Pixajoy

Pixajoy

Klik-Klik

MARRIED

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

UMUR HAZIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Bihun Sup Express


Assalamualaikum..

Ok.. Sesapa yang kurang rajin macam aku boleh la mencuba resepi bihun sup express ni versi aku… Hehe….
 Sebab apa boleh dikatakan express, sebab cepat dan pantas la… Haha… Lagipon bihun ni boleh dikategorikan bihun kurang kolestrol tak macam bihun sup yang lain kerana bahan-bahannya berupa hanya sayuran dan hanya merebus.. Ok jom kita lihat bahan-bahannya :


Bahan-Bahan :
  1.  Kulit Kayu Manis & Bunga Cengkih
  2.   Bawang Putih & Cili Padi (Diketuk)
  3. Sedikit Lada Putih & Lada Hitam (Ditumbuk, kalau nak pedas boleh letak banyaklagi, guna serbuk lada pon boleh juga)
  4. Sayur Sawi, Bunga Kobis dan Tomato (Nak masuk sayur pape pon boleh)
  5. Sebiji Telur
  6. Bihun
Cara Memasak :
  1.  Rebus Bihun bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.
  2. Masukkan batang sayur sawi bersama bihun untuk melembutkan batang sayur tadi.
  3. Masukkan pula cili, bawang putih, lada hitam dan lada putih yang ditumbuk bersama.
  4.  Biarkan sehingga bihun menjadi lembut, kemudian masukkan daun sawi, tomato dan juga sebiji telur. Jangan lupa garam secubit rasa.
  5. Ok siap, boleh dimakan sambil menonton Mania.. Selamat Mencuba.. :)
~Rebus bihun bersama bahan-bahan tadi, tunggu sehingga bihun lembut.. Masukkan sayur dan telur semua, dan siap untuk dimakan.. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

 BabyFetus Ticker