Pixajoy

Pixajoy

Labels

Klik-Klik

MARRIED

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

UMUR HAZIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

10 Tips Persediaan Perkahwinan Buat Bakal Suami & Isteri

Assalamualaikum...

Masa dok blogwalking tadi ada terjumpa satu tips, so disini nak kopipes untuk tips diri aku yang bakal berkahwin ni dan sesapa saja la...

~Sumber : Google


10 tips persediaan perkahwinan buat bakal suami & isteri 
1. Pasangan yang bakal berkahwin perlu tahu dan faham skop tanggungjawab masing-masing dalam memainkan peranan sebagai suami mahupun isteri. Kewajipan melaksanakan amanah tersebut adalah kewajipan dan menjadi tuntutan agama, malah ia akan dihisab di padang Mahsyar kelak.

2. Pasangan yang bakal berkahwin juga mesti mendalami ilmu agama secara berterusan terutama untuk bakal suami, kerana menjadi kewajipan suami kelak untuk mendidik isteri dengan ilmu agama. Jika tidak mampu, cadangkan dan doronglah mereka untuk menhadiri kuliah-kuliah agama. Jangan pula kita menghalang mereka daripada menuntut ilmu agama.

3. Perlu adanya satu ketetapan sebelum perkahwinan bahawa walau apa pun terjadi dalam rumahtangga (selagi tidak memudaratkan), maka jangan sampai ia melibatkan orang ketiga termasuklah kedua ibu bapa atau mentua. Berdepanlah secara lemah lembut dan berhikmah dengan pasangan, insyaAllah keharmonian rumah tangga menjadi habuan.

4. Perlunya pasangan itu memahami adat resam budaya tempatan pasangannya jika perkahwinan mereka berbentuk rentas budaya (cross-cultural). Sentiasa menghormati dan cuba salami dan asimilasikan adat resam budaya belah pasangan, anda tentu akan menjadi kebanggaan bakal mentua.

5. Keterbukaan dan perbincangan tuntas secara berterus terang mampu untuk memahamkan pasangan masing-masing jika bakal pengantin tersebut menghadapi masalah seksual. Kerana adalah lebih baik berterus terang dan bagi hak untuk diri pasangan memilih samaada untuk terus bersama atau sebaliknya. Jika hal ini hanya diketahui selepas berkahwin maka pasangan akan tertipu dan yakinlah implikasinya akan bertambah buruk.

6. Buat persediaan yang mantap dari sudut ekonomi. Tidak dinafikan Allah menjamin rezeki kita apabila sudah berkahwin. Ini juga sudah dinukilkan dalam lembaran kalamNYA. Namun janganlah pula tunggu sehingga masalah ekonomi memangkin kepada punca krisis rumahtangga. Sebenarnya sikap tanggungjawab dan berusaha paling penting. Yakinlah Allah tidak akan sia-siakan usaha kita untuk melakukan perkara yang disuruhNYA. 

~Sumber : Google 

7. Kerjaya yang merujuk kepada pangkat. Pada hari ini menjadi kebiasaan wanita yang lebih bekerjaya mengahwini lelaki yang berjawatan biasa. Di sini sifat sabar pihak suami perlu dioptimumkan dan sifat ego pihak perempuan perlu diminimunkan. Hormatlah pasangan sebagai suami isteri nescaya kehidupan akan harmoni.

8. Kesihatan adalah faktor yang agak penting dalam proses pembinaan rumahtangga kerana penyakit kronik hanya akan dianggap menyusahkan pihak yang satu lagi. Jagalah kesihatan untuk orang yang tersayang. Jauhilah amalan merokon dan pemakanan serta gaya hidup merisikokan diri kepada penyakit kronik. Jika penyakit itu terjadi selepas perkahwinan kepada salah seorang pasangan, mereka perlu bersabar. Yakinlah Allah tidak akan menguji hambanya jika ujian tersebut tidak mampu kita tanggung.

9. Hiasi diri dengan akhlak dan perangai yang dianjurkan oleh Islam. Tunjukkanlah sikap-sikap yang mahmudah dan elakkan bersifat mazmumah.

