Assalamualaikum..
Chewaahh... Sekarang aku dah terfikir nanti nak anak aku panggil apa kat aku gan en husben...Hmm, aku pon tak tau sebenarnya nak bahasakan diri apa, walaupun baru 3 months preggy.. Tapi selalu juga nak bahasakan diri ni apa, kadang-kadang ada cakap gan baby sebut mama & papa.. Hehe...
Ini antara panggilan yang biasa di gunakan untuk panggilan kepada ibu & bapa :
Mama & Papa ( Panggilan ni popular sekarang)
Mama & Abah (Panggilan aku kat orang tersayang aku adalah mama & abah)
Mama & Baba (Pak ndak aku anak-anak dia panggil baba)
Ibu & Ayah / Abah ( Akak² aku guna gelaran Ibu & Abah)
Mak & Ayah / Abah ( Panggilan ni pon popular juga)
Umi & Abi ( Panggilan ni baru solehah. Macam nak guna panggilan ni je, tapi kalau tukar kepada mama & abi ok tak? =) )
Umi & Walid ( Panggilan ni pon solehah juga )
Mummy & Daddy ( Dengar cam mat saleh sikit, haha.. Tapi mummy tak elok sebab maksud dia hantu kubur, esok anak dok panggil hantu kubur, hantu kubur.. Ooh, serammm....)
Bonda & Ayahanda ( Macam kerabat di raja je, dulu kat sekolah member aku panggil mak dia bonda, bes je dengar.. Hehe)
Menurut seorang ustaz, panggilan terbaik adalah Umi & Abi kerana panggilan ini di gunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
3 comments:
aku baru je search pasal panggilan nama ni. kalo boleh nak lah panggilan yang ada maksud baik-baik. sememangnya mummy/daddy ni bukan pilihan aku.geli.hahaha...
aku mungkin ummi/ibu/ayah kot....
saya ibu/ayah..datng menjengah :)
😍 berkenang dgn ummi abi .. doakn yg baik2 buat sy & suami.. semoga dpt zuriat tahun ni ..
Post a Comment