Pixajoy

Pixajoy

Klik-Klik

MARRIED

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

UMUR HAZIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Panggilan Anak kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum..

Chewaahh... Sekarang aku dah terfikir nanti nak anak aku panggil apa kat aku gan en husben...Hmm, aku pon tak tau sebenarnya nak bahasakan diri apa, walaupun baru 3 months preggy.. Tapi selalu juga nak bahasakan diri ni apa, kadang-kadang ada cakap gan baby sebut mama & papa.. Hehe...


Ini antara panggilan yang biasa di gunakan untuk panggilan kepada ibu & bapa :

Mama & Papa ( Panggilan ni popular sekarang)

Mama & Abah (Panggilan aku kat orang tersayang aku adalah mama & abah)

Mama & Baba (Pak ndak aku anak-anak dia panggil baba)

Ibu & Ayah / Abah ( Akak² aku guna gelaran Ibu & Abah)

Mak & Ayah / Abah ( Panggilan ni pon popular juga)

Umi & Abi ( Panggilan ni baru solehah. Macam nak guna panggilan ni je, tapi kalau tukar kepada mama & abi ok tak? =) )

Umi & Walid ( Panggilan ni pon solehah juga )

Mummy & Daddy ( Dengar cam mat saleh sikit, haha.. Tapi mummy tak elok sebab maksud dia hantu kubur, esok anak dok panggil hantu kubur, hantu kubur.. Ooh, serammm....)

Bonda & Ayahanda ( Macam kerabat di raja je, dulu kat sekolah member aku panggil mak dia bonda, bes je dengar.. Hehe)


Menurut seorang ustaz, panggilan terbaik adalah Umi & Abi kerana panggilan ini di gunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Ragam semasa Mengandung

Assalamualaikum..


1st sekali tau kata mengandung je, terus badan rasa lain je, selera pon lain macam je, tengok makanan pon tak lalu, tapi lapaq giler... Dan demam pon terus melanda, lepas demam lagi tak berselera, berat dari 73kg, jadi 70kg... Ok, memang berat kan.. Wuarr, lepas kawin berat aku memang 70kg ok, lepas tu selera bertambah terus jadi 73kg....Lepas demam terus berat tinggal 70kg... Sian baby sebab aku tak leh nak makan apa-apa, langsung tak de selera... Tapi perut lapaqq ooo... Makan buah je boleh, ni lah keadaan aku masa 1st trimester.

  1. Nasi memang tak lalu langsung, tapi paksa juga makan walaupun sikit.. Tapi nasi impit laju je aku makan & bubur nasi aku leh terima.
  2. Nasi bungkus, nasi lemak adalah tak boleh, bau pon nak muntah...Pagi-pagi sarapan kuih je.
  3. Makanan macam bihun sup, bihun goreng boleh di terima.
  4. Tak mengidam sangat, tapi kekadang lapaq kena amek feel dulu nak makan apa.. Kalau men beli je memang aku tak makan ok, dasyatt...
  5. Nak masak pon tak de mood, kekadang je masak....Nasib husben boleh masak, masak sendiri lah dia...Hehe.. Sebab aku memang tak lalu nak makan pon, setakat masak nasi je untuk husben.
  6. Rumah berselerak, nak kemas je terus rasa mengantuk..Haha.. Balik keja, makan, mandi, solat..Terus rasa nak tido, sangat letih dan mengantuk..Kul 9 dah pengsann.
  7. Rasa loya lepas makan, tahan...Tapi lepas tu bluerrkk.... Keluar apa yang di makan. Kadang-kadang tak dak apa pon nak muntah juga, senak juga la perut ni..
  8. Kalau gi shoping barang-barang umah, atau jalan-jalan tengok barang, confirm aku cepat rasa letih.. Maybe sebab berat badan aku kot, balik rumah tak sempat tukaq baju aku dah terlelap depan TV. Kat depan tu memang ada toto siap-siap untuk aku landing, kul 12 baru en husben kejut masuk bilik. Dia tengok tv sampai lewat malam..Huhu.
  9. Nak membuang memang sangat lah susah, sembelit ok.... Sebelum pregnant hari-hari mesti membuang, sekarang punya lah susah... 2,3 hari sekali.. Makan betik pon sama je, kena cari ikhtiar lain ni.. Wuarr....
Ok, itu je la kot yang aku ingat masa 1st trimester mengandung... Hmm, lain orang lain ragamnya kan??



