Assalamualaikum...
Tu dia tajuk tak leh blah.. Haha… Tak sangka aku gan ija
akan berkahwin dalam tarikh yang terdekat ni… Dia akan nikah seminggu selepas
majlis aku.. Tadi dia kol kata, tak sangka tin kita kawen pon sama-sama… Huhu…
Dok sedih plak… Dan tak sangka juga aku akan kawen gan orang Taiping ijaa,
orang daerah hang… Pehh… Aku tak pernah tinggalkan hang.. Hang plak nan dok SP
je,memang kita tak kan berjauhan lah…. Hehe
~Ni lah si comel ija....... :)
~Sama tak?? Sama tapi tak serupa..
~Ni lah Ija, hantu karaoke *Maaf aku masukkan gambo hang yang ni,ngee..Mak mertua nengok ni kompen rejekk.... Suara macam siti kot,hehe......
Dulu masa part time kat Aneka, time rehat je dia ajak aku karok kat karaoke jamban yang satu lagu singgit tu, aku pon apa lagi.... Oraitss......
~Bakat terpendam nak jadi model...Hihii..
~ Masa ni aku ikut Nan & Ija gi tangkap gambo orang kawen....
~ Kat umah kenduri..
Teringat masa study dulu, 1st sem memang aku
nyampah gile gan dia… Sebab dalam kelas suka wat bes je depan lecturer, haha….
Pastu sem 2 sewa umah sekali… Masa tu dah boleh terima dia, sem 3 plak aku
praktikal kat Alor Star sekali gan dia, kami menyewa kat Alor Star tu berdua…
Masa tu la dah terima dan rapat gan dia, suka duka aku kongsi gan dia, kutuk
mengutuk orang pon dengan dia lah,haha.. Pastu aku penah gitau dia yang sem 1st
tu memang aku tak suka kat hang ija, suka kecoh-kecoh dalam kelas, meluat aku…
Haha.. Last sekali yang tak suka tu la kita akan baik.. Teringat waktu
praktikal, duit memang selalu tak de lah.. Nasib aku praktikal kat government,
ok sikit.. Kalau pagi nak gi opis ija mesti tanya, hang ada duit dak tin?? Aku
pon jawab.. Ada..Ada… Dia kata tipu, mai nak tengok beg duit hang… Dia cek
tengok ada singgit ja.. Cukup la wat aku tambang bus, hehe… Pastu dia bagi
sepoloh ringgit.. Aku memang tak leh lupa yang tu.. Terharu sangat… Nangiss….
Pastu sem 4 plak macam-macam lah cerita kami, tengok-tengok
kena repeat sem… Haha… Repeat sem pon sebab drop paper, tak leh bawa semua..
Jadi terpaksa la repeat… Sekali juga gan
ija, haha…. Masa repeat sem kami keja part time sama-sama kat Aneka Jitra, cari
duit nak sara untuk sem tambahan ni… Masa tu loan memang tak dapat dah, bahagi
masa untuk part time dan juga kelas… Nasib lulus juga, konvo pon sesame…. Sekarang
masing-masing dah keja dan berjaya…
~Ni masa time konvo 2010..
~Ni lah geng sekepala, satu umah... Dan satu macam lagi lah semua... Hehe..
Dua orang yang hujung belah kanan tu dah kawen, pasni aku gan ija plak.. Yang hujung belah kiri tu tunggu anak raja masuk minang... Hihihi...
~ Bergambaq bersama sesudah konvo..
~Ni masa gi Teluk Batik tahun lepas, bulan 8 ni Nana plak nak kawin..... Wah, tahun ni geng kita pakat membina masjid..... :)
~Cik Mun plak akan menyusul kemudian....... :)
Rasa rindu je kat hempa semua, rindu saat-saat kita study.. Kejap je rasa.... Hmm, pasni suma dah jadi isteri orang.... Susah dah la nak bertemu ramai-ramai...
Psstt : Agak-agak nanti ngandung sekali gak pe??Hihi….