Pixajoy

Pixajoy

Klik-Klik

MARRIED

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

UMUR HAZIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Nugget Ayam Homemade

Assalamualaikum...

Oleh kerana boring kat umah sesorang, petang tadi pas balik keja terus beli bahan-bahan nak wat nugget..... Sedapnya...... Hehe... Meh nak kongsikan resepi kat sini, mudah dan sedap.....



Bahan- bahan :
  1. Serbuk Perisa Ayam (Aku guna kiub pati ayam je)
  2. Serbuk Lada Hitam dan Lada putih (Aku guna biji lada, pastu tumbuk halus)
  3. Isi Ayam (Tak kisah banyak mana pon) 
  4. Telur 2 biji
  5. Bread Crumbs (Serbuk Roti, selalu orang guna yang warna oren)
  6. Garam Secukup Rasa
  7. Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak :
  1. Basuh isi ayam tadi, buang tulang-tulang yang ada, nak guna cuma isi ayam. Potong menjadi kecil. Kemudian toskan.
  2. Blend isi ayam tadi, tak perlu tambah air. Blend tanpa air.
  3. Isi ayam yang telah di blend tadi di gaul dengan serbuk lada hitam dan lada putih, Serbuk Perisa ayam dan garam secukup rasa.
  4. Kemudian setelah digaul sebati bentukkan lah seperti cita rasa sendiri. Kat sini di bentuk bulat-bulat, senang dan mudah.
  5. Salut dengan bread crumbs untuk kali pertama, kemudian salutkan dengan telur. Lepas disalut dengan telur salut lagi sekali dengan bread crumbs.
  6. Dah siap disalut boleh la digoreng dan dihidangkan sambil menonton Super Spontan. Selamat Mencuba.... :)

P/S : Jangan goreng terlalu lama, sebab nugget akan keras... Nanti tak sedap..

~Blend isi ayam..

~Setelah di blend, gaul suma bahan.....

~Dibentuk bulat-bulat dan disalut dengan bread crumbs untuk kali pertama, kemudian salut dengan telur.. Lagi sekali salut dengan bread crumbs untuk lebih rangup.

~ Dah siap di salut boleh lah di goreng dan di makan...... Aku hanya goreng sikit je, yang lain disimpan dalam peti... Takkan sensorang nak goreng suma.. Jenuh makannn nanti.....

Resipi ni dapat dari blog ML, tapi aku wat style sendiri.. Hehe...



2 comments:

BLOG-EPIC-SCENE said...

Ouhh cam ni rupanya buat homemade nuggets..nak try la nnt..thank for this info :)

Fatin Khadir said...

try la......mudah dan sedap......sharing is caring, hehe... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

 BabyFetus Ticker