Keputusannya...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, rezeki dari Allah S.W.T....  =)
Usia kandungan dah pon nak masuk 11 minggu, buku pink pon dah buat.. En husben la asyik tanya bila nak gi wat buku, hehe... Tengok sale  baju baby pon ajak beli dah, hihi..Comel jek..Excited la tu...
Doakan kandungan aku ni sihat dan membesar dengan baik yea...

week_11

~ Ni usia 11 minggu, kecik je lagi.... Tapi perut aku dah cam 4 bulan mengandung je,hihi... Ni mesti buncit+lemak+baby.... Jadi lah 4 bulan, padahal baru je 2 bulan lebih..Huk huk...

Psstt : Due date aku hujung bulan 5, dalam 22 mei.. Kalau kuaq 26 mei pon ok juga... Leh anniversary sekali, hehe..... Dan aku harap sempat la aku final exam tahun depan sebelum baby kuar... Harap dipermudahkan segalanya...

Selera Makan Bertambah

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ni aku peliks.. Sebab aku asyik lapaq je, nak makan, nak makan.. Heran gak aku.... Aku pon layankan je la perut aku ni, lepas tu aku tengok ija makan jeruk pelam, terliur tahap teruk terus cakap nak sikit...Haha....Nikmatnya bila makan, lepas tu rasa nak makan sup ayam, nak cicah buah dengan kuah rojak.... Aku rasa mesti ada yang tak kena dengan diri aku ni.. Dah la period pon dah lewat seminggu, tapi en husben cakap awal lagi... Aku memang nak beli dah pregnant test kat Guardian ari tu.. Tapi malu laks, haha... Serius aku tak pernah beli, so aku tengok je la... Dah tu aku rasa perut aku ni semacam je, bila sarung seluar pon rasa cam ketat dan mengah je....

So, aku cakap kat en husben.. Period dah lewat seminggu, sebelum ni tak de masalah pon.. Tertarik-tarik je nak beli pregnant test tu.... Kalau tak beli kita tak tau, nanti aku jadi tertanya-tanya je.. Lebih baik aku tau result dia awal... Daripada kecewa dok mengharap kan, so kami pi beli kat farmasi.. Balik umah terus rasa nak 'wii wii', hihi.....

Aku dengan perasaan berkobar-kobar terus la wat test.. Dan keputusannya???
-





-






-







-







-







-







-







-







-






-






-






-






-






-









Hmmm.... Nanti akan aku kongsikan di sini... Hehe, saja wat suspen cket.....


Letih

Assalamualaikum..

Letihnya rasa bila memikul tanggungjawab sebagai pekerja, isteri dan juga seorang pelajar... Aku harap aku mampu bertahan... Letih bila mengenangkan setiap minggu terpaksa ulang alik ke Jitra yang jauhnya lebih kurang 90 km. tapi nasib baik lah 2 hari je.. Minggu lepas kena stay kat sana sebab ada projek studio yang perlu di bentangkan, sampai tak tido malam.. Tinggal lah suami aku kat rumah sesorang, demi segulung diploma kena lah aku terima. Nasib baik setahun je, harap aku dapat bertahan. Letih sebab aku ni bekerja, balik rumah nak kena uruskan hal rumah lagi, kadang-kadang terbiar juga hal-hal kat umah, nasib baik lah en husben memahami.... Dia lah yang basuh baju sendiri, tolong sidaikan baju.. Aku memang dah tak larat dah, asingment menimbun nak kena setel... Tak cukup tido tu memang hal wajib dah dalam diri aku ni, kadang-kadang sampai tertido kat ofis, ada juga mulut-mulut yang kata macam-macam bila aku tertido kat meja, tapi aku sabarkan je lah.. Depa tak faham keadaan diri aku, takkan aku nak marah.. Pekakkan je telinga ini...Tak tau la kalau mengandung time sekarang ini mampukah aku bertahan??
Harap dipermudahkan semuanya....

Psstt : Ooh...Kepalaku sudah pening...........


Ingat senang ke nak mengandung??

Assalamualaikum...

Hari ni tetiba aku emosi... Ntah la, kebelakangan ni memang aku agak emosi sikit... Kalau en husben dok kondem aku ja mesti aku masuk tido awal pastu nangis, hahaha...... En husben memang suka sangat nak kondem aku, bukan nak bagi semangat ke apa... Sakit gak hati aku, sabar je la... Suami kan..


Ok, aku dah berkahwin hampir 4 bulan..... Sepanjang perkahwinan kami bukan tak cuba, sapa yang kawin tak mau ada anak kan.... Anak kan adalah rezeki dari Allah S.W.T yang tak ternilai...  Tapi rupanya bukan senang nak mengandung, tak pe.. Kami cuba, dan sakit hatinya orang sekeliling tak kan faham keadaan kita bila asyik tanya soalan tak mengandung lagi ke?? Tak rasa nak ada anak ke?? Lambatnya hempa ni?? Sakit hati kan... Tapi tu la, depa tak faham kita... Jadi pekakkan telinga je, kalau terjadi kat diri sendiri baru depa akan faham.. Aku dulu pon sebelum kawen selalu juga tanya member yang dah kawin, dah ada isi ke belum?? Rupanya soalan tu sangat sensitif ok.... Kecuali lah dia dah betol-betol berisi... 
Hmm, aku kalau orang tanya aku jawab tak de rezeki lagi, saya pon tak tau.. Tu semua rahsia ALLAH S.W.T... Tu je la yang jawapan yang aku ada..

Aku dulu sebelum kawin target nak terus mengandung, tapi lepas kawen pregnant test pon tak pernah beli sebab bendera jepun akan naik tepat pada waktunya, so tandanya gagal... Tapi tu la, rezeki untuk ada anak ni akan sampai.. tapi cepat dan lambat je kita tak tau... Tu semua rahsia ALLAH S.W.T.

Ada yang dah BerTTC hampir 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun pon ada....Yang penting berdoa... Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang jadi.. 

Psstt : Tengok Cik Puan Aida sedang berusaha untuk mengandung, semoga berjaya my frends, banyakkan berdoa yea... Dan tahniah kepada akak gojes neena, sebab dah berjaya mengandung setelah hampir 6 tahun berkahwin.... Jaga kandungan baik-baik yea..... Besnyaa.. =))


15 Anugerah Perempuan Yang Allah Berikan

Assalamualaikum...

Nak share info yang aku dapat dalam internet.. Jom kita baca..

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.

Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15“Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.” 
Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Teringin

Assalamualaikum...

Aku teringin sangat nak menjejakkan kaki kat tempat ni, teringin sangat bila tengok gambar-gambar kat tempat ni yang super duperrr cantikkk.......

Lepas tu bila asyik baca blog akak ni yang stay kat Jeddah buatkan aku teruja sangat nak pi sana, harap suatu hari nanti aku dapat menjejakkan kaki kat sana.. Baca blog akak tu pon dah buat aku rasa macam dok kat sana... Bes sangat.... Jom tengok gambar-gambar yang watkan mata kita ni sejuk je memandang


~SUBHANALLAH... TEMPAT NI SANGAT CANTIKKKKKKK................











Rezeki bulan ramadhan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..... Pagi tadi lepas sahur en husben ada menghulurkan sesuatu kat aku, terkejut juga aku, sebab boleh tahan juga apa yang dia hulurkan tu... Tapi aku dengan hati yang riang ria terimanya dengan rasa gembira, rezeki aku di bulan ramadhan... Dapat juga aku bagi kat mama dan abah kat kampung, terima kasih banyak-banyak suami ku sayang..... ^_^

Harap kita sentiasa di murahkan rezeki olehNYA... Amin..



Ramadhan Tiba Lagi

Assalamualaikum...




Alhamdulillah... Hari ni hari ke dua umat islam berpuasa, hari ke dua aku berpuasa sebagai seorang isteri..... Masih lagi menyesuaikan diri untuk bersahur, berbuka dan berterawih bersama en husben... Hehe... Sebelum ni semua dengan kengkawan jek, sekarang apa pon semua dengan en husben....

Hari pertama sahur aku masak mee goreng je atas permintaan en husben, aku cakap ok ke tak makan nasi... Dia ok je... Hmm, takut juga dia letih sebab dia kan kerja site.. Aku boleh la dok dalam ofis je, hehe..... Berbuka hari pertama kami balik berbuka kat kampung halaman aku yang tercinta bersama-sama mama & abah tercinta.... Dan bersahur juga kat sana, lepas tu terus dari kampung mai ofis....
Petang ni tak tau lagi nak berbuka apa, harap berbuka makan kurma je, boleh diet.. Haha... Kesian laki aku dapat binik cenggini..... ' U request jek nak makan apa, nanti i masakkan ok??'
Walaupun aku tak de lah pandai masak pon, tapi aku belajaq... Jangan risau lah sapa yang nak kawin yang tak pandai masak macam aku ni, lepas kawin automatik lah jadi pandai, dapur tu jadi macam bilik sendiri dah, haha....
Semua apa benda nak masak sekarang ni google je, macam-macam resepi keluaq...... 
So dont worry be happy, aku ni dalam proses lagi nak jadi chef untuk laki aku... hihi....

Ok lah, kelaut dah ni.. Harap ramadhan kali dipenuhi dengan amal ibadat, berubah ke arah yang lebih baik dan mendapat seribu keberkatan & rahmat dariNYA... InsyaALLAH....


Psstt : Harap sangat puasa kali ni dapat puasa penuh, hihi..... 
Ehemm.....

Alaa.. Tomeii tomeiii..........

Assalamualaikum...

Ehemm......... Cumill nyerr baby-baby ini.....





~Hihi....


~Sambil tido pon boleh senyum....


~Kena bedung..

~Alolo....Sexy nya....





Semuanya cute-cute kan....... Hehe
Banyak lagi lah yg cute miut..... Nak tengok lagi boleh gi kat blog nie...
Kat sini pon ada & kat sini...

Psstt : Tetiba google pic baby, macam dah tak sabar je nak ada baby sendiri... Hehe.. (*_^)

Birthday Surprise

Assalamualaikum...


Harini adalah besday suami kesayangan saya... Chewaahh.....
Ok... Aku telah berjaya wat something special untuk my husben, walaupon hempa rasa tak dak lah special mana pon, tapi bagi aku yang tak pernah wat macam tu akhirnya berjaya bila dok planning baik punya... Hehe... Meh tengok 3 planning yang telah aku wat, tu dia.. Tamak gilaa wat sampai 3.... Hahaha..


1. Wish birthday melalui video


Semalam tunggu sampai pukul 12 baru aku masuk bilik, nak tunggu pukul 12 punya pasal, aku tertido kat sofa, haha... Sebelom tido semalam aku ada bagi dia tengok satu video, aku cakap... 'Abang, tengok video ni lawak la'... Dia pon tengok sambil aku pegang phone, sebenarnya tu video wish happy besday yang bagi aku comell la juga... Hehe... Pas tu terus wish 'Heppy besday abang', muka dia dah cuak masa tu.... Terkezutt lettew.... Hehe... Pastu boleh tanya, 'eh... Dah kul 12 ke??' Hmm..... Jam saya dah pukul 12 la.... Jam awak tak tahu ler... Hihi.... 'Ingat juga yea besday abang, ngatkan dah lupa'... Mana leh lupa, sehari dok planning macam-macam... Harap menjadi ler.... Siap tipu sunat lagi, hihi... Ada ke tipu sunat...??



~Ni ler videonya.. Cumill x?? =)

2. DIY Birthday Kad

Sehari sebelom 3hb ni, aku dok pulun design kad besday kat opis ni... Dok design sampai pening nak wat camna, haha.... Masa tu dah pukul 5, dah nak balik.... kelam kabut gak, pastu nak wat en husben tempat duduk kat belakang je, takut gak dia nampak dan terkantoi... Hehe... Last sekali print je wat kering sambil sengih-sengih, pastu yang len bawa lik rumah je wat time line klear... Masa banyak lagi.... Nasib sempat gak siap, aku dok dalam bilik sambil lekat-lekat apa yang petut, tak de lah cantik sangat.... Tapi boleh la, hehe....
Pagi tadi letak bawah bantal, pastu suruh en husben ambil kertas bawah bantal... Dia pon amik terus sengih-sengih.... Aku wish lagi sekali 'Hepi besday', dia tanya 'bila wat ni??', aku jawab 'ada la... Rahsia, hehe'


~Ni la kad aku wat sendiri... Hehe...... 
*Malututupmukadengantudung


3. Kek Coklat Kukus Sendirian Berhad =)

Kek ni aku wat sendiri tanpa pengetahuan en husben dan disebabkan nak wat kek ni lah terjadinya tipu sunat... Maafkan i yea darlingg.... =)
Petang tu sepatutnya en husben ada badminton, jadi aku offer nak gi keja naik motor je, nanti pas keja tak yah la dia nak antaq aku balik rumah plak kan... Dia terus gi badminton, aku balik umah terus... Tapi badminton kansell... Adoii... Plan B lah nampakya... ;D
Terpaksa la tipu kata Cik Mun mintak tolong wat something kat umah dia pas balik keja nanti, dalam 5.30 ptg berdesupp pegi umah sewa lama.. Nasib tak jauh sangat,hehe.... Dok pong pang pong pang wat, siap juga akhirnya tinggal nak kukus jer, sedap gak aku wat... Asyik dok calit je rasa adunan tu... Haha....... Aku tak pandai sangat, tapi nasib ada Cik Mun tolong, sebab dia dah terer wat  Kek Coklat kukus ni, siap dapat tempahan lagi... Hehe.... Nak kukus dengan hias untuk topping tu aku serahkan pada Cik Mun je sebab aku nak kena balik umah, kata nak pegi kejap je kan... Dalam 7.30 baru balik umah.. Hehe... Nasib lah en husben tak tanya pape.... ; )

Pagi tu before gi keja aku singgah umah Cik Mun untuk ambil kek tu, aku bagitau nak tolong bawa kek yang mun wat untuk kak jah, dia wat tempahan kat Cik Mun, kebetulan besday anak kak jah tu sama gan besday en husben.. Pastu en husben pon ok, mula-mula aku ambil kek yang dah siap di hias tu tengok cantik gak.... Pas tu terus bawa gi kat en husben dalam keta dan kata 'Hepy besday lagi sekali' ... Tapi en husben blur, 'dia tanya ni ke kek kak jah??' Haha... Aku gelak... 'Ni kek untuk you la sayang, i buat kelmarin ok, tapi hias-hias ni semua mun la yang watkan, i tak sempat nak sambung wat dah kelmarin' (Sambil senyum)
Dalam kereta en husben cubit-cubit cakap aku tipu dia..... Haha... Tipu sunat je..


~Kek Coklat Kukus hasil titik peluh aku dan Cik Mun, hehe..... Terima Kasih banyak-banyak kat Cik Mun yang membantu aku wat kek ni dan planning semua ni..... Sayang hanggg!!!! =)

Pagi tu pegi ofis bawa 3 biji kek lah..... 1 lagi tu lebih dari kek yang aku wat, sebab aku guna loyang kecik je.. Yang selebihnya Cik Mun wat dalam loyang len, tu yang jadi 3 biji kek, 1 kek anak kak jah, 1 kek en husben dan 1 lagi kek lebihan adunan kek aku tu... 

Kepada Suami yang Ku sayangi......
Semoga umur yang ada dipenuhi dengan ibadah kepadaNya. Moga kasih sayang kita ini kekal sampai Syurga Allah SWT. InshaAllah. 
I love youuuu so muchhhhhh !!!!
Semoga kita sentiasa dalam redha Allah SWT. InshaAllah dan
Semoga apa yang saya lakukan ini awak suka dan ingat sampai bila-bila.....

With Love,
Fatin Khadir

Happy Birthday to My Lovely Hubby… =)


Assalamualaikum..

Kepada en husben,
Selamat Hari Lahir yang ke 29
Semoga dipanjangkan umur
Semoga dapat kesihatan yang berpanjangan
Semoga dipermudahkan segala urusan

~Saya sayang awak sehingga akhir hayat saya.. :)




Hadiah Apa ea Untuk Hari Lahir Lelaki??

Assalammualaikum...

2 hari je lagi besday en husben... Aku tengah pikir nak bagi apa untuk besday dia ni, tahun lepas aku tak de bagi apa pon, just wish je.. Almaklumlah cinta baru bermula, lagi pon time tu kejam sikit... Haha.. Orang lelaki ni susah sikit nak bagi hadiah.. Sebab tak tau la nak bagi apa, jenuh pikir ni.. Kalau orang perempuan senang, macam-macam boleh bagi kan.... Ada idea tak nak bagi apa?? Hehe...

Selalunya orang bagi hadiah lelaki ni macam

1. Minyak Wangi
Tapi kalau dah ada minyak wangi dah nak bagi lagi ke, hehe... Boleh juga kan wat koleksi dan simpanan... (Hantaran ari tu dah bagi, =) )

2. Wallet
Rasanya wallet en husben ok lagi kot... Tunggu bagi tahun depan la hadiah ni.. Hihi)

3. Belt @ Tali Pinggang
Ni pon dah bagi masa hantaran ari tu, tak terpakai pon yaa aduii....

4. Jam
Tengok jam en husben elok je lagi, hehe.. (Dasar kedekut) Nanti i mampu i beli baru ea.....

5. Baju
Baju ni kebiasaan dah, tak besday pon boleh je bagi...

6. Gadget
Fon still ok lagi nak beli baru, nak beli ipad?? Wuar..... Tak mampu den....

7.Majlis Hari Jadi
Hmm.... Wat surprise pon ok juga kan, tapi i tak pandai la wat surprise bagai ni, buleh kantoii la kalau bagi aku wat... Nak plan pon tak pandai....Huhu.... Tapi try aje la wat mana tau jadik ke... Hehe

8. DIY Besday Kad
Yang ni pon tengah mendesign sekarang..... Tak tau la jadi apa, harap awak suka lah walaupon tak cantik.. Yang penting hasil tangan saya, hehe...

9. Kasih Sayang
Saya sentiasa memberi awak kasih sayang, harap kasih sayang saya mencukupi untuk awak.... Walaupon kita masih baru saya harap kita saling melengkapi antara satu sama lain... (Opss... Aku tak pandai jiwang,hihi)

Ok tu je la yang terpikir hadiah untuk lelaki, tu pon ada gak tanya pak cik google... Kebanyakan sama je dengan senarai tu semua..

Psstt : Sebenarnya aku wat tak ingat je besday en husben, tanya pon tak dia nak hadiah apa... Saja nak wat macam aku lupa besday dia, padahal tengah planning sesuatu dan nak DIY kad besday untuk my hubby... Shutt... Rahsia, sy tau awak tak baca blog saya sebab tu saya tulis... Hihi....

Panggilan Suami Isteri

Assalamualaikum...

Hehe.... Panggilan kami somi isteri dah berubah... Ceh, tu pon nak habaq ka, ada ku kisah?? *Sambil kelip-kelip mata.Hee.... Yela, blog ni kan sebagai kenang-kenangan aku... Nanti bila aku baca balik leh sengih sensorang..... 

Dari kami bercinta (En husben cakap bukan bercinta, tapi waktu mengenali hati budi *Ooh... So Sweet, hehe..) bertunang sampai lah dah jadi suami isteri panggilan aku gan dia hanya lah saya awak?? Romantik tak.. Hihi.... Bagi aku ok pe, senang sikit nak panggil kan.... Tapi dalam mesej ok je Baby gan Ucuk *Pengaruh citer Hantu Bonceng .... Wuekkss.... Muntohhh.....Hahaha.... Dalam mesej je ok, depan-depan guna saya awak juga..... Sampai lah eija tegur ari tu 'Panggil awak je??' Yela.... I tak biasa ok, selsesa panggil macam tu je....

Lepas tu cuba juga tukar panggilan, en husben nak aku panggil dia abang... Dia nak panggil aku apa?? Syg? Ayang?? Darling? Baby.... Haha..... Last aku kata, panggil ayang je la.... Alolo... So sweet... *Fengsann.

Sampai sekarang masih cuba nak panggil dia abang dan aku bahasa kan diri aku ni ayang.... Susah giler rasa, sebab nak panggil depan orang ramai tak terkeluar abang tu kat mulut..... Aiiyaakk......... Manyak susah oo sebab aku ni spesis pemalu lah juga, wakaka........

Psstt : Tengah praktis panggil panggilan manje tu kat umah, hehe... Tapi kat opis malu-malu juga la nak panggil, korang guna panggilan manje apa?Hehe....

KFC Flaming Crunch Yang Sedap!!

Assalamualaikum...

Semalam selepas balik tengok baby Sarah & Ayob, en husben teringin nak makan Fast Food untuk dinner katanya... So, aku tak yah masak malam ni... Yeaay...... Suka jek aku sebab tak yah masak, balik pon dah smpai kul 8 kat umah... Tak larat lah nak masak, hehe... Alasan.....
Jadi lepas isyak siap-siap terus gi KFC Taman Sejati, dok pikir-pikir nak makan kat situ ke bawa lik umah.. Aku nak makan kat situ je sebab memikirkan faktor kegemukan... Haha.... Kalau makan kat situ, lepas makan terus balik, ada masa untuk perut setengah jam.. Kalau makan kat umah, alamatnya lepas makan aku terus tido.. Ish, bahaya-bahaya... Last sekali decide bawa lik umah...... Ok la awk...

Masa sampai kat KFC tu tengok order ada perisa baru.... En husben kata eh, ada perisa baru.. Kenapa tak dak iklan pon kat Tv?? Aku pon jawab, mybe iklan kat TV3 kot... Ni memanjang tengok chanel HBO gan bola... Mana nak jumpa iklan kepsi ni... Haha... En husben amek dinner plate, aku amek toasted twister tu je.... eh betul ke nama dia?? Hehe...

Lepas tu terus balik umah laju-laju jek makan, aku cubit sikit ayam ni sebelum husben makan, hehe.... Peehhh... Sedap giler, dah la pedas... Aku yang suka makan pedas ni pon terasa pedasnya.... Memang sedap la bagi aku..... Terus dok cubit je ayam tu, hehe... Rugi tak beli... Ni kat opis pon teringat lagi ayam tu...

~Pedas dari perasa Spicy.... Sedapp dapp...

~Urmm.... Nak lagi......

Psstt : Kepsi ni sampai bila ea?? Sesapa yang belom cuba tu cuba-cuba lah yea..... Bagi aku memang sedap.... Agak ketinggalan sebab baru pi makan pastu tak tau plak iklan sejak bila...Haha

Baby Sarah


Assalamualaikum..

Semalam lepas keja terus laju-laju menuju ke Sungai Dua untuk melawat Sarah yang sudah 2 minggu lebih bersalin... Tahniah Sarah dan Ayob kerana dapat baby boy.... Besnya dah jadi mama dan papa.. :)

~Ni la baby boy Sarah yang dilahirkan pada hari Khamis, 07 Jun 2012 seberat 3.1kg yang bernama  Muhammad Qayyim Darwisy

~Mulut merah....Kulit putih gebu ikut mama nyer...... Tapi muka ni iras papa nyer....Ayob junior...Hihi...

~Ni umur dah 2 ari....Kecik je,hihi....

Photo: Sudah bulat di situ....
~Ni kepala sudah di botakkan..... Geram rasa tengok dia kelmarin, baik je... Kalau lapaq tu nangis tak meraung-raung pon..... Yang aku dok kacau lagi ada la nak bagi dia nagis, hihi.... Bagus betol, harap Qayyim menjadi anak yang baik dan soleh... Amin...

Psst : Gambo cilok kat FB papa Qayyim... Hehe.. :)
Besnya tengok baby... Ehem.......  :)

Bubye.....

Assalamualaikum..

Hye...... Harini adalah hari terakhir Sila kat Sungai Petani ni, lepas ni dia ke Putrajaya untuk melakukan tugas baru.. Chewahh... Dia dah dapat kerja baru, sila ni my housemate aku sekali gan Cik Mun, tapi dia company lain.... Sekarang dia dah berhenti dan dapat kerja baru... Besnya.... 
Jadi semalam kami wat Farewell Party... Pehh..... Ada la wat makan-makan sikit kat Sila ni sempena perpisahan, lepas ni tak tau lagi dapat jumpa lagi ke idak....... Dah jauh juga tu.... Hmm.... Kalau senang-senang nanti mai la Kedah yea... Hehe...

~Giant Sungai Petani...

~Ooh..Pizza ini sangat lah sedap...

~Interprem dengan kekasih hati.. (^_^)

~Ada lagi seorang hero jemputan untuk meramaikan majlis, hehe...

~Tunjuk ke Sila...... =)

~Tak mo.. Tak mo....

~Ooh.. Cik Mun nak soping Washing Machine baru....

~Maaf suamiku kerana meninggalkanmu sendirian, isterimu ini memang kalau dengan membersnya terus lupa kekasih hati ni.. (Muncung sebab isteri sibok dengan frends...Hehe) Ampunn..

Psstt : Nanti kenduri jangan lupa jemput kami disini yea, kalau ada masa mai la kot Sungai Petani ni lagi, jangan serikk yea... Hehe... Tinggal kat SP ni sangat bes ok.. (^_^)

EURO 2012 Punya Pasal

Assalamualaikum...

Semalam dah pindah astro kat umah baru, apa lagi... Si suami seronok bagai sebab dapat tengok bola, chanel lain dah tak tukaq.... Bola ajer, aku layankan je la.... Tapi, si isteri kena lah bersabar yea bila si suami asyik dengan bola jekk.....

Wah...... Membara aku bila dia dapat tengok bola aku memang dia dah tak nampak, sentap mak..... Tapi aku sabarkan je la, balik dari pasar malam terus layan bola, lepas mandi dan solat pon chanel bola lagi, aku sibok mengemas dapur, cuci peti ais, basuh baju bagai... Pastu ada gak tengok berita, lepas abis berita buka chanel bola lagikk... Adehh......


Aku pon amek baju yang bersepah untuk di kemas-kemas..... Baju aku saja dah buat kepala aku pening, banyak juga la...Nak simpan baju mana yang tak pakai, baju yang pakai letak dalam almari.... Lipat baju depan TV, bola lagi.... Lepas tu aku tanya..

Isteri : Awk... Bola ni berapa lama yea??
Suami : Sebulan la awak, 4 tahun sekali je ni...
Isteri : Ooh... Ok, ngatkan seminggu dua je.... (Dalam hati, sebulan la aku kena sabar, nasib esok nak balik kampung, yahuu.....)

Sambil lipat baju aku borak lagi..

Isteri : Awk.... Baju ni dah pakai belom??
Suami : (Mata tengok TV, tak berjawab.....)
Isteri : Tak pe lah... Sy cakap dengan baju ni......
Suami : (Senyap....Bunyik TV Jek...)

Wuarr...... Sentap, nak nangiss......

Lepas tu tak serik, borak lagi.....

Isteri : Awk baju sy yg ni cantik tak?? Sy dah lama tak pakai tau.... Ngat nak simpan je...
Suami : Senyapp..... Mata tengok TV
Isteri : Cakap dengan baju lagi..... Mata dah berair,Wuuarr....

Terus kemas-kemas simpan baju semua...

Isteri : Ok lah, sy dah gantok.. Nak tido..
Suami : Eh dah nak tido..
Isteri : Awk cakap dengan sy ke??
Suami : Yela....
Isteri : Ooh.... Ngatkan awk cakap dengan TV tadi.. (Muka dah muncong)
Suami : (Gelak-gelak......) Lawa sangat la muncong cam tu......
Isteri : (Terus baring kat sofa..... Kononnya nak teman si suami tengok bola, tapi tertido... Hehe)

Psstt : Aku bola ni boleh la, tak de lah fanatik sangat... Minat sikit-sikit jekk..........



Berpindah..


Assalamualaikum..

Semalam dah selesai sikit angkat barang bagai…Letih sangat,dah ler letih cari rumah, dah jumpa.. Letih nak berpindah randah plak… Redha je la… Petang lepas balik kerja terus ke rumah en husben untuk angkat mesin basuh dan peti ais kat rumah sewa… Husben tanya, boleh ke kita nak angkat barang-barang ni semua berdua je… Aku confiden je jawab, boleh kot… Last sekali mintak juga bantuan member kat opis sorg.. Jadi aku relek je la,haha..Kejam betol…

Lepas hantar barang kat umah sewa baru tu gerak plak ke umah sewa aku, sebenarnya 1 taman je umah sewa aku yg dulu dengan yg baru ni…Hihi… So senang nak berpindah randah… Gi angkat sofa L aku tu dengan mesin basuh… Sofa L tu pon dah penuh belakang kereta, mesin basuh kena 2nd round ler….. Nasib dekat je… Baju-baju suma ngangkut sekali, sian depa mesin dah di angkut… Pasni hempa basuh baju pakai tangan je lar yea sementara nak beli mesin baru… Hehe…. Aku bukan apa, mesin aku ni auto, jadi senang sikit nak basuh…. Mesin en husben manual.. Kang tertido melimpah plak air,hihi….

Barang masih lagi bersepah, gambo pon nan ado… Letih… Huhu… Harap pasni boleh berehat-rehat secukupnya.. Huhu…

Wordless Wednesday

~Akhirnya aku kahwin!!
Tajuk novel Herna Diana...Hehe :)

Berat Bertambah??

Assalamualaikum...

Camni na ni?? Brat aku bertambah kah...Aku dah gelabah ni bila p fitting baju tadi akak tu tanya badan adik naik ke?? Ritu ukur ok je..Ni rasa cam ketat sikit...What?? 
Omaigod...Omaigod....What should i do... 2 minggu lagi je majlis aku ni...... Orang nak kawen nak nampak kurus, aku takkan tak mau nampak kurus... Dah badan sedia maklum membesar dengan sihat.... Takkan tak mau nampak slim.. Ntah la, aku memang tak dapat wat apa.... Lepas kawin agaknya lagi besor lah aku... Ni suma salah awak en tunang, selalu je nak ajak makan... Saya ni tak tahan bila awak ajak makan kepsi atau mekdi..... Saya memang tak tolak, wuarr..... nangis.... Ni lah akibatnya makan tak diet, malam-malam pon haku melantak lagi... Dok rasa perut macam flat dah, tapi kat len masih kembang.......... Apa patut aku wat?? Kang baju kawin tak muat... 

Akak tu siap pesan, adik jangan bagi badan naik yea... Ni akak ukur dah elok-elok......
Terus tak lalu makan nasi, tak lalu makan la selama 5 minit... Lepas tu lupa dan perut meronta-ronta untuk di isi..... Apa lagi, makann...... Hmm, aku dah cuba diet... Lepas makan je aku minum air limau panas, ais memang tak sentuh sangat..... Pagi-pagi sarapan kuih dengan air suam... Air manis-manis aku tak minum.. Tapi hampeh, malam kalau rasa lapar aku cari la sesuatu untuk mengunyah... haha...Tu yang berat tak turun-turun..... Adoii.... Fengsannn.....

~Nampak je penimbang rasa nak marah, macam musuh aku jek sebab jarum dia tak turun pon...Padahal diri sendiri yang salah.. Haha

Tadi sebelum gi fitting baju ada pekerja opis ni teguq, hang nampak besaq la....... Makin sihat, aku terkedu tak tau nak kata apa... Adehh....
Pastu nek keta aku terus tanya en tunang, awak... Sy nampak gemok ke awak?? Saya dah gemuk ke.. Tadi abg mie kata saya nampak gemok....... Camna ni....
En Tunang kata, eh tak de lah... Perut pon tak nampak... Hmm.. Nak sedapkan ati aku latu....

Dah gi fitting akak tu pon teguq baju tak muat, ritu ukur ngam-ngam je....... Wah... feningg......


~Ahh... Takut badan naik masa wedding nanti, tinggal 2 minggu jek..... Wuarr...

Psstt : Camna nak buek ni?? Hari-hari sapu krim halia kat perut pon tak dak perubahan..... Macam mana nak ada, makan tak hengat... Nasib aku ler...... Ni lah masalah orang pompuan..... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

 BabyFetus Ticker