10. Cubalah belajar untuk berkomunikasi dengan cara yang betul. Hampir 80% kegagalan rumahtangga berpunca dari masalah komunikasi. Krisis ini muncul apabila pasangan mendapati dirinya tidak difahami oleh pasangannya dan ini akan menimbulkan rasa tidak diambil berat lantas mencetuskan pemberontakan dalaman.

Dalam apa jua perhubungan pun sebenarnya yang paling penting ialah komunikasi dan juga sikap tolenrasi seperti dalam lirik lagu Kekanda Adinda nyanyian Monoloque dan Atilia kerana setiap yang berpasangan itu saling melengkapi antara satu sama lain.

Kanda pula kutub Utara,
Dinda kutub Selatan
Komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
Tak perlu bertengkar, tak perlu bermasam muka

(Kalau keluar je lagu ni kat radio aku mesti ajak en tunang duet sesama, hehe)

Sumber : Cik Tom




10 PETANDA MENGENALI JODOH





Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



Psstt : Sharing is Loving kan, meh la kongsi sama-sama ea..

~Tips Untuk Yg Frust Bercinta


1) Senaraikan semua keburukan dia…. dan nilaikan balik adalah lebih baik kita putus dengan dia.. (tapi untuk kes ini sahaja)
 ~Tak semua buruk tentang dia, ada juga yang baik...Manusia ni ada buruk baiknya.. Tapi aku dah penat, aty aku dah cukup penat, xlarat lagi.. Jadi semua aku nampak buruk je..Hehe..


2) Jangan bersendirian… kerana bila bersendirian fikiran kita lebih bercelaru….
  ~Tak bersendirian, ada kawan-kawan yang sudi mendengar..Thanks uols..

3) Jika ingin menangis… menangislah semahu-mahunya dan berjanjilah selepas itu anda tak akan menangis lagi kerananya….
 ~Dah kering air mata ni dok teriak ja, wuarr.... Dah xmo nagis lagi boleh x...Jiwa kacau aku.. Tapi bila menangis ni rasa keluar cket masalah yg terbeban tu


4) Jangan pergi ke tempat2 yang telah memberikan kenangan manis sewaktu bersama dengannya…
 ~Kalau pi pon wat xtau jek. Agk2 boleh ke?Aku jenis aty kering, boleh punya..hehe

5) Cari atau keluar dengan kawan-kawan yang gila2 atau kelakar.. supaya anda rasa terhibur..
 ~Itu benda yang memang dok buat dah, lupa abis suma..Wuarhaha.. (Lupa la sat)

6) Luahkan perasaan anda dengan insan yang paling rapat dan boleh dipercayai..
  ~Aku luah kat kawan aku yang paling aku percaya dan my beloved mom, aku mesti citer kat dia..hehe (Thanks mak sbb sgup dgaq mslh ankmu ini)


7) Padamkan atau buangkan apa sahaja yang boleh mengingatkan anda pada si dia… contoh hadiah2 pemberian darinya…. jika hati anda tidak kuat..
 ~Aku dah xguna barang yg dia bagi, xmo ingat lagi.. Tapi aty aku kuat, ada 1 benda barang dia bagi aku still pakai..Lalala...

8) Jangan dengar lagu2 yang jiwang2… kerana ianya akan lebih membuatkan anda merasa sedih…
  ~Ish, dengar je nangis...Haha, tambah2 bila dengar lagu yg selalu dengar bersama2..Tapi kadang2 layan rocks gak nak hiburkan aty..Yeahh..Yeaahh..

9) Sibuk2kan diri anda.. supaya anda tiada masa untuk memikirkan kesedihan hati anda… atau carilah hobi baru yang boleh dimanfaatkan…
  ~Wat2 sibok, tapi xde lah sesibok mana...huhu..Gi karok, bowling, wayang...Ish, teruk2...

10) Beri ganjaran kepada diri anda sekiranya anda dapat melupakan dia….
  ~Belom leh lupa lagi, dalam proses...

11) Jika tiba-tiba anda merasa marah atau sedih.. ambil pen dan kertas… luahkan segala apa yang terbuku di hati anda…. tuliskan apa sahaja perasaan anda…. contohnya… aku benci kamu….
 ~Aku menulis dalam belog aku ni apa yg aku rasa,eh..ada ke..haha... Cket2 jek, xleh publish     semua... 

