Pixajoy

Pixajoy

Klik-Klik

MARRIED

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

UMUR HAZIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sepah Juara MAHARAJA LAWAK

Yess.... Akhirnya SEPAH menjadi juara MAHARAJA LAWAK.. Aku memang suspek depa ni akan menang la, bak kata Apek "Habis Manis Sepah memang xabis".. Bagi aku depa ni bes, wat lawak slumber jek.. Kalau si JEP tu lagi aku suka, dia cakap cmna tah.. Kalau tengok citer Bujang Sepah Lalalitamplom tu aku tengok je si JEP ni, haha..*Gataii..

Juara : Kumpulan Sepah, RM350 ribu
Naib Juara : Kumpulan Jozan, RM250 ribu
Ketiga : Nabil, RM150 ribu (Untung Nabil sorang dia)
Keempat : Kumpulan Jambu, RM50ribu

lawak
Dapat RM350 ribu... Kaya..Kaya..ASTRO memang kaya,hehe
JEP I Lap u.......... *Tetiba

Ramai juga yg suspek JOZAN akan menang, tapi aku tetap vote SEPAH.... JOZAN pon bes, aku suka ZIZAN (Ada jek yg aku suka,haha).. Lawak sempoi jek, dulu aku paling suka JAMBU, tapi tu la..Dah dekat last2 macam xbes la, apa pon SEPAH memang bess!!! Da boommmm!!

Tapi aku xdapat tengok final semalam sebab rumah aku x subscribe pakej Mustika, malas lah nak langgan... Baru nak lepak umah akak aku kat SP tu, aku mesej dia tengok ada kt KL nuu... Depa lagi pulon, pi tengok LIVE terus kat Stadium Melawati... *Sebenaqnya aku jelez xleh tengok LIVE kat Stadium, wuuarrr.... Xpelah, haruslah aku tengok online jek rini....

Nak gi lepak kat kedai nanti aku gelak lebih pada orang malu lak, aku ni bukan leh kawal gelak..Hehe.. Aku start tau ML ni pon masa gi makan kat 1 kedai area2 SP juga, depa pasang.. Baik punya dok layan, lepas tu baru la dok menggila tengok ML ni sampai final walaupon hakikatnya umah aku xde pakej Mustika...Tengok online pon boleh..wuarhaha..

Nak Layan online, leh masuk laman web www.guatv.com atau pon kat youtube ke.. Cari jek, berkenjah dalam ni..huhu

Ok, aku nak show biodata kumpulan Sepah ni serba sedikit... 

Ahli kumpulan sepah dari kiri: Jep, Shuib,Mamat


1. Profile JEP
  • Nama penuh : Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin.
  • Orang panggil anda : JEP
  • Umur: 26 tahun.
  • Asal: Kulai, Johor.
  • Peserta Raja Lawak musim ke: Musim ke-3.
  • Drama/Telemovie/Filem: Telemovie: Bujang Sepah Silalalitampom, Burger Layan Diri dan Ibu Mee Segera.
  • Episod: Bujang Sepah Silalalitampom (13 Episod), Bujang Sepah Silalalitampom (26 Episod), Tok Ketua (13 Episod) dan 3 Bendul (13 Episod).
  • Pencapaian tertinggi didalam hidup: Juara Raja Lawak musim ke-3.
  • Pengalaman menarik anda bila bergelar artis: Dapat berkawan dengan Tauke Raja Lawak.
  • Sumber inspirasi anda untuk membuat lawak: Keluarga dan kawan-kawan.
  • Apakah harapan anda untuk Maharaja Lawak: Dapat berkawan dengan Tauke Raja Lawak.


