Pixajoy

Pixajoy

Labels

2nd pregnancy (1) After Married (7) Android (1) Angry Birds (3) Artis (3) Baby (3) Bride Maid (3) Cakap Kedah (1) Contest (1) D.I.Y (1) Dugaan Bertunang (2) E Day (2) Emas (1) Family (4) Filem (6) Food (5) Frends (16) Gadget (2) Inai (2) Info (4) Lirik (2) Love (6) Makkah (1) Memory (3) muhammad haziq (3) My Self (22) My Wedding (5) Novel (3) Photographer (2) Pregnancy (5) Premium Beautiful (1) Puasa dan Raya (3) Resepi (2) Safi Rania Gold (1) Tips (5) Tutorial (1) Vacation (7) VCO (1) Warna (1) Wedding (5) Wordless Wednesday (2)

Klik-Klik

MARRIED

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

UMUR HAZIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label muhammad haziq. Show all posts
Showing posts with label muhammad haziq. Show all posts

Blog Update

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog...Harini 1 Disember 2013, genap lah 7 bulan aku sebagai suri rumah sepenuh masa, kalau tak kahwin lagi jadi pengangur lah aku..Ni dah kahwin jadi suri rumah saja, anak pon dah 6 bulan setengah, kejap je rasa masa berlalu... Hujung bulan 9 ritu ada juga dapat keja, tapi teringatkan anak tak jadi lah nak pi keja, lagi pun Muhammad Haziq full breastfeeding macam susah plak nak tinggal, sebab depa telefon suruh pi keja esoknya...Kalau minggu depan ke sempat la aku train Muhammad Haziq dengan botol ke kan, sempat juga aku wat stok susu...Nampaknya bukan rezeki aku untuk bekerja lagi, mungkin ada hikmah kenapa aku masih tak kerja, dan habis kontrak sebelum aku bersalin hari tu dapat juga aku bf Muhammad Haziq sampai lah sekarang, walaupun mula-mula lahir memang ada juga campur susu formula, maklumlah tak reti lagi..Sekarang memang bagi susu badan sepenuhnya..Memang jimat banyak lah untuk susu, dah la susu mahal, lagipon susu terbaik adalah susu ibu...Alhamdulillah harap dapat menyusu sehingga 2 tahun..Tapi tak tau lah camna kalau dah bekerja nanti, sebab aku ni tak rajin nak pam susu, harap dipermudahkan lah nanti..

Muhammad Haziq sudah 6 bulan, dah pandai golek golek, angkat punggung, dah pandai merajuk, dah makan bubur, puree....Time makan memang sangat suka, senang sangat nak makan, menyusu masih seperti biasa, malam malam 2,3x nak menyot nyot bru leh tidoq lena....Haha..

Psstt : Mama gan abah sayang kamu sangat sangat, semoga kamu menjadi anak yang soleh, bijak, hormat orang tua-tua, rajin dan macam-macam lagi lah...Mmuaahhh

Makanan seharian

Assalamualaikum..

Boleh dikatakan setiap hari lah aku makan sayuran ni iaitu sayur sawi putih dan juga lobak putih sebagai milk booster, ingat lagi masa mula mula makan lobak putih tu, seminggu terus cik b bengkak dan demam..Haha....En husben la yg rajin belikan ni mentang mentang la isteri dia tak keja kan, pastu nak ada kesayangan kami tu kenyang dengan susu yang banyak..Alhamdulillah setakat ni susu masih lagi mencukupi buat muhammad haziq..Rasa seronok sangat dapat bf baby ni..Maybe ada hikmah kenapa aku tak keja dah dan kontrak pon habis elok elok ja aku nak bersalin, huhu....
Ok lah sesapa yang mencari petua nak banyakkan susu ni boleh cuba makan lobak putih dan sawi putih ni, masak macam sayur biasa ja...Tapi lobak tu agak pahit la sikit.. InsyaAllah susu melimpah ruah, bersama sama lah kita berusaha yang terbaik untuk anak kita..

Menyusu bayi ketika demam

Assalamualaikum...
Disini aku ada terbaca mengenai menyusu bayi ketika ibu demam, alhamdulillah..Kita masih lagi boleh menyusu..Aku konsikan info ni dekat sini...

Biasanya ibu mendapat demam apabila dia dijangkiti oleh sebarang patogen seperti virus, kuman, ataupun parasit. Namun, jangkitan yang paling biasa dihadapi adalah jangkitan virus dan menyebabkan ibu menghidapi demam selesema ataupun ‘flu’. Seringkali ibu yang menyusu tertanya – tanya samada bolehkah dia terus menyusu apabila dia demam? Adakah susunya turut dijangkiti oleh virus itu dan meresap ke dalam bayi melalui susu ibu itu? Jika dia mengambil sebarang ubat demam, adakah ubat itu akan masuk ke dalam susu ibu dan bolehkah dia meneruskan penyusuannya ketika ubat itu diambil? Dan yang paling penting, Persoalan demi persoalan ini menyebabkan ada sesetengah ibu yang memberhentikan terus penyusuannya kerana dia risau akan kesihatan bayi yang disusuinya. 

Paras antibodi di dalam badan ibu akan meningkat secara mendadak dan sebahagian daripada antibodi itu akan turut berkumpul di dalam susu ibu. Ini kerana saiz antibodi yang tersangat kecil membolehkan ia meresap ke dalam susu ibu. Seterusnya antibodi dari ibu itu akan turut diterima oleh bayi apabila dia menyusu. Dengan ini, bayi tersebut turut mendapat perlindungan dari virus yang menjangkiti ibunya melalui antibodi yang dihasilkan oleh ibunya sendiri. Tambahan pula, saiz virus yang besar tidak memungkinkan ia untuk meresap ke dalam susu ibu dan virus itu tidak dapat menjangkiti bayi jika bayi itu mengambil susu ibu. Dengan itu, kita lebih menggalakkan seseorang ibu yang mengalami demam untuk terus menyusukan bayinya. 

Sebaliknya, bagi bayi yang tidak menyusu susu ibu, dia lebih berisiko untuk mendapat jangkitan yang sama kerana susu lain tidak mengandungi sebarang antibodi untuk melindungi bayi tersebut. Bayi yang masih kecil dan lemah itu masih tidak mampu untuk menghasilkan antibodi mereka sendiri kerana sistem imun mereka yang belum matang. Penyusuan susu ibu ketika ibu demam dapat membantu bayi untuk meningkatkan sistem imunitinya secara tidak langsung.

Satu faktor penting yang perlu diambil perhatian adalah untuk ibu menjaga kebersihan dirinya ketika dia demam. Ibu perlulah menutupi mulut dengan tuala atau tisu yang bersih ketika batuk ataupun bersin. Seeloknya ibu hendaklah membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun pada setiap kali dia menguruskan bayinya seperti ketika menukar lampin, memberi susu dan juga menidurkan bayi. Ini penting untuk mengurangkan risiko transmisi secara terus virus tersebut dari ibu ke bayi.

Sesungguhnya, jika ibu demam, bayi yang menyusu susu ibu adalah lebih selamat berbanding dengan bayi yang tidak menyusu susu ibu.

Info kat sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

 BabyFetus Ticker