Pixajoy

Pixajoy

Klik-Klik

MARRIED

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

UMUR HAZIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tentang Wanita

Assalamualaikum...

Sedang belek-belek Blog ni aku terjumpa sesuatu yang menarik mengenai wanita, jadi aku nak Copy la cket...
Istimewanya wanita apabila kita mempunyai Sifat yang macam ni.. 
Untuk renungan kita bersama..



1 - Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana

sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”



2 - Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada

70 orang lelaki yang soleh.



3 - Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

4 - Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000

lelaki yang jahat.



5 - Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah

panggilan ibumu dahulu.



6 - Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,

memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.



7 - Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

8 - Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang

melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.



9 - Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala

seperti meyapu lantai di baitullah.



10 - Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku

(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

11 - Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

12 - Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

13 - Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia

daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

14 - Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,

siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

15 - Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,

tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

 BabyFetus Ticker