Assalamualaikum..
Nak kawen ni kan sibuk kesana kemari cari emas untuk aku akad nikah nanti ... Mula-mula gi tengok cincin, en tunang nak bagi cincin yang ada batu dan dia nak bagi jenis emas 916... Tapi kalau kedai kot area Sungai Petani tu aku pi tanya tak dak emas 916 yang ada batu, yang ada cuma yang tak da batu, sebab emas 916 ni lembut, susah nak bentuk..... Yang ada batu cuma emas 750, bagi aku ok je emas 750.. Murah... Tapi dah orang tu tak setuju, nak juga bagi emas 916, terpaksa la terima kan.....
**Nanti pas kawen sesak-sesak leh la awk gadai ke apa kan, sebab amek emas mahai, hehe... Ampunn
~ Jenis emas tak dak batu..
~Emas berbatu-batu...... Hehe
Lepas tu gi tengok dekat kedai emas TOMEI, kat situ ada cincin emas 916 yang ada batu.. Hampir-hampir nak beli... Tapi tengok je... Kami memang suka macam tu dah, jejalan... Survey... Tengok-tengok.... Tak tau bila nak beli.... Haha..
Emas 916 kat TOMEI ni harga 1 gram dalm RM180-190 camtu la, kedai emas kot area jam besaq SP tu ada harga 1 gram RM165, RM 161 dan ada juga RM175... Harga emas sekarang naik turun je... Kat semua tempat tak sama... Dulu aku tak tau pon pasal emas ni, almaklum lah tak pernah belek atau pi beli emas pon... Cincin emas pon tak pernah pakai, macam mana nak tau... Hehe...
Sekarang dah pandai sikit.... (^_^)
Dan sekarang dah pakai sebentuk cincin masa tunang hari tu jenis emas 916 beserta Rantai Gelang Emas Korea, wakaka... Yang tu je mampu.. Emas korea ni tahan pe walaupun harga RM 15 jek aku beli kat tesco.... Design pon bagi aku macam emas betol kat-kat kedai emas tu.. Aku pon pakai wat hiasan je... Nak gak beremas-emas... Hahaha
InsyaALLAH lepas akad nikah nanti dapat la merasa pakai emas betoi... :))
~ Cantik..
Emas putih lak aku tak berkenan, memang cantik.. Tapi harga nak beli mahal, bila harga terpakai pula dia jadi rendah.... Tak bes la... Ok tak nak membebel-bebel, jom tengok jenis-jenis emas yang aku google untuk pengetahuan semua dan rujukan aku....
Jenis-jenis Emas.
Emas yang didapati dari lombong diproses untuk mendapatkan emas tulen kerana emas lombong masih mempunyai bendasing-bendasing menyebabkan ketulenan emas tidak mempunyai ketulenan 999.9. Bagi membentuk emas ketegori 24K, emas ini akan diproses dengan mencampurkan dengan logam-logam seperti perak, kuprum, nikel, zink dan palladium. Proses pencampuran ini akan membentuk emas yang berlainan ketegori dan warna mengikut peratusan dan jenis bahan yang dicampurkan.
Berdasarkan campuran emas tulen (24K) dengan bahan-bahan lain di dalam satu-satu kategori emas, maka terhasillah jenis-jenis emas seperti berikut:
JENIS EMAS | KETULENAN (KARAT) | % KANDUNGAN EMAS |
24 K | 999 | 99.9 |
22.8 K | 950 | 95 |
22 K | 916 | 91.6 |
21 K | 875 | 87.5 |
20 K | 835 | 83.5 |
18 K | 750 | 75 |
14 K | 583 | 58.3 |
9 K | 375 | 37.5 |
Ok, seterusnya, apakah emas 22k adalah emas 916? jawapannya ya, emas 22k adalah emas 916. Emas 22K sangat popular di India. Ia digunakan sebagai Dowry perkahwinan, (Lazimnya dalam majlis perkahwinan mereka, keluarga mempelai wanita akan menyediakan beberapa gram emas (100 – 400gms, untuk dibawa bersama mempelai wanita kerumah pengantin lelaki) bagaimanapun tradisi ini hampir tidak diamalkan lagi kecuali di beberapa tempat.
Di Malaysia, emas 22k kebiasaannya tidak dicop 22k, ia biasanya dicop emas 916, disini timbul kekeliruan dan sedikit masalah. Pembeli emas lazimnya tidak akan membeli emas bertanda 22k dengan harga emas 916 kerana pertama, 22K bukan penggunaan standard di Malaysia, kedua, emas yang dicop 22K mungkin dihasilkan di India dan ia tidak disahkan ketulenannya di Malaysia, pelebur sendiri tidak akan mengambil emas 22K pada harga emas 916, sebab itu emas 22K lazimnya dibeli pada harga emas 90 atau emas 835, bergantung kepada keputusan ujian ketulenan asid.
Sumber : Google