Pixajoy

Pixajoy

Labels

Klik-Klik

MARRIED

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

UMUR HAZIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

OMBAK RINDU Terbaikk!!







Assalamualaikum...

Dah lama x menconteng blog ni..... Sapa dah tengok Filem Ombak Rindu angkat ibu jari..Hehe...
Adaptasi dari novel Ombak Rindu, novel ombak Rindu ni aku baca time nak SPM, siap nangis2 lagi baca novel ni... Sob.. Sob, sebab tu SPM aku cukup2 makan ja....Haha...


Hari ke dua tayangan ombak rindu, aku, teman dan kengkawan suma dapat tiket free untuk tengok filem tu..
Tau sebab pe free?? Jangan jeles uolls.... Tunang pengarah ni belanja hokeh....Haha...
Nak tengok 1st day tayangan kena la gi penang nu, sebab malam jumaat kat Kedah semua hiburan kan ditutup... Tapi lebih baik kami tunggu hari ke dua jek.....

Betapa ramai la orang dalam tu, penuh ok... Kami duduk seat belakang sekali, sekali gan tunangnya... Tengok pon klear je, kalau depan2 sakit mata gak..hehe...

Mula2 citer dia, kuaq lagu ombak rindu nyanyian Hafiz gan Adira, syahdu je.... Dah boleh feeling2 dah masa tu.. heh heh... Aku pon dah mula sok seh sok seh....Bukan sedih, hidung tersumbat derr..... Macam orang nagis dah gamaknya.... Mula2 xdak lagi part2 sedihnya... Siap Teman aku tegur lagi, "Eh...Dah nangis" Haha....

Tapi aku ni bukan leh tengok citer sedih, kang laju je air mata aku ni.... Memang sah la, sedihnya banyak gak, jenuh tahan aku... Tapi xsempat nak sedih terus masuk part lain....Hehe..Maybe depa nak cepatkan sikit, tayangan pon lebih kurang 2 jam juga....Tapi bila tengok Aaron Aziz, menggatal la aku..hihi...

~Aaron Ajiss...Wewit..... :)

Citer dia xdak la penuh sangat macam dalam novel, tapi xkisah la...Citer dia memang bes okeh... Lisa Surihani yg comel tu sebagai Mila, dalam tu watak dia baran giler, asik nak marah je...Tapi cun kot....haha.... Maya Karin lak sebagai Izzah, kira jadi la watak dia sebagai orang kampung....Hehe.... Aaron Aziz??? Lagi bes...haha...Gatal la tu... Hero yg memang sesuai pegang watak romantik, tapi Teman aku lagi romantik ok.... Hihi... Pastu kawasan penggambaran yg memang cantik, lokasi dia kat Langkawi, Aloq Staq gan Cameron...Peh, rumah dia... Hempa pi la tengok sendiri naa... Ok lah, malas nak melalut... Kengkawan ajak pi tengok lagi sekali ni.....Jommmm......


~Maya sebagai Izzah, nampak kekampungan kan... :)
*Permandangan belakang tu macam kat Air terjun perigi kat yan tu je, hmm..

~Time Haris Pujuk Izzah lepas izzah pengsan, so sweet.....


~Muka garang Lisa Surihani..... Cun x??

Psstt : ~Part romantik time depa kawin kat siam, haris bagi hantaran jam dia kat izzah, izzah pon bagi jam dia balik kat haris... Hehe..Pastu time dia pujuk izzah lepas izzah pengsan kat tepi laut.. Haris suh izzah pangil dia abg.... Wewit....

~Part sedih yg aku ingat bila Haris marahkan izzah sebab dia ingat izzah mengandung, tapi sebenaqnya izzah datang bulan, terus izzah pengsan.... Sedih je..Pastu time jam izzah jatuh dalam sungai,memang menjadi la... Part haris mai pujuk izzah masa kt kg tu pon sedih gak....

Yg lain kena tengok sendiri... Dah lupa, hehe...




Alamak Toyol!!



Assalamualaikum...


Semalam planning tengok wayang gan Teman n kengkawan opis....


kami pi tengok citer Alamak Toyol!! Lakonan Angah raja lawak dan Along raja lawak... Dari mula tengok sampai abis x kering gusi dok gelak... Bergegar juga pawagam....Haha...
Sapa yg belom tengok leh la p tengok ea, xrugi.... Bes... Lawak kot...



alamakk toyol
~Budak kecik yg berwarna hijau...

Adeline bersama toyol 'box-office' Afiq Izzudin


SINOPSIS ALAMAK TOYOL
Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.

Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.

Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.

SUMBER ARTICLE DAN ARTICLE PENUH: http://www.perekacerita.com/2011/11/alamak-toyol.html#ixzz1dHIr1lZs


Psstt : Bes citer dia,lawak...... Tak rugi tengok... Tapi ada juga la scene yg 18sx..... Budak2 tengok xelok juga, huhu.....



Hantu Bonceng Full Movie

Assalamualaikumm....

Sapa dah tengok Hantu Bonceng ni??Aku xtgok lgi,dengaq kata cam bes..Hehe...Tapi malam ni Teman aku ajak gi tengok Raya Tak Jadi, lakonan Johan gan Apek.. Hantu bonceng tu lakonan Zizan.. Kira bersaing ke ni?

So sapa yg xtgok lagi meh tengok online Hantu Bonceng kat sini..
Aku pon baru nak tengok ni..


Psstt :Selamat Menonton..


Nora Elena



Ok..Sekarang semua orang tengah demam Drama Nora Elena, Slot Akasia kat Tv3 tu kan termasuk lah aku ni, hempa demam dak citer tu?? Confirm demam, ada yg hari-hari post kat pesbuk Nora Elena, xsbar nak balik tengok Nora Elena, ada plak yg tukar nama kepada Fatin Elena la,Eh.. Mcm nama aku jek,hehe..Aku mna de tukar pon, tetap fatin Khadir k, member aku siap tanya lagi camna nak daftar kat tonton tu sebab nak tengok Nora Elena, aku pon xingat dah la.. Aku daftar tahun lepas,hehe..Tu dia demam tak demam habaq maii, penangan citer Nora Elena, aku demam cket ja kot.. *Xnak ngaku lak.

Minggu ni adalah minggu akhir untuk citer tu, rugi kalau xtengok bagi abis... Tapi semua orang boleh tau dah jalan cerita dia yg sebenarnya.. Sebabnya citer ni di adaptasi oleh novel Kasih yang Suci, jadi sapa yg penah baca tu tau la ending dia cmner.. Tapi kot dalam citer ni dia ubah ke, xtau la kan... Sama-sama lah kita tunggu  sampai episod akhir nanti k.

~Ni la novel Kasih yg Suci, aku pon xpernah baca lagi.

Tau sebab pe bes citer ni?? Mesti sebab Seth Tan a.k.a Aaron Aziz yg romantik tu kan??
Haa..tau xpe, aku jadi gatal la tengok citer ni..Haha....Lain macam jek
Yela, dah la hensem gtew.. Pastu romantik giler dalam tu, terbayang jek kalau aku dapat laki macam tu..hihi... *Gatal*

Tapi semalam miss lak citer tu sebab makan kat luar,hehe..Orang bujang katakan..
So arini mesti lah aku tengok online je episod yg terlepas tu atau pon tanya orang apa jadi citer tu, sebelum ni xde layan sangat, mybe sebab keadaan TV yg xberapa clear sebab ariel TV tercabut, ganas betol macam mana boleh tercabut tah.. So pasang Astro terus senang xyah kami nak betul-betulkan ariel TV tu, nape susah sangat nak dapat siaran kawasan umah sewa aku tu tah, pedalaman sangat ka...hihi...Lepas tu apa lagi, kami layan sampai tangkap cintan kat Aaron Aziz tu..Hahaha...

~Masa ni baik punya aku tengah layan bola Kelantan Vs Terengganu, ada Astro clear jek..Hehe


~Ni mesti peminat fanatik yg gabungkan gambo ni,hehe

~See, romantik jek...



Tak sabar nak tunggu episod akhir nanti, harap-harap tak termiss lagi la macam selalu, sanggup balik keja awal nak tengok Nora Elena... Awal gak la sebelum kul 7 dah blik, selalu kul 7 baru nak thumb print bagai.. .Macam la umah gan opis jauh,hehe

Nur Kasih The Movie Vs Pirates of The Caribbean


Tajuk entry xleh blah,haha... Kasi gempak cket ok..

19 Mei adalah tayangan umum Nur kasih the Movie dengan Pirates of The Caribbean : On Stranger Tides, jadi aku pon bercadang nak tengok Nur Kasih malamnya khamis tu, tapi kat Kedah segala hiburan hari khamis malam jumaat mmg xdapek la yek..Semuanya ditutup, harap maklum..

Jadi semalam (Sabtu) aku dapat juga tengok citer Nur Kasih, sekali gan Pirates of The Caribbean aku layan.. Dua movie sekali gus, tamak x?haha...

Ok,ok..Nur Kasih pukul 8.15 pm, lepas magrib terus bertolak dari umah.. Tapi sampai lambat gak, 8.30 baru sampai, terlepas la 15 minit tayangan, xpelah..nak wat cmna..Huhu..Ramai juga yg tengok movie ni, berpusu-pusu, (mcm la aku nampak, padahal sampai lewat semua org dh msuk pn..Kuang..Kuang..) Yela, dalam panggung tu penuh kot, berpusu-pusu la tu kan.. (*__*)

Citer dia leh tahan la, nak kata sedih aku xnangis pown, tapi aku ada dengar org dok sok seh sok seh gak, nangis latu, hehe... Romantic??romantic tu ada la antara Adam gan Nur Amina tu, peh..Gatai ek,haha...Bagi aku citer dia bes la juga, bleh tahan, tapi xleh tanding  Pirates of The Caribbean, bukan aku xsokong filem melayu. Lain org len pendapat kan.. Jadi sapa yg dh pi tgok tu bagi-bagi la pendapat ek atau aku yg xpandai menilai??

Nur Kasih The Movie
~Romantik kan..hehe

Nur Kasih The Movie
Gambar dari : www.ohbulan.com

Lepas habis tengok Nur Kasih, dalam pukul 9.45pm.. Nak tengok Pirates of The Caribbean plak kul 10pm, rupanya dalam panggung yg sama juga.. Kuar masuk balik jek, cuma seat je dah berubah.. Walaupun aku dah menguap sampai berair mata aku ni, bes jugak citer dia..Hehe..

Psstt : Citer KONGSI pon dah nengok, boleh tahan la...Ending dia je cam xbape best sangat.. Lawak dia memang pecah perut gak, Shaheizy Sam memang sempoi..


Filem CUN

Assalamualaikum...

Semalam aku berpeluang pi tengok wayang setelah lama juga la tak masuk panggung ni, saja seorang teman ni ajak and aku follow jek, tak tau nak tengok citer apa.. Ada 2 pilihan, satu citer Dalam Botol tu, satu lagi citer CUN.. Aku pilih nak tengok citer CUN, citer CINTA...Wah...pehal lak aku ni..hehe
Layaannnn jek...

Pelakon bes-bes giler, tambah-tambah Faezah Elai sebagai Tom, memang lawak habis....Aku suka jek, dalam wayang tu aku jek dok gelak terbahak-bahak naik kaki tangan semua, nasib la amek seat belakang sekali, tak de lah orang perasan kan...Hahaha....Meh nak sinopsis cket na...

Maya Karin yang CUN ni sebagai Luna Latisya seorang pengacara terkenal dalam citer ni, dia dok bercinta dengan Ryan Hidayat (Jehan Miskin), seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.

Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.



Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’


Comel giler time Maya Karin nek motor kapcai tu ngan pakai spek mata hitam ikat tocang dua. Pehhh...Style kot, aku sukaaaaaa...Haha...

Nak tau lagi hempa pi tengok sendiri la noo bes ka tak bes...Bagi aku seronok juga la sebab aku gelak tak terkawal ja, hehe.. Memang bes ar habaq kat hempa..Citer dia gila-gila, aku suka.. Macam aku, gila-gila...Hahaha...

Tapi aku nak tanya produser (boleh tera tu,hehe), part nak abis Atan kan pi jumpa Luna ni dekat dalam studio masa Atan jadi tetamu rancangan 'meletops' tu, aku gan teman aku ni tak salah dengaq kot, Atan ni sebut MAYA, bukan LUNA... Hurm....Kena tengok sekali lagi ni, hahaha


Tu dia keluaq ayat kedah... Sapa tak tau pi tanya En Google na atau tanya kawan-kawan oqang Kedah, hehe..


Ok, Bubye and Enjoyy....






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

 BabyFetus Ticker