukan LUNA... Hurm....Kena tengok sekali lagi ni, hahaha


Tu dia keluaq ayat kedah... Sapa tak tau pi tanya En Google na atau tanya kawan-kawan oqang Kedah, hehe..


Ok, Bubye and Enjoyy....






~Tips Untuk Yg Frust Bercinta


1) Senaraikan semua keburukan dia…. dan nilaikan balik adalah lebih baik kita putus dengan dia.. (tapi untuk kes ini sahaja)
 ~Tak semua buruk tentang dia, ada juga yang baik...Manusia ni ada buruk baiknya.. Tapi aku dah penat, aty aku dah cukup penat, xlarat lagi.. Jadi semua aku nampak buruk je..Hehe..


2) Jangan bersendirian… kerana bila bersendirian fikiran kita lebih bercelaru….
  ~Tak bersendirian, ada kawan-kawan yang sudi mendengar..Thanks uols..

3) Jika ingin menangis… menangislah semahu-mahunya dan berjanjilah selepas itu anda tak akan menangis lagi kerananya….
 ~Dah kering air mata ni dok teriak ja, wuarr.... Dah xmo nagis lagi boleh x...Jiwa kacau aku.. Tapi bila menangis ni rasa keluar cket masalah yg terbeban tu


4) Jangan pergi ke tempat2 yang telah memberikan kenangan manis sewaktu bersama dengannya…
 ~Kalau pi pon wat xtau jek. Agk2 boleh ke?Aku jenis aty kering, boleh punya..hehe

5) Cari atau keluar dengan kawan-kawan yang gila2 atau kelakar.. supaya anda rasa terhibur..
 ~Itu benda yang memang dok buat dah, lupa abis suma..Wuarhaha.. (Lupa la sat)

6) Luahkan perasaan anda dengan insan yang paling rapat dan boleh dipercayai..
  ~Aku luah kat kawan aku yang paling aku percaya dan my beloved mom, aku mesti citer kat dia..hehe (Thanks mak sbb sgup dgaq mslh ankmu ini)


7) Padamkan atau buangkan apa sahaja yang boleh mengingatkan anda pada si dia… contoh hadiah2 pemberian darinya…. jika hati anda tidak kuat..
 ~Aku dah xguna barang yg dia bagi, xmo ingat lagi.. Tapi aty aku kuat, ada 1 benda barang dia bagi aku still pakai..Lalala...

8) Jangan dengar lagu2 yang jiwang2… kerana ianya akan lebih membuatkan anda merasa sedih…
  ~Ish, dengar je nangis...Haha, tambah2 bila dengar lagu yg selalu dengar bersama2..Tapi kadang2 layan rocks gak nak hiburkan aty..Yeahh..Yeaahh..

9) Sibuk2kan diri anda.. supaya anda tiada masa untuk memikirkan kesedihan hati anda… atau carilah hobi baru yang boleh dimanfaatkan…
  ~Wat2 sibok, tapi xde lah sesibok mana...huhu..Gi karok, bowling, wayang...Ish, teruk2...

10) Beri ganjaran kepada diri anda sekiranya anda dapat melupakan dia….
  ~Belom leh lupa lagi, dalam proses...

11) Jika tiba-tiba anda merasa marah atau sedih.. ambil pen dan kertas… luahkan segala apa yang terbuku di hati anda…. tuliskan apa sahaja perasaan anda…. contohnya… aku benci kamu….
 ~Aku menulis dalam belog aku ni apa yg aku rasa,eh..ada ke..haha... Cket2 jek, xleh publish     semua... 

12) Buatlah perubahan positif pada diri anda yang boleh mengembirakan anda… contoh ubah penampilan diri anda…
  ~Nak kena wat perubahan gak ke?Ok aku try...Ubah penampilan jadi makin cun ke kan,hahaha...

13) Ingatlah bahawa mungkin ada hikmah di sebalik kekecewaan itu.. mungkin Tuhan itu menyayangi diri anda.. dan mungkin si dia adalah bukan yang terbaik untuk anda…
  ~Hmm..Ni aku sokong, mungkin ada hikmah antara aku dan dia..Walau bercinta lama mana pun, xsemsetinya sampai ke jenjang pelamin, mungkin aku bukan yg terbaik utk dia..Aku redha. :(

14) Kerap mendengar ceramah2 agama dan motivasi supaya minda anda lebih segar…
  ~Dengaq dan baca ayat2 Al-Quran yg boleh menenangkan jiwa..InsyaALLAH berkesan.

15) Dan yang paling terbaik adalah dekatlah diri anda dengan Yang Maha Esa… dan abdikan diri anda pada Nya…. dan anda akan merasa amat tenang…. sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui… setiap apa yang berlaku ada hikmahnya…

~Aku percaya setiap yg berlaku ada hikmahnya, apa pun aku sentiasa memohon dengan Yang Maha Esa supaya diberi petunjuk dan jalan untuk aku.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

 BabyFetus Ticker