12) Buatlah perubahan positif pada diri anda yang boleh mengembirakan anda… contoh ubah penampilan diri anda…
  ~Nak kena wat perubahan gak ke?Ok aku try...Ubah penampilan jadi makin cun ke kan,hahaha...

13) Ingatlah bahawa mungkin ada hikmah di sebalik kekecewaan itu.. mungkin Tuhan itu menyayangi diri anda.. dan mungkin si dia adalah bukan yang terbaik untuk anda…
  ~Hmm..Ni aku sokong, mungkin ada hikmah antara aku dan dia..Walau bercinta lama mana pun, xsemsetinya sampai ke jenjang pelamin, mungkin aku bukan yg terbaik utk dia..Aku redha. :(

14) Kerap mendengar ceramah2 agama dan motivasi supaya minda anda lebih segar…
  ~Dengaq dan baca ayat2 Al-Quran yg boleh menenangkan jiwa..InsyaALLAH berkesan.

15) Dan yang paling terbaik adalah dekatlah diri anda dengan Yang Maha Esa… dan abdikan diri anda pada Nya…. dan anda akan merasa amat tenang…. sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui… setiap apa yang berlaku ada hikmahnya…

~Aku percaya setiap yg berlaku ada hikmahnya, apa pun aku sentiasa memohon dengan Yang Maha Esa supaya diberi petunjuk dan jalan untuk aku.


Apa Yang Lelaki Suka Dan Tak Suka

Hurm...Hari ini tengah baca-baca, terdapat satu info menarik yang aku nak kongsi bersama-sama..
Aku pon xtau camna boleh baca benda-benda camni.. Sedangkan sebenarnya aku malas nak fikir mengenai lelaki buat masa sekarang..Haha (Ayat frust tu)
Apa pun Jom kita layan......


Lelaki Suka perempuan yang :


♥ Sikap kelakar
♥ Budi pekerti dan kesopanan
♥ Murah hati
♥ Senyuman manja
♥ Pandai memasak
♥ Pandai dalam mengenakan pakaian
♥ Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
♥ Tak mudah naik angin
♥ Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
♥ Tak terlalu seksi dalam berpakaian
♥ “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
♥ Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
♥ Berwawasan atau bercita-cita tinggi
♥ Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
♥ Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
♥ Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
♥ Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
♥ Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
♥ Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
♥ Sikap keibuan
♥ Sukakan kanak-kanak
♥ Suara lembut tanpa dibuat-buat
♥ Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
♥ Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
♥ Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
♥ Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
♥ Tahu bersyukur
♥ Pandai berjimat-cermat
♥ Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal




Dan Lelaki Tak Suka perempuan yang :


♥ Wanita yang suka mengumpat
♥ Sombong dan bongkak
♥ Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
♥ Hisap rokok
♥ “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
♥ Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
♥ Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
♥ “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
♥ “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
♥ Wanita yang hipokrit
♥ Pembohong dan suka mencari alasan
♥ Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
♥ Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
♥ Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
♥ Pengotor dan pemalas
♥ Tak bertanggungjawab langsung
♥ Tak pandai mengemas
♥ Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
♥ Kuat berleter walau hal remeh temeh
♥ Boros berbelanja
♥ Tak tahu memasak
♥ Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
♥ “Queen Control” atau suka mengarah-arah
♥ Tak pandai bergaya atau selekeh
♥ Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
♥ Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
♥ Panas baran
♥ Kuat merajuk dan sukar dipujuk
♥ Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
♥ Tak mahu mengakui kesilapan dan ego


Ha...Aku sikap yang lelaki suka tu ada la 80%..Wah,wah..yeke,hahaha..Ok stop, aku tipu...Saja perasan..Biar lah Lelaki menilai sendiri..Sifat yang lelaki xsuka tu pon ada juga dalam diri aku ni... almaklum lah..manusia ni tak semuanya sempurna kan..


Tapi sekarang kalau dah suka dan sayang tu, sifat camna pon orang tetap akan suka kan..Hehe..Yeke??
No komen..



Cinta vs. Suka

~Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
~Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. 


~Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. 
~Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. 



~Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. 
~Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum. 



~Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. 
~Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja. 







~Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. 
~Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar. 

~Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta
~Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka

~Bila orang yang kita cintamenangis, kita akan turut menangis. 
~Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira. 

~Perasaan cinta bermula dari kata. 
~Perasaan suka bermula dari telinga. 



Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka. 


Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

 BabyFetus Ticker