Assalamualaikum...
Semalam aku berpeluang pi tengok wayang setelah lama juga la tak masuk panggung ni, saja seorang teman ni ajak and aku follow jek, tak tau nak tengok citer apa.. Ada 2 pilihan, satu citer Dalam Botol tu, satu lagi citer CUN.. Aku pilih nak tengok citer CUN, citer CINTA...Wah...pehal lak aku ni..hehe
Layaannnn jek...
Pelakon bes-bes giler, tambah-tambah Faezah Elai sebagai Tom, memang lawak habis....Aku suka jek, dalam wayang tu aku jek dok gelak terbahak-bahak naik kaki tangan semua, nasib la amek seat belakang sekali, tak de lah orang perasan kan...Hahaha....Meh nak sinopsis cket na...
Maya Karin yang CUN ni sebagai Luna Latisya seorang pengacara terkenal dalam citer ni, dia dok bercinta dengan Ryan Hidayat (Jehan Miskin), seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.
Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.
Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’
Comel giler time Maya Karin nek motor kapcai tu ngan pakai spek mata hitam ikat tocang dua. Pehhh...Style kot, aku sukaaaaaa...Haha...
Nak tau lagi hempa pi tengok sendiri la noo bes ka tak bes...Bagi aku seronok juga la sebab aku gelak tak terkawal ja, hehe.. Memang bes ar habaq kat hempa..Citer dia gila-gila, aku suka.. Macam aku, gila-gila...Hahaha...
Tapi aku nak tanya produser (boleh tera tu,hehe), part nak abis Atan kan pi jumpa Luna ni dekat dalam studio masa Atan jadi tetamu rancangan 'meletops' tu, aku gan teman aku ni tak salah dengaq kot, Atan ni sebut MAYA, bukan LUNA... Hurm....Kena tengok sekali lagi ni, hahaha
Tu dia keluaq ayat kedah... Sapa tak tau pi tanya En Google na atau tanya kawan-kawan oqang Kedah, hehe..
Ok, Bubye and Enjoyy....
2 comments:
bila update entri ni..xsedar pon...
2,3 mgu lpas kot,hg yg xsdaq,huhu..Blog bruk je
Post a Comment