2. Profile SHUIB

  • Nama penuh: Shahmira Bin Muhamad.
  • Orang panggil anda: SHUIB
  • Umur: 27 tahun.
  • Asal: Johor.
  • Peserta Raja Lawak musim ke: Musim ke-3.
  • Drama/Telemovie/Filem: Telemovie: Bujang Sepah Silalalitampom, Burger Layan Diri dan Ibu Mee Segera.
  • Episod: Bujang Sepah Silalalitampom (13 Episod), Bujang Sepah Silalalitampom (26 Episod), Tok Ketua (13 Episod) dan 3 Bendul (13 Episod).
  • Pencapaian tertinggi didalam hidup: Juara Raja Lawak musim ke-3.
  • Pengalaman menarik anda bila bergelar artis: Dapat berkawan dengan Tauke Raja Lawak.
  • Sumber inspirasi anda untuk membuat lawak: AR Tompel dan kawan-kawan.
  • Apakah harapan anda untuk Maharaja Lawak: Memberikan yang terbaik agar status pelawak diangkat ke tahap tertinggi.
  • Isteri: Siti Sarah
  • Bilangan anak: nak masuk 1

3. Profile MAMAT


  • Nama penuh: Mohd Noor Bin Murad.
  • Orang panggil anda: MAMAT
  • Umur: 26 tahun.
  • Asal: Kulai, Johor.
  • Peserta Raja Lawak musim ke: Musim ke-3.
  • Drama/Telemovie/Filem: Telemovie: Bujang Sepah Silalalitampom, Burger Layan Diri dan Ibu Mee Segera.
  • Episod: Bujang Sepah Silalalitampom (13 Episod), Bujang Sepah Silalalitampom (26 Episod), Tok Ketua (13 Episod), 3 Bendul (13 Episod) danDatin…oopss Datok.
  • Pencapaian tertinggi didalam hidup: Juara Raja Lawak musim ke-3.
  • Pengalaman menarik anda bila bergelar artis: Dapat menyanyi dengan Amy Search di atas pentas.
  • Sumber inspirasi anda untuk membuat lawak: Tengok Artis 60 ‘an dan tengok Senario.
  • Apakah harapan anda untuk Maharaja Lawak: Nak orang ketawa. Tak lebih dari itu.
Psstt : Senak perut aku layan Maharaja Lawak ni... Aduuiii...

Salak Denai Chalet, Yan Kedah

Assalamualaikum..

Ok, waktu rehat adalah waktu aku buat taik mata kat opis ni.. Dah xkuar makan, aku pon gi la tido walaupun kadang-kadang bukannya ngantok sangat..Hehe..
Kalau dah termengantok sangat, atas meja ni pon aku mengeruh gak.. *Teruk hang ni!

Opss..Lari tajuk…

Sebenaqnya tengah aku hampir2 dibuai mimpi tadi, HP kesayangan aku menyanyi2 suh diangkat.. Aku tengok, malas nak angkat.. Akak aku yg cun kol lak,hehe.. Angkat juga dengan suara orang tidoq. Dia tanya aku xkeja ke, dengaq sora mcm orang tidoq ja..Haha..Memang aku tidoq ni, rehat la..
Dia kol cakap nak balik kampung, so ada la plan tu.. Dia suh aku kol Salak Denai Chalet untuk 8 atau 9 Julai ni, leh family day kat situ.. Tapi tu ar, aku keja time tu.. Apa lagi, confirm aku MC la dah payah sangat nak apply leave..

Tapi, malangnya.. Aku kol semua dah penuh, dia terhad sini.. Kena book awal, kalau last minute cam ni memang xde la jawabnya.. Untuk ari ahad tu ada satu kosong, tapi chalet yg besaq punya, harga pon.. Setengah hari RM200, mahai kan.. ni chalet baru, depa tengah upgrade tambah chalet sebab memang mendapat sambutan la kat sini, mesti kolam dia pon besaq, hari2 minggu tu memang penuh la. Selalu kami amek chalet yg setengah hari RM60 jek, tapi penuh.. Masa mula tau pasal chalet ni dia ada dalam 3,4 chalet jek..Sekarang dengaq dah banyak depa wat yg baru.. Chalet dia kecik jek, xbesaq sangat..Tapi yg besnya kolam dia, 1 chalet 1 kolam k.. Private utk family2 jek.. Siap ada dapuq luas lagi.. 2 kali yg aku join, 2 kali gak la kami amek chalet yg sama.. Banyak kali dah depa dok pi, sepupu aku book la, mak cik aku book la..Tapi aku dapat join 2kali jek..Huhu..Ok la tu..

So aku gtau la akak aku yang cun ni kata xdak rezeki nak berfamily2 day kat situ, semua penuh aku pon rindu giler dah nak berenang-renang ni.. Kolam tu dalam dia paras dada, memang dalam, tinggi aku pon dah 5 kaki 6 inci.. Agak-agak kolam tu maybe dalam 4 atau 5 kaki camtu *Tah xreti kira,huk..huk.. .. Budak-budak kena pakai pelampung la, aku xpe.. Ratu berenang, kah..kah..kah..

Meh layan gambo masa family day tahun lepas kat Salak Denai ni

~Air kolam dia yg jernih dan semulajadi dari air bukit, xdak klorin pon..Sejukk baq ang

~Ni la chalet kami duduk, Chalet Siti Fatimah..Chalet ala-ala kampung, dalam hutan..Nyaman...

~Ni belah dalam chalet, kecik.. Tu kami amek setengah hari just utk mandi manda jek..Petang terus chech out..Memang puas la.

 ~Dapuq dia memang besaq, leh masak dan makan beramai-ramai
Sambil mandi sambil makan, pastu mandi lagi, pastu makan..Hahaha...Banyak sungguh makanan time ni, aku leh jadi gemuk terus.. Tapi time tu aku still slim melim...Sekarang makan banyak-banyak camni xmuat dah seluaq gan baju..huhu

~Besday gurl.. Sambut besday Balqis, budak yg mandi xmo naik, xtao sejuk...Ishh..



~BBQ ayam gan petai..Sedap....

~Yeahh... Masa tuk berenang-renang

~Dah penuh gan sepupu sepapat, anak buah, adik beradik aku semua...
Kolam dia besaq k.. Memang best, ayaq sejuk gedii....

~Mama gan Abah pon seronok bermandi manda kat sini..

~Jaga-jaga, abah nak meluncur.. Sama naik gan anak-anak ni,hehehe..

~Ni budak yg xreti sejuk, mandi sampai kecut....Lepas tu terbongkang atas chalet, letih....

~Geng baju merah...Hehe..Kami plan semua pakai baju merah, baru meriah...

~Tengok, merah lagi......Tapi xsemua pakai merah, saje je plan pkai merah nak bagi nampak sedondon..huhu


~Bakaq sate plak, xdan penuh depa dok angkut sambil mandi.... Abih ayaq kolam jadi keroh..Haha

~Dua orang budak ni terpaksa surrender sebab nanti tido malam mengigau..Hehe

Ok lah, Banyak lagi gambo, kali kedua pi pon ada.. Tak larat lah nak tempek sini banyak-banyak.. muntah hijau lak nanti tengok gambo banyak-banyak ni..Hehe

Sapa nak pi sini leh la jenguk Fesbuk dan Blog Salak Denai ni, tapi pastikan nak pi tu kena booking awal-awal la..Nanti full frust plak.. Time weekend, cuti sekolah memang xdak harapan..
Ok..Enjoy


Psstt : Nampaknya kena book awai-awai ni, untuk tahun depan punya cuti sekolah leh book dah kot..Hehe..
Gambo aku 1 pon xde? Sebab aku tukang amek gambo, meme xdak la.. G pon free hair lak,huhu





Berbuka at Pizza Hut

Tajuk entry dah mcam bulan puasa,hehe... Bukan apa, semalam plan puasa ganti gan Cik Mun, bulan puasa pun dah xbrpa lama, pejam celik pejam celik jap je dah nak puasa nanti kan, takut xsempat plak nak ganti,hehe.. So prepare awai2 senang... Tah cmner dia leh kempunan nak berbuka kat Pizza plak, aku on jek... Tapi terpaksa la miss citer Nora Elena, balik keja terus mandi and siap2, terus gerak gi Pizza Hut, alah dekat je.. kat Giant Sp tu..Hehe.

~Sebelum kuaq posing dulu.. Aiiyaakk..

~ 1st order dah sampai, soup of the day

~Lepas tu posing lagi sementara tunggu makanan sampai dan waktu berbuka masuk.

~Gaya seorang penunggu makanan.. Oppss..Hehe..
Gaya sedang menunggu makanan..

~~Minuman pon dah sampai, oit.. Jangan minum lagi, belum waktu berbuka...Ni dah xsbaq nampaknya..

~Ada cerita di sebalik minuman ni..hehe.. Nak posing macam gambaq aku kat bawah ni dia dah hirup cket, mana masuk waktu berbuka lagi.. Apa dah, kan dah kena luah balik kat singki, rugi tu..hahaha.. 

~Cik Mun nak tiru gaya aku ala-ala nak minum gtew, sekali amekk.... Terhirup...Hahaha....
Padah apabila sakan ngat berposing..

~Pizza dah abis, tinggal bawang jer.. Aku xbpa suka, letak tepi.. Makan ayam plak, manis2 je rasa..... Pizza dia memang mabeless...

~Cik Mun dah xlalu nak makan ayam tu, manis2 masam katanya..Hehe
Aku lah yg tolong habiskan ayam2 yg len... Pizza abis kat dia semua..

~Ni aku dah xlarat nak abiskan... Pizza aku ada cket lagi, bungkus yg mna tinggal bawa balik rumah , rugii oo...Hehe

Pastu gi jalan2 dalam Giant tu, exercise lepas makan..Hehe

Nora Elena



Ok..Sekarang semua orang tengah demam Drama Nora Elena, Slot Akasia kat Tv3 tu kan termasuk lah aku ni, hempa demam dak citer tu?? Confirm demam, ada yg hari-hari post kat pesbuk Nora Elena, xsbar nak balik tengok Nora Elena, ada plak yg tukar nama kepada Fatin Elena la,Eh.. Mcm nama aku jek,hehe..Aku mna de tukar pon, tetap fatin Khadir k, member aku siap tanya lagi camna nak daftar kat tonton tu sebab nak tengok Nora Elena, aku pon xingat dah la.. Aku daftar tahun lepas,hehe..Tu dia demam tak demam habaq maii, penangan citer Nora Elena, aku demam cket ja kot.. *Xnak ngaku lak.

Minggu ni adalah minggu akhir untuk citer tu, rugi kalau xtengok bagi abis... Tapi semua orang boleh tau dah jalan cerita dia yg sebenarnya.. Sebabnya citer ni di adaptasi oleh novel Kasih yang Suci, jadi sapa yg penah baca tu tau la ending dia cmner.. Tapi kot dalam citer ni dia ubah ke, xtau la kan... Sama-sama lah kita tunggu  sampai episod akhir nanti k.

~Ni la novel Kasih yg Suci, aku pon xpernah baca lagi.

Tau sebab pe bes citer ni?? Mesti sebab Seth Tan a.k.a Aaron Aziz yg romantik tu kan??
Haa..tau xpe, aku jadi gatal la tengok citer ni..Haha....Lain macam jek
Yela, dah la hensem gtew.. Pastu romantik giler dalam tu, terbayang jek kalau aku dapat laki macam tu..hihi... *Gatal*

Tapi semalam miss lak citer tu sebab makan kat luar,hehe..Orang bujang katakan..
So arini mesti lah aku tengok online je episod yg terlepas tu atau pon tanya orang apa jadi citer tu, sebelum ni xde layan sangat, mybe sebab keadaan TV yg xberapa clear sebab ariel TV tercabut, ganas betol macam mana boleh tercabut tah.. So pasang Astro terus senang xyah kami nak betul-betulkan ariel TV tu, nape susah sangat nak dapat siaran kawasan umah sewa aku tu tah, pedalaman sangat ka...hihi...Lepas tu apa lagi, kami layan sampai tangkap cintan kat Aaron Aziz tu..Hahaha...

~Masa ni baik punya aku tengah layan bola Kelantan Vs Terengganu, ada Astro clear jek..Hehe


~Ni mesti peminat fanatik yg gabungkan gambo ni,hehe

~See, romantik jek...



Tak sabar nak tunggu episod akhir nanti, harap-harap tak termiss lagi la macam selalu, sanggup balik keja awal nak tengok Nora Elena... Awal gak la sebelum kul 7 dah blik, selalu kul 7 baru nak thumb print bagai.. .Macam la umah gan opis jauh,hehe

JUARA AF9

Akademi Fantasia Musim 9 adalah yang terakhir.. Lepas ni xde dah AF.. Bagus la kan, kurang-kurang lah hiburan kat dalam malaysia ni, tapi tetiba aku layan lak AF semalam... Dah xtau nak tengok ape, amek Astro pon pakej yg paling murah tu jek.. Hehe..Jimat orang bujang katakan, layan pi la... Tapi tengok AF tu xabis pon aku dah terlelap depan TV, bola semalam aku layan sampai abis, sampai geng terengganu memasukkan gol yg kedua tu  pada minit2 terakhir pon aku tengok, pehh.... Kecewa aku dok sokong kelantan, tp adat la dalam permainan mesti ada yg kalah dan menang.. Eh, ni dah citer bab bola dah, hehe..Ok, pastu aku on9 rini ada la berita juara AF9 ni ialah HAZAMA, aku ngatkan si FINA tu, suara sedap juga... Atau pon LENA suara serak2..

Ni mesti yg undi geng2 perempuan.... Depa mesti undi yg hensem2 kan, sebab tu hazama menang..Hehe...Aku xteringin pon nak undi2 ni... Bek aku undi Maharaja Lawak pon bes gak, xrugi. Tapi aku xpenah topup kredit aku ni untuk mengundi undi semua tu pon,hehe..Aku tpup wat kol mak jek, eh..yeke?? yela..hihi..

Apa pon tahniah la untuk HAZAMA sebab berjaya jadi Juara AF9, penutup bagi Akademi Fantasia



Hari Ini

Hari ini.. Setelah sekian lama dia menyepikan diri, hari ini dia kembali.. Mungkin sudah lama dia kembali dalam alam maya ini, tapi hari ini baru aku menyedari kemunculannya.. Benarkah apa yang aku lihat?? Seperti tidak percaya.. Aku hanya memerhati, meneliti dan terus memerhati dengan mata yang sedikit berkaca dan perasaan ingin tahu bergolak dalam dada, sedih rasa hati mengenangkan segalanya.. Melihat gambar-gambarnya rasa bersalah menerpa di hati.. Maafkan aku.. Maafkan lah aku dan lupakan lah aku.. Dia kembali dengan keadaan yang tabah walaupun jauh dalam lubuk hati dia, tiada siapa yang tahu.. Sesungguhnya aku sentiasa mendoakan yg terbaik buat dirinya dan bertemu yg lebih baik dari aku kerna aku bukan insan yg tebaik dlm hdupnya.

Tak sedikit pon rasa hati ingin perpisahan yg sebegini, tapi apakan daya.. Mungkin takdir dan jodoh penentu segalanya.. Aku redha... Redha dengan ketentuanNYA. Mungkin kehadirannya dulu membuatkan aku lebih matang dalam menilai erti sebuah kehidupan. Terima Kasih atas segalanya... Sukar bagi aku untuk membuat keputusan ini semua, keputusan yg dibuat secara terburu-buru, mengikut perasaan amarah dan rasa rendah diri menguatkan lagi keputusan yg dibuat. Tapi.....tak mungkin aku akan menoleh ke belakang lagi, hidup perlu diteruskan dan tiada apa yg perlu disesalkan kerna ini lah kehidupan yg penuh duri dan ranjau untuk kita tempuhi dengan sabar.

Aku bahagia begini.. Tapi bukan selamanya aku akan begini, aku akan mengorak langkah ke jalan yg telah aku pilih. Berharap jalan yg aku pilih itu adalah yg terbaik buat diriku. Semoga aku dapat lupakan segala pahit manis antara kita walaupun jauh dalam sudut hati ini sangat sukar supaya tiada lagi air mata kesedihan yg mengalir...


Maafkan aku...... Maafkan aku atas segalanya, tiada niat untuk melukakan hati mu, semoga keputusan yg dibuat dapat menjadikan kita insan yg lebih matang.


Psstt : Betol kata orang 'CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI'. Terima kasih kerana pernah buat aku bahagia.

Sony Ericson Vivaz

Sob.... Sob...

Bangun-bangun tidoq jek terus rasa sedih, sebabnya aku bermimpi....
Tau mimpi ape??


Mimpi aku dah pakaSony Ericsson Vivaz beb... Aku ngatkan akan mimpi semalam lepas pi ushar-ushar area Central Square Sungai Petani, tapi aku mimpi time aku tidoq tengahari waktu rehat tu... Teruk dah aku ni, sedih betoi sebab mimpi ja.. Bila agaknya dapat jadi kenyataan ni...

Semalam gi tengok amoi tu cakap harga dalam 600 lebih jek.. Dulu aku tengok dekat 800 gak, dah turun rega la tu... Agaknya bulan ni aku gi beli ke?? Amoi tu de promote 1 fon Sony gak, kamera 5mp, ada wifi segala bagai... Tapi ni ada keypad ok la, yg Vivaz tu xde keypad, touchsreen jek.. Tu den lomah cket... Mau lekat cap jari agknya klu touch2 screen ni......Yg vivaz ada keypad mahal cket, aku semuanya nak murah2 jek.....hihi..

Hurm, tapi aku rasa nak try la Vivaz ni, harga pun dah turun...Hehe..Tu sebenaqnya...Kamera dia 8.1mp, dah lama aku teringin, tapi duit nak guna pakai kot len, lagipon fon Nokia aku yg leh baling anjing tu pon leh guna lagi..Hehe..Saja nak lebih up to date cket kaannnn... Eksyen ko minah...

~Kaler ni ar aku ushar semalam, cun x??Hehe

Tapi vivaz ni lama dah keluaran dia, banyak lagi Sony Ericsson yang baru-baru, macam Xperia lah apa lah, aku minat tang kamera dia.. 8.1mp,HD Video, mau penuh aku dok berposing nanti... Hahaha... Pastu memory 8GB, memang besaq la byte dia.... Meh tengok dia punya Specification 



General & HardwareDate AnnouncedJanuary 21, 2010 (1st Quarter)
Network TechnologyGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
HSDPA 900 / 2100
Hardware/Processor CPUARM Cortex A8 600 MHz, PowerVR SGX graphics
Dimensions (mm)107 x 52 x 12.5
Weight (g)97
SAR Rating-
Available coloursSilver Moon, Cosmic Black, Galaxy Blue, Venus Ruby
Screen Size360 x 640 , 3.2 inch, 16:9 nHD touchscreen
Screen ColorTFT 16M colors
Line of Text-
Menu Type-
TypeBlok
QWERTY-KeyboardNo
Navigation Key-
Soft Keys-
Other KeysAccelerometer sensor for auto-rotate
Keypad Lighting-
AntennaFixed Internal
Phonebook-
Internal(MB)95
Memory SlotmicroSD up to 16GB
Battery TypeLi-Po 1200 mAh
Stand-by (hrs)430 Hours
TalkTime(min)780 Minutes
EntertainmentPolyphonic
Customization-
MP3Yes
FM RadioYes
TV ReceiverNull
Video RecordYes, 1280 x 720 pixels
Video SupportWMV/RV/MP4/3GP video player
TV-out
Audio SupportMP3/WMA/WAV/RA/AAC/M4A music player
Voice SupportSpeakerphone, Voice Record, Voice Memo, Command
Games3D Games
MessagingSMSYes
Total SMS-
MMSYes
EMSNo
EmailYes
Instant Messenging-
Push-To-Talk-
ConnectivityHSDPAYes
WIFI/WLANWi-Fi 802.11 b/g, DLNA
3GYes
GPSYes
EDGEClass 10, 236.8 kbps
GPRSClass 10 (4+1/3+2 slots)
BluetoothYes (A2DP)
USB PortYes
Infrared (IrDA)No
Data CableYes
Data Modem-
SoftwarePlatform / OSSymbian S60, 5th edition
Java (J2ME)Yes
WAPYes Ver 2.0
BrowserxHTML (NetFront)
Predictive Text Entry-
Speech Codecs-
PIM ApplicationOrganizer
Other ApplicationsA-GPS, Google maps,Facebook and Twitter apps, YouTube and Picasa integration, Gesture control
PersonalsThemesYes
Caller IDPhotocall
Profile IDYes
Camera SpecificationsLens TypeCMOS, 8.1 Megapixel
Digital zoom4x
Max. Resolution3264 x 2448
FlashYes
Night ModeYes
Multi Shot-
Frameautofocus, LED flash Types
Extra FeaturesTouch focus, geo-tagging, face and smile detection
Photo Format-
VideoYes, 1280 x 720 pixels
Video Format-




Psstt : Harap2 hujung bulan ni berjaya aku milikinya.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

 BabyFetus Ticker