Pixajoy

Pixajoy

Klik-Klik

MARRIED

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

UMUR HAZIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sekebun Bunga Cinta

Baru-baru ni aku sesaja berjalan-jalan kat tesco gan Cik Mun, pastu masuk je popular terus nak cari novel..haha...aku jarang ok beli novel, tu 1 st time aku beli novel iaitu novel Sekebun Bunga Cinta ..... Nukilan Liyana Zahim.



Apasal tetiba aku beli novel??Haha....Sesaja nak feeling cam zaman sekolah dulu...Pernah layan novel time SPM... Akibatnya result SPM aku cukup-cukup makan je....Haha....Teruk...

Still baca lagi novel ni, nanti leh la review story dia bes ke x...Meh nak sinopsis cket....Ni aku copy je kat blog penulis ni..

~Aku beli novel Sekebun Bunga Cinta, Cik Mun plak beli Bila Hati Kata Sayang......


Sinopsis: Faris Aqiel bukan lelaki yang mudah menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Walaupun seribu gadis yang hadir, mereka cuma datang dan pergi. Kehadiran Airis Jasmyn mengertikan satu rasa di hati. Tetapi, masakan hatinya boleh terpaut pada si gadis ‘boyish’itu?

Tanpa ragu-ragu, Faris melafazkan cinta. Dia benar-benar ingin Jasmyn tahu isi hatinya. Malangnya, rasa yang dihulur dibiar sepi. Mana tahu hatinya yang disangka kental itu sangat rapuh. Lalu, dia membawa diri ke Kota Wellington. Hairannya, hati Jasmyn terlalu hiba selama ketiadaan lelaki itu.Kerana ego yang tinggi, disingkir jauh segala perasaan. Dia tidak mahu dibaluti kekesalan walau sedikit pun!

Faris kembali ke tanah air. Rasa kecewanya sudah sirna. Namun begitu, pertemuan semula dengan Jasmyn meruntun jua hati lelakinya. Ketika itu, hadir Zara Yumna meneutralkan rasa cintanya terhadap Jasmyn. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melamar Zara. Saat mereka ingin disatukan, Jasmin pula hadir mengakui rasa cinta yang terpendam sekian lama di jiwanya. Sayangnya, cinta itu sudah menjadi serpihan-serpihan halus yang tidak bisa dicantum kembali. Ketika itu barulah Jasmyn sedar bahawa cinta tidak semestinya dimiliki.



Psstt : Kalau ada sedih-sedih ni mau nangis gak aku,haha..... Aku ada baca 1 novel tu, bes juga... tajuk Cinta 3 Suku dari penulis  Herna Diana,bes citer dia...... Nangis gak sikit...Ekeke....

2 comments:

Liyana Zahim said...

TQVM dear.. :) Tharunye ambik pic novel skali haa.. Nangis2.. Huuu.. Neway.. Hapy readin.. :)

Fatin Khadir said...

Sama2..Thnks sudi jenguk blog ni....Terharu juga.....xsbar nk abiskan mmbaca novel ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

 BabyFetus Ticker