Pixajoy

Pixajoy

Klik-Klik

MARRIED

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

UMUR HAZIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Blog Update

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog...Harini 1 Disember 2013, genap lah 7 bulan aku sebagai suri rumah sepenuh masa, kalau tak kahwin lagi jadi pengangur lah aku..Ni dah kahwin jadi suri rumah saja, anak pon dah 6 bulan setengah, kejap je rasa masa berlalu... Hujung bulan 9 ritu ada juga dapat keja, tapi teringatkan anak tak jadi lah nak pi keja, lagi pun Muhammad Haziq full breastfeeding macam susah plak nak tinggal, sebab depa telefon suruh pi keja esoknya...Kalau minggu depan ke sempat la aku train Muhammad Haziq dengan botol ke kan, sempat juga aku wat stok susu...Nampaknya bukan rezeki aku untuk bekerja lagi, mungkin ada hikmah kenapa aku masih tak kerja, dan habis kontrak sebelum aku bersalin hari tu dapat juga aku bf Muhammad Haziq sampai lah sekarang, walaupun mula-mula lahir memang ada juga campur susu formula, maklumlah tak reti lagi..Sekarang memang bagi susu badan sepenuhnya..Memang jimat banyak lah untuk susu, dah la susu mahal, lagipon susu terbaik adalah susu ibu...Alhamdulillah harap dapat menyusu sehingga 2 tahun..Tapi tak tau lah camna kalau dah bekerja nanti, sebab aku ni tak rajin nak pam susu, harap dipermudahkan lah nanti..

Muhammad Haziq sudah 6 bulan, dah pandai golek golek, angkat punggung, dah pandai merajuk, dah makan bubur, puree....Time makan memang sangat suka, senang sangat nak makan, menyusu masih seperti biasa, malam malam 2,3x nak menyot nyot bru leh tidoq lena....Haha..

Psstt : Mama gan abah sayang kamu sangat sangat, semoga kamu menjadi anak yang soleh, bijak, hormat orang tua-tua, rajin dan macam-macam lagi lah...Mmuaahhh

Makanan seharian

Assalamualaikum..

Boleh dikatakan setiap hari lah aku makan sayuran ni iaitu sayur sawi putih dan juga lobak putih sebagai milk booster, ingat lagi masa mula mula makan lobak putih tu, seminggu terus cik b bengkak dan demam..Haha....En husben la yg rajin belikan ni mentang mentang la isteri dia tak keja kan, pastu nak ada kesayangan kami tu kenyang dengan susu yang banyak..Alhamdulillah setakat ni susu masih lagi mencukupi buat muhammad haziq..Rasa seronok sangat dapat bf baby ni..Maybe ada hikmah kenapa aku tak keja dah dan kontrak pon habis elok elok ja aku nak bersalin, huhu....
Ok lah sesapa yang mencari petua nak banyakkan susu ni boleh cuba makan lobak putih dan sawi putih ni, masak macam sayur biasa ja...Tapi lobak tu agak pahit la sikit.. InsyaAllah susu melimpah ruah, bersama sama lah kita berusaha yang terbaik untuk anak kita..

Menyusu bayi ketika demam

Assalamualaikum...
Disini aku ada terbaca mengenai menyusu bayi ketika ibu demam, alhamdulillah..Kita masih lagi boleh menyusu..Aku konsikan info ni dekat sini...

Biasanya ibu mendapat demam apabila dia dijangkiti oleh sebarang patogen seperti virus, kuman, ataupun parasit. Namun, jangkitan yang paling biasa dihadapi adalah jangkitan virus dan menyebabkan ibu menghidapi demam selesema ataupun ‘flu’. Seringkali ibu yang menyusu tertanya – tanya samada bolehkah dia terus menyusu apabila dia demam? Adakah susunya turut dijangkiti oleh virus itu dan meresap ke dalam bayi melalui susu ibu itu? Jika dia mengambil sebarang ubat demam, adakah ubat itu akan masuk ke dalam susu ibu dan bolehkah dia meneruskan penyusuannya ketika ubat itu diambil? Dan yang paling penting, Persoalan demi persoalan ini menyebabkan ada sesetengah ibu yang memberhentikan terus penyusuannya kerana dia risau akan kesihatan bayi yang disusuinya. 

Paras antibodi di dalam badan ibu akan meningkat secara mendadak dan sebahagian daripada antibodi itu akan turut berkumpul di dalam susu ibu. Ini kerana saiz antibodi yang tersangat kecil membolehkan ia meresap ke dalam susu ibu. Seterusnya antibodi dari ibu itu akan turut diterima oleh bayi apabila dia menyusu. Dengan ini, bayi tersebut turut mendapat perlindungan dari virus yang menjangkiti ibunya melalui antibodi yang dihasilkan oleh ibunya sendiri. Tambahan pula, saiz virus yang besar tidak memungkinkan ia untuk meresap ke dalam susu ibu dan virus itu tidak dapat menjangkiti bayi jika bayi itu mengambil susu ibu. Dengan itu, kita lebih menggalakkan seseorang ibu yang mengalami demam untuk terus menyusukan bayinya. 

Sebaliknya, bagi bayi yang tidak menyusu susu ibu, dia lebih berisiko untuk mendapat jangkitan yang sama kerana susu lain tidak mengandungi sebarang antibodi untuk melindungi bayi tersebut. Bayi yang masih kecil dan lemah itu masih tidak mampu untuk menghasilkan antibodi mereka sendiri kerana sistem imun mereka yang belum matang. Penyusuan susu ibu ketika ibu demam dapat membantu bayi untuk meningkatkan sistem imunitinya secara tidak langsung.

Satu faktor penting yang perlu diambil perhatian adalah untuk ibu menjaga kebersihan dirinya ketika dia demam. Ibu perlulah menutupi mulut dengan tuala atau tisu yang bersih ketika batuk ataupun bersin. Seeloknya ibu hendaklah membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun pada setiap kali dia menguruskan bayinya seperti ketika menukar lampin, memberi susu dan juga menidurkan bayi. Ini penting untuk mengurangkan risiko transmisi secara terus virus tersebut dari ibu ke bayi.

Sesungguhnya, jika ibu demam, bayi yang menyusu susu ibu adalah lebih selamat berbanding dengan bayi yang tidak menyusu susu ibu.

Info kat sini

Sunyi Sepi

Assalamualaikum...
Dah lama rasanya blog ni sunyi..Malas ok nak menhupdate blog, haha... Tapi tak mau kalah nak jugee ada belog...Walaupun dah tak keja sekarang ni, tapi rasa bizi...Bizi hal-hal rumah, bizi uruskan anak..Pasal anak pon tak hupdate dalam ni pon.Ada je dalam draft tu mengarang tak habis lagi..Ok lah..Nantokk..Doakan aku dapat keja baru..

Bubye... :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Running Man

Assalamualaikum....

Sapa layan citer ni? Sapa tengok angkat ibu jari? Sapa yang layan memang tak rugi, aku sampai cari balik episod yang lepas-lepas nak tengok...Memang best, rancangan realiti TV yang sporting gilerr..Eh, dia realiti TV ke?Haha....Lebih kurang lah kot..

~Suk Jin (Big Nose), Jong Kook (Harimau a.k.a Lelaki Penguasa), Kwang Soo (Zirafah), Jae Suk, Ji Hyo & Gary (Monday Couple) & Haha

Aku gan suami memang dah fanatik la rancangan ni, sebab BESTTT.. Dengan lawak depa yang spontan boleh memecahkan perut aku ni...Cian baby dalam perut..Hehe.

Kami pon stat layan tahun lepas, dalam bulan 11 camtu lah dekat Astro ONE HD... Tak tau lah dah berapa lama tayangan dekat channel tu, tapi kami baru je nak melayan..Hehe..Lepas tu terus jatuh hati, en suami pon terus pasang dekoder untuk merekod.. Tak payah lagi nak tunggu sampai lewat-lewat malam semata-mata nak tengok rancangan ni...Rekod je, nanti boleh layan sesama.... Rancangan ni dah dekat 3 tahun juga la, tu aku cari balik episod yang lepas-lepas...Dulu ada dalam 8 ke 9 juga geng, sekarang ni tinggal 7 orang yang ada setiap minggu..Yang len semua tetamu jemputan...

Aku paling minat dekat Joong Kook, walaupun mata dia sepet tapi dia cute...Hihi.. (Sok mata anak aku sepet tak tau lah). Lepas tu Gary, dia sangat comel bergandingan dengan Ji Hyo pada setiap hari isnin. Suka ngusik-ngusik dan gaduh dengan Ji Hyo..Tapi sweet..Hehe.... Ok dah, jom layan citer ni sesama memang funny.... =)

~Gary dengan Ji Hyo yang Sweet..



~Monday Couple

Psstt : Agaknya bila depa nak mai Malaysia plak ea?? Ngee....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

 BabyFetus Ticker