Pixajoy

Pixajoy

Klik-Klik

MARRIED

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

UMUR HAZIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Virgin Coconut Oil - Catalyst

Ok, masuk harini dah 5 hari kot aku makan VCO ni.. Dan..Jeng..Jeng...
v

v

v

v

v


Memang aku dah berani makan ubat (Kantoi takut makan Ubat,huhu) sebab kecantikan punya pasal menguatkan aku untuk mengambil ubat-ubatan.. Pehhh...Yela, muka aku ni berjerawat jek sekarang..Parut jerawat penuh muka, xtau la nak wat cmna..Bila dalam gambaq memang xnampak sangat pastu boleh edit-edit, tapi depan-depan tuan empunya, amek.. Penuh muka haa.....huhu...Jadi aku pon try la VCO ni untuk tengok keberkesanan dan kehebatannya...




2 hari aku makan memang badan lain, berangin jek... Pastu apa aku makan waktu pagi, tengahari, malam mesti keluaq balik semua, tapi sekarang dah ok cket...Mungkin x sesuai lagi dengan badan aku ni.. Hurm... Apa pon sekarang jerawat aku yg baru nak tumbuh dah kecut beb... Tu yang buat aku yakin nak makan sampai habis, kalau ok aku akan order lagi, xmau citer banyak... Meh tengok fungsi-fungsi VCO ni..

VCO - virgin coconut oil atau minyak kelapa dara dalam bentuk soft gel .Kelebihan VCO keluaran Catalyst ialah menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sbg supplement tambahan terutamanya untuk kulit.Ia dpt mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata,strechmark bagi wanita hamil.




Minyak Kelapa Dara/Virgin Coconut Oil(VCO) dapat :
  • Menyegarkan & merawat sel kