Pixajoy

Pixajoy

Klik-Klik

MARRIED

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

UMUR HAZIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Bihun Sup Express


Assalamualaikum..

Ok.. Sesapa yang kurang rajin macam aku boleh la mencuba resepi bihun sup express ni versi aku… Hehe….
 Sebab apa boleh dikatakan express, sebab cepat dan pantas la… Haha… Lagipon bihun ni boleh dikategorikan bihun kurang kolestrol tak macam bihun sup yang lain kerana bahan-bahannya berupa hanya sayuran dan hanya merebus.. Ok jom kita lihat bahan-bahannya :


Bahan-Bahan :
  1.  Kulit Kayu Manis & Bunga Cengkih
  2.   Bawang Putih & Cili Padi (Diketuk)
  3. Sedikit Lada Putih & Lada Hitam (Ditumbuk, kalau nak pedas boleh letak banyaklagi, guna serbuk lada pon boleh juga)
  4. Sayur Sawi, Bunga Kobis dan Tomato (Nak masuk sayur pape pon boleh)
  5. Sebiji Telur
  6. Bihun
Cara Memasak :
  1.  Rebus Bihun bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.
  2. Masukkan batang sayur sawi bersama bihun untuk melembutkan batang sayur tadi.
  3. Masukkan pula cili, bawang putih, lada hitam dan lada putih yang ditumbuk bersama.
  4.  Biarkan sehingga bihun menjadi lembut, kemudian masukkan daun sawi, tomato dan juga sebiji telur. Jangan lupa garam secubit rasa.
  5. Ok siap, boleh dimakan sambil menonton Mania.. Selamat Mencuba.. :)
~Rebus bihun bersama bahan-bahan tadi, tunggu sehingga bihun lembut.. Masukkan sayur dan telur semua, dan siap untuk dimakan.. :)

Nugget Ayam Homemade

Assalamualaikum...

Oleh kerana boring kat umah sesorang, petang tadi pas balik keja terus beli bahan-bahan nak wat nugget..... Sedapnya...... Hehe... Meh nak kongsikan resepi kat sini, mudah dan sedap.....



Bahan- bahan :
  1. Serbuk Perisa Ayam (Aku guna kiub pati ayam je)
  2. Serbuk Lada Hitam dan Lada putih (Aku guna biji lada, pastu tumbuk halus)
  3. Isi Ayam (Tak kisah banyak mana pon) 
  4. Telur 2 biji
  5. Bread Crumbs (Serbuk Roti, selalu orang guna yang warna oren)
  6. Garam Secukup Rasa
  7. Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak :
  1. Basuh isi ayam tadi, buang tulang-tulang yang ada, nak guna cuma isi ayam. Potong menjadi kecil. Kemudian toskan.
  2. Blend isi ayam tadi, tak perlu tambah air. Blend tanpa air.
  3. Isi ayam yang telah di blend tadi di gaul dengan serbuk lada hitam dan lada putih, Serbuk Perisa ayam dan garam secukup rasa.
  4. Kemudian setelah digaul sebati bentukkan lah seperti cita rasa sendiri. Kat sini di bentuk bulat-bulat, senang dan mudah.
  5. Salut dengan bread crumbs untuk kali pertama, kemudian salutkan dengan telur. Lepas disalut dengan telur salut lagi sekali dengan bread crumbs.
  6. Dah siap disalut boleh la digoreng dan dihidangkan sambil menonton Super Spontan. Selamat Mencuba.... :)

P/S : Jangan goreng terlalu lama, sebab nugget akan keras... Nanti tak sedap..

~Blend isi ayam..

~Setelah di blend, gaul suma bahan.....

~Dibentuk bulat-bulat dan disalut dengan bread crumbs untuk kali pertama, kemudian salut dengan telur.. Lagi sekali salut dengan bread crumbs untuk lebih rangup.

~ Dah siap di salut boleh lah di goreng dan di makan...... Aku hanya goreng sikit je, yang lain disimpan dalam peti... Takkan sensorang nak goreng suma.. Jenuh makannn nanti.....

Resipi ni dapat dari blog ML, tapi aku wat style sendiri.. Hehe...



10 Tips Persediaan Perkahwinan Buat Bakal Suami & Isteri

Assalamualaikum...

Masa dok blogwalking tadi ada terjumpa satu tips, so disini nak kopipes untuk tips diri aku yang bakal berkahwin ni dan sesapa saja la...

~Sumber : Google


10 tips persediaan perkahwinan buat bakal suami & isteri 
1. Pasangan yang bakal berkahwin perlu tahu dan faham skop tanggungjawab masing-masing dalam memainkan peranan sebagai suami mahupun isteri. Kewajipan melaksanakan amanah tersebut adalah kewajipan dan menjadi tuntutan agama, malah ia akan dihisab di padang Mahsyar kelak.

2. Pasangan yang bakal berkahwin juga mesti mendalami ilmu agama secara berterusan terutama untuk bakal suami, kerana menjadi kewajipan suami kelak untuk mendidik isteri dengan ilmu agama. Jika tidak mampu, cadangkan dan doronglah mereka untuk menhadiri kuliah-kuliah agama. Jangan pula kita menghalang mereka daripada menuntut ilmu agama.

3. Perlu adanya satu ketetapan sebelum perkahwinan bahawa walau apa pun terjadi dalam rumahtangga (selagi tidak memudaratkan), maka jangan sampai ia melibatkan orang ketiga termasuklah kedua ibu bapa atau mentua. Berdepanlah secara lemah lembut dan berhikmah dengan pasangan, insyaAllah keharmonian rumah tangga menjadi habuan.

4. Perlunya pasangan itu memahami adat resam budaya tempatan pasangannya jika perkahwinan mereka berbentuk rentas budaya (cross-cultural). Sentiasa menghormati dan cuba salami dan asimilasikan adat resam budaya belah pasangan, anda tentu akan menjadi kebanggaan bakal mentua.

5. Keterbukaan dan perbincangan tuntas secara berterus terang mampu untuk memahamkan pasangan masing-masing jika bakal pengantin tersebut menghadapi masalah seksual. Kerana adalah lebih baik berterus terang dan bagi hak untuk diri pasangan memilih samaada untuk terus bersama atau sebaliknya. Jika hal ini hanya diketahui selepas berkahwin maka pasangan akan tertipu dan yakinlah implikasinya akan bertambah buruk.

6. Buat persediaan yang mantap dari sudut ekonomi. Tidak dinafikan Allah menjamin rezeki kita apabila sudah berkahwin. Ini juga sudah dinukilkan dalam lembaran kalamNYA. Namun janganlah pula tunggu sehingga masalah ekonomi memangkin kepada punca krisis rumahtangga. Sebenarnya sikap tanggungjawab dan berusaha paling penting. Yakinlah Allah tidak akan sia-siakan usaha kita untuk melakukan perkara yang disuruhNYA. 

~Sumber : Google 

7. Kerjaya yang merujuk kepada pangkat. Pada hari ini menjadi kebiasaan wanita yang lebih bekerjaya mengahwini lelaki yang berjawatan biasa. Di sini sifat sabar pihak suami perlu dioptimumkan dan sifat ego pihak perempuan perlu diminimunkan. Hormatlah pasangan sebagai suami isteri nescaya kehidupan akan harmoni.

8. Kesihatan adalah faktor yang agak penting dalam proses pembinaan rumahtangga kerana penyakit kronik hanya akan dianggap menyusahkan pihak yang satu lagi. Jagalah kesihatan untuk orang yang tersayang. Jauhilah amalan merokon dan pemakanan serta gaya hidup merisikokan diri kepada penyakit kronik. Jika penyakit itu terjadi selepas perkahwinan kepada salah seorang pasangan, mereka perlu bersabar. Yakinlah Allah tidak akan menguji hambanya jika ujian tersebut tidak mampu kita tanggung.

9. Hiasi diri dengan akhlak dan perangai yang dianjurkan oleh Islam. Tunjukkanlah sikap-sikap yang mahmudah dan elakkan bersifat mazmumah.

10. Cubalah belajar untuk berkomunikasi dengan cara yang betul. Hampir 80% kegagalan rumahtangga berpunca dari masalah komunikasi. Krisis ini muncul apabila pasangan mendapati dirinya tidak difahami oleh pasangannya dan ini akan menimbulkan rasa tidak diambil berat lantas mencetuskan pemberontakan dalaman.

Dalam apa jua perhubungan pun sebenarnya yang paling penting ialah komunikasi dan juga sikap tolenrasi seperti dalam lirik lagu Kekanda Adinda nyanyian Monoloque dan Atilia kerana setiap yang berpasangan itu saling melengkapi antara satu sama lain.

Kanda pula kutub Utara,
Dinda kutub Selatan
Komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
Tak perlu bertengkar, tak perlu bermasam muka

(Kalau keluar je lagu ni kat radio aku mesti ajak en tunang duet sesama, hehe)

Sumber : Cik Tom




Wang Hantaran

Assalamualaikum...

Semalam masa keluar aku gan en tunang ada terdengar kat hot.fm mengenai jumlah wang hantaran zaman sekarang... RM 10000 tu ada lah minimum bagi zaman sekarang... Minimum ok..... Pastu aku tanya en tunang kira aku ni lagi minimum lahkan, aku pya belanja pon 8K je..... 8K tu pon kira dah cukup lah, sebab memang aku jimat gila-gila lah sampaikan kad kawen pon aku wat sendiri je, pastu fotostat... Hehe...... Tak lebih bajet aku RM 100, cuma kena guna tenaga sendiri jerrr untuk potong dan lipat kad-kad tu, lebih 500 gak la untuk orang-orang kampung, tapi berbaloi.. Aku bukan kedekut, kalau boleh nak berjimat... Lagipon lepas kawen nak guna duit lagi, nanti pas kawen nak cari umah sewa, nak kena bayar deposit umah sewa lagi, adoii...Pening gak.......


Bagi aku yang dok kampung ni memang boleh jimat lah dengan 8K tu, masak-masak suma tak yah katering, panggil orang kampung je mai masak, beras bapa sedara aku sponsor... Yang nak kena beli barang masakan lain je, daging, rempah ratus apa suma.... Pastu baju kawin pon aku cari yang tak sampai 2K, aku amek pakej pelamin, set bilik tidur, baju akad nikah, baju bersanding (Yang ni wat baru, design aku bagi, jadi apa pon tak tau la..Haha) pastu baju bertandang semuanya dalam 1.5k ja, mekap akak aku yang mekapkan.. Jimat dah...... Harap kenduri aku tak membazir dan berjalan dengan lancar walaupon aku pasti nanti pasti ada cacat celanya,adat la kan..... Lagipon membazir kan amalan syaitonn....... (^_^)

Aku memang guna sepenuhnya duit belanja hantaran tu untuk majlis aku, sebab aku tak dak simpanan apa-apa... Just guna duit tu lah untuk hantaran semua...... Sebab tu nak jimat je selagi boleh, dah pangilan 1000 orang juga....

Psstt : Harap dengan berjimat ni rezeki aku bertambah murah.. =) 


Emas Oh Emas

Assalamualaikum..

Nak kawen ni kan sibuk kesana kemari cari emas untuk aku akad nikah nanti ... Mula-mula gi tengok cincin, en tunang nak bagi cincin yang ada batu dan dia nak bagi jenis emas 916... Tapi kalau kedai kot area Sungai Petani tu aku pi tanya tak dak emas 916 yang ada batu, yang ada cuma yang tak da batu, sebab emas 916 ni lembut, susah nak bentuk..... Yang ada batu cuma emas 750, bagi aku ok je emas 750.. Murah... Tapi dah orang tu tak setuju, nak juga bagi emas 916, terpaksa la terima kan..... **Nanti pas kawen sesak-sesak leh la awk gadai ke apa kan, sebab amek emas mahai, hehe... Ampunn



~ Jenis emas tak dak batu..

~Emas berbatu-batu...... Hehe

Lepas tu gi tengok dekat kedai emas TOMEI, kat situ ada cincin emas 916 yang ada batu.. Hampir-hampir nak beli... Tapi tengok je... Kami memang suka macam tu dah, jejalan... Survey... Tengok-tengok.... Tak tau bila nak beli.... Haha..

Emas 916 kat TOMEI ni harga 1 gram dalm RM180-190 camtu la, kedai emas kot area jam besaq SP tu ada harga 1 gram RM165, RM 161 dan ada juga RM175... Harga emas sekarang naik turun je... Kat semua tempat tak sama... Dulu aku tak tau pon pasal emas ni, almaklum lah tak pernah belek atau pi beli emas pon... Cincin emas pon tak pernah pakai, macam mana nak tau... Hehe...
Sekarang dah pandai sikit.... (^_^)

Dan sekarang dah pakai sebentuk cincin masa tunang hari tu jenis emas 916 beserta Rantai Gelang Emas Korea, wakaka... Yang tu je mampu.. Emas korea ni tahan pe walaupun harga RM 15 jek aku beli kat tesco.... Design pon bagi aku macam emas betol kat-kat kedai emas tu.. Aku pon pakai wat hiasan je... Nak gak beremas-emas... Hahaha
InsyaALLAH lepas akad nikah nanti dapat la merasa pakai emas betoi... :))


~ Cantik..

Emas putih lak aku tak berkenan, memang cantik.. Tapi harga nak beli mahal, bila harga terpakai pula dia jadi rendah.... Tak bes la... Ok tak nak membebel-bebel, jom tengok jenis-jenis emas yang aku google untuk pengetahuan semua dan rujukan aku.... 

Jenis-jenis Emas.


Emas yang didapati dari lombong diproses untuk mendapatkan emas tulen kerana emas lombong masih mempunyai bendasing-bendasing menyebabkan ketulenan emas tidak mempunyai ketulenan 999.9. Bagi membentuk emas ketegori 24K, emas ini akan diproses dengan mencampurkan dengan logam-logam seperti perak, kuprum, nikel, zink dan palladium. Proses pencampuran ini akan membentuk emas yang berlainan ketegori dan warna mengikut peratusan dan jenis bahan yang dicampurkan.
Berdasarkan campuran emas tulen (24K) dengan bahan-bahan lain di dalam satu-satu kategori emas, maka terhasillah jenis-jenis emas seperti berikut:



JENIS EMASKETULENAN (KARAT)% KANDUNGAN EMAS
24 K99999.9
22.8 K95095
22 K91691.6
21 K87587.5
20 K83583.5
18 K75075
14 K58358.3
9 K37537.5

Ok, seterusnya, apakah emas 22k adalah emas 916? jawapannya ya, emas 22k adalah emas 916. Emas 22K  sangat popular di India. Ia digunakan sebagai Dowry perkahwinan, (Lazimnya dalam majlis perkahwinan mereka, keluarga mempelai wanita akan menyediakan beberapa gram emas (100 – 400gms, untuk dibawa bersama mempelai wanita kerumah pengantin lelaki) bagaimanapun tradisi ini hampir tidak diamalkan lagi kecuali di beberapa tempat.
Di Malaysia, emas 22k kebiasaannya tidak dicop 22k, ia biasanya dicop emas 916, disini timbul kekeliruan dan sedikit masalah. Pembeli emas lazimnya tidak akan membeli emas bertanda 22k dengan harga emas 916 kerana pertama, 22K bukan penggunaan standard di Malaysia, kedua, emas yang dicop 22K mungkin dihasilkan di India dan ia tidak disahkan ketulenannya di Malaysia, pelebur sendiri tidak akan mengambil emas 22K pada harga emas 916, sebab itu emas 22K lazimnya dibeli pada harga emas 90 atau emas 835, bergantung kepada keputusan ujian ketulenan asid.

Sumber : Google



Inteview Di Pejabat Agama

Assalamualaikum…


Tengahari tadi aku dah berjaya menghantar borang permohonan untuk berkahwin ke pejabat agama, aku pi Pejabat Agama dengan En Tunang, mula tu tak tau kat mana Pejabat Agama ni, rupanya depan Sekolah Khir Johari je Pejabat Agama Kuala Muda tu…. Masa g ari ahad orang punya la ramai, tak leh wat apa… Tengahari tadi gi plak, nasib tak ramai orang, jadi senang la.. En Tunang tunggu kat luaq, aku naik kat pejabat… Nebeess giler masa tu, tak tau pasai pa… Dah sampai kat kaunter, bagi borang yang dah siap suma, depa bagi satu borang dalam jawi untuk isi, nak tulis nama apa suma tu terer la… Pastu nak tulis pekerjaan lagu mana eja pon tak tau, lama gak la aku dok teliti… Hahaha… Nasib setel, tunggu jap depa pangil masuk bilik jumpa pegawai…. Dalam hati ni dok dup dap dup dap dah, agak-agak dia nak tanya apa la, aku ni bukan ingat sangat…..Pegawai tu tanya nama apa, kerja apa, nak kawin bila, nak kawin gan orang mana… Pastu dia suruh mengucap dan maksud….. Pastu abis, aku tanya dah setel ke ni?? Tak dak apa dah ke….. Dah…..
Tak dak intview sangat la, beria je aku dok ingat-ingat suma.. Bukan apa, aku ni pelupa memang kuat.. Takut malu tak leh jawab, kena la menghafal… Hahaha… Kalau gi gan En Tunang dia tanya banyak gak pe… Hmm
Pastu hantaq borang dekat kaunter, depa bagi resit untuk borang tu 4 inggit je.. Tapi boleh wat kad nikah sekali 40 inggit, aku setel suma la… Lepas nikah mai bagi surat nikah untuk depa proses kad nikah plak… Lagi 2 ari aku dah boleh pi amek borang aku kat situ… Setell dah bab borang… 


Psstt : Dah boleh kahwin..... Hehe..

Tak Sangka Kan??

Assalamualaikum...

Tu dia tajuk tak leh blah.. Haha… Tak sangka aku gan ija akan berkahwin dalam tarikh yang terdekat ni… Dia akan nikah seminggu selepas majlis aku.. Tadi dia kol kata, tak sangka tin kita kawen pon sama-sama… Huhu… Dok sedih plak… Dan tak sangka juga aku akan kawen gan orang Taiping ijaa, orang daerah hang… Pehh… Aku tak pernah tinggalkan hang.. Hang plak nan dok SP je,memang kita tak kan berjauhan lah…. Hehe

~Ni lah si comel ija....... :)

~Sama tak?? Sama tapi tak serupa..

~Ni lah Ija, hantu karaoke *Maaf aku masukkan gambo hang yang ni,ngee..Mak mertua nengok ni  kompen rejekk.... Suara macam siti kot,hehe...... 
Dulu masa part time kat Aneka, time rehat je dia ajak aku karok kat karaoke jamban yang satu lagu singgit tu, aku pon apa lagi.... Oraitss......

~Bakat terpendam nak jadi model...Hihii..


~ Masa ni aku ikut Nan & Ija gi tangkap gambo orang kawen....
~ Kat umah kenduri..

Teringat masa study dulu, 1st sem memang aku nyampah gile gan dia… Sebab dalam kelas suka wat bes je depan lecturer, haha…. Pastu sem 2 sewa umah sekali… Masa tu dah boleh terima dia, sem 3 plak aku praktikal kat Alor Star sekali gan dia, kami menyewa kat Alor Star tu berdua… Masa tu la dah terima dan rapat gan dia, suka duka aku kongsi gan dia, kutuk mengutuk orang pon dengan dia lah,haha.. Pastu aku penah gitau dia yang sem 1st tu memang aku tak suka kat hang ija, suka kecoh-kecoh dalam kelas, meluat aku… Haha.. Last sekali yang tak suka tu la kita akan baik.. Teringat waktu praktikal, duit memang selalu tak de lah.. Nasib aku praktikal kat government, ok sikit.. Kalau pagi nak gi opis ija mesti tanya, hang ada duit dak tin?? Aku pon jawab.. Ada..Ada… Dia kata tipu, mai nak tengok beg duit hang… Dia cek tengok ada singgit ja.. Cukup la wat aku tambang bus, hehe… Pastu dia bagi sepoloh ringgit.. Aku memang tak leh lupa yang tu.. Terharu sangat… Nangiss….

Pastu sem 4 plak macam-macam lah cerita kami, tengok-tengok kena repeat sem… Haha… Repeat sem pon sebab drop paper, tak leh bawa semua.. Jadi terpaksa la repeat…  Sekali juga gan ija, haha…. Masa repeat sem kami keja part time sama-sama kat Aneka Jitra, cari duit nak sara untuk sem tambahan ni… Masa tu loan memang tak dapat dah, bahagi masa untuk part time dan juga kelas… Nasib lulus juga, konvo pon sesame…. Sekarang masing-masing dah keja dan berjaya…

~Ni masa time konvo 2010..


~Ni lah geng sekepala, satu umah... Dan satu macam lagi lah semua... Hehe..
Dua orang yang hujung belah kanan tu dah kawen, pasni aku gan ija plak.. Yang hujung belah kiri tu tunggu anak raja masuk minang... Hihihi...

~ Bergambaq bersama sesudah konvo..

~Ni masa gi Teluk Batik tahun lepas, bulan 8 ni Nana plak nak kawin..... Wah, tahun ni geng kita pakat membina masjid..... :)

~Cik Mun plak akan menyusul kemudian....... :)

Rasa rindu je kat hempa semua, rindu saat-saat kita study.. Kejap je rasa.... Hmm, pasni suma dah jadi isteri orang.... Susah dah la nak bertemu ramai-ramai...


Psstt : Agak-agak nanti ngandung sekali gak pe??Hihi….

I'm Getting Married

~Oh, wedding ticker dah menunjukkan angka yang makin hari makin sedikit...... Persiapan masih lagi slow..... Kena laju-laju siapkan ni... Wuaar.....
*Nangiss......

Derma lah Darah..

Assalamualaikum...

Tengahari kelmarin aku dengan beraninya telah mendermakan dara..... Ehh, derma dara....
 Gile apa nak derma dara..... Derma darah lah, berani x?? Haha... Sebenaqnya memang takut.. Tapi sebab tak pernah derma, nak try juga la.. Aku ni kan suka cuba benda baru.. Lagipon derma menderma ni kan amalan baik.... Dapat juga kita membantu orang yang perlukan darah ni, bangga rasa... :)


Derma darah ni berlangsung dekat Supermarket G-Mart Sumgai Petani, pada 15 April 2012.. Start dari kul 10 pagi sampai 5 petang.. Aku pi waktu rehat dengan Cik Mun, Nurul dan Abg Wan.. En Tunang tak dapat nak pi sebab ada khoje...Abg Wan ni darah jenis O, masuk ni dah 12 kali kot dia menderma... Peh.... Aku lak baru 1st time.... Takut oo tengok jarum tu... Errr......

Memula tu isi borang, daftar semua... Ramai juga orang waktu tu, buat buku derma darah apa semua... Lepas tu dah sudah aku pi kat tempat orang baring-baring untuk derma darah, pastu ada aunty merangkap nurse tu tanya "u nak cucuk belah mana? Kiri ke kanan?".. Aku dok blur-blur jawab "Err..... kiri..........Kot..". 
Terus kena baring dah atas kerusi tu, lepas tu aku tengok muka nurse tu macam tak confident jerk....... Seriau bebnor dah teman ni haa.... Dia gosok-gosok tangan aku dengan ubat apa tah, lepas tu spray ubat kebas kot.... Nampak dia keluarkan jarum, mak oii... besauu.... Aku terus tengok ke lain....Lepas tu rasa jarum tu masuk dan ngilu-ngilu sikit... Tak de lah sakit sangat, hehe... 

Aku tak ingat lak bapa minit masa yang di ambil, tapi rasa cam lama je.. Dalam hati ni bila nak stop, bila nak stop... Haha.. Lepas tu tengok dah penuh satu paket darah, relaks jap... Lepas tu nurse pon cakap ok, tangan ni jangan angkat berat-berat dalam masa lebih kurang 5 jam... Dia tanya ada pening ka?? Aku cakap tak... Tak rasa pening pon... Lepas tu siap dapat macam-macam lagi dari G-Mart....

Psstt : Darah aku jenis B positive, bulan 5 ni ada lagi kat  Central Square.. Kena tunggu 3 bulan baru leh derma lagi...

Bershoping Di Padang Besar

Assalamualaikum…

Kelmarin 11 April 2012 adalah cuti umum sempena pertabalan Yang di Pertuan Agong, terima kasih sebab bagi cuti kat kami.. Kalau x jangan harap la nak boleh tutup opis ni.. Huhu
Jadi dah cuti sesama ni aku dengan en tunang mengambil kesempatan luangkan masa dengan aktiviti yang memang perlu kami lakukan… Tu dia len macam ja.. Haha.. Kami plan p bershoping kat Padang Besar… Depa kata kat sana ada jual barang-barang kahwin ni, jadi aku pon ok je la… Mana nak tau kan ada benda yang boleh beli dan murah-murah…

~Datin Wannabee..... :)
Harus lah posing dulu sebelom bertolak... hehe

Pepagi lagi aku dah bangun buatkan sarapan, ceh…Rajin tak aku?? Wat bihun goreng je, hehe… J
Dalam kul 8.15 en tunang dah sampai depan umah… Kami pon memulakan perjalanan, tak ajak sapa-sapa pon, Cik Mun pon g jejalan gak.. So kami berdua je la.. Kul 9 camtu stop kat R&R Gurun untuk makan sarapan yang dimasak oleh aku, bukan senang tau aku nak masak.. Dah nak kahwin ni kena la belajaq-belajaq masak ni kan, en tunang komen bihun goreng aku tu… Sebab aku letak terlebih air, jadi sangat lembut.. Terlebih air sudah, dok buat bihun sup jadi camtu la.. Haha.. Atas komen-komen tu aku kena perbaiki lah masakan aku tu…

~Sedap kan bihun i, sampai muncong mulut u... Kikiki....

Lepas sarapan kami meneruskan perjalanan, jalan ke sana pon dah lupa, bukan ingat sangat, last aku pi pon masa praktikal kt Alor Star dulu, bos bawa pi jejalan… Ni pon pi ikut signboard je la..
Sepanjang perjalanan ke sana kan lalu kot Chuping, Perlis.. Kat situ ada ladang tebu, dan permandangan situ memang cantikkk….. Dah permandangan cantikk apa lagi, stop dan menggedik la kejap, wat macam orang luaq yang baru pertama kali lalu kot situ, wakaka….

~Kat area Perlis ni memang panass....Huhu...

~Ni bukan pokok tebu, ni pokok kelapa...
Kelapa sawit... Hehe

~Tebu baru tanam kot ni, rendah2 je....


~Tadaaa.... I pon nak jugaa.....

 Dalam pukul 11 kami sampai juga… Bukan susah pon, hehe….. Ikut signboard aje... Sampai tu memang rasa panas juga, tengahari kan....


~Banyak gerai-gerai yang dibuka kalau cuti camni, kalau hari biasa tak banyak kedai yang buka..


~Barang-barang kahwin

~Kelab Usahawan Padang Besaq, tengok budak tu lukis Angry Birds...... Nak jugaaa!!!
~Toto Narita yang memang pemes kat sana, harga RM 39, tapi diskaun kurang singgit je,sob..sob..

~Maii...Maii......
Banyak  betol bantal Angry Birds kat situ, dah macam kanak-kanak dah aku...Hihi... 

~Depa borong toto narita sorang satu...

~Nah amekk... Aku borong 3 terus.... Haha

~Banyak dah barang beli ni, keta park jauh gak ni..Camner??
Oleh kerana terlalu taksub bershoping, aku kehabisan duit, en tunang pon ada cukup-cukup je untuk dia nak beli periuk cap buaya yang dipesan oleh mak dia… Tak sedaq duit tinggal berapa puluh je dalam dompet ni, wuarr… Camna ni, tanya orang-orang kat situ mana ada ATM, depa cakap ada dekat depan balai polis, jalan kaki pon boleh, tak jauh… Kami berdua pon dengan gonjengnya berjalan la.. Bajet cam dekat, tapi leh tahan la.. Jauh gak,haha…. Ada Maybank, 7 E pon ada ATM Ambank.. Tapi aku g amek dekat Maybank je…. En Tunang pon amek gak wat spare…..Tak sangka nak shoping sampai abis duit dalam dompet.. Masa nak mai memang tak amek duit pon, bawa je yang mana ada.. Tak sangka bila dah bershoping abis banyak juga, haha….

~Amek lebih sikit awak, leh lanje kite.... Hee...
Lepas amek duit tu, aku cakap kat En Tunang, kita balik ikut jalan ni lah *Tengah wat pala org kedah kata,haha… Rasa cam dekat sikit, nak balik kot jalan mai tadi berbukit… Kalau jalan semput gak, so hentam saja… Dalam dok jalan kaki tu tepon en tunang berbunyi…. Member opis kol tanya ada mana??En Tunang boleh jawab ada kat Thailand…Pastu dia tanya en tunang rasa gegar x?? Aku kat depan ni dengaq je.. Jalan kemain laju  tinggal en tunang kat belakang.. Haha… Mana ada rasa apa pon, hmm… Dah sampai kat tempat beli belah tu en tunang cakap, eh… Dekat je la kot ni…. Haa…Tau pon..

Lepas tu HP aku ada mesej masuk, Cik Mun cakap kat Penang amaran Tsunami dah di keluarkan, lepas tu ada mesej lagi dari Nurul dak opis aku tanya rasa gegar tak.. Kami kat sini tak rasa pape pon, rupanya ada gempa bumi kat Acheh.. Risau juga la kami… Lepas tu gi beli periuk cap buaya untuk mak en tunang, baju untuk mama dan bunga telur, kami pon gerak balik.. Blouse kat sana murah juga la… Periuk cap Buaya tu en tunang beli yang 3 beradik, size 36 cm, 40 cm gan 47 cm kot, sumanya RM215 selepas tawar menawar… Tu je jumpa yang murah sikit.. Yang len suma depa bagi 210,230,250… Jumpa yang rm215 tu je lah rasa paling murah.. kat sini kena pandai tawar menawar… Toto Narita tu pon memang tak dapat lah harga rm35, semua tempat rm38 je depa boleh bagi.. Amek juga la, amek 3 lak tu…

~4 Kotak bunga telur aku amek,RM25 sekotak
En tunang amek 3 Kotak..... Total RM140

~Masa untuk pulang, barang penuh keta... Memang tak leh ajak sesapa ni.. Kalau tak tak dapek nak borong camni....

~Nasib tak kena tahan sebab barang penuh keta..

~Last sekali bantal Angry Birds yang telah berjaya dirembat oleh aku, haruslah beli ok, harga RM10 je... Hehe..

Psstt : Bes gak sekali sekala bershoping, tapi yang tak bes banyak plak kuar duit... Hihi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

 BabyFetus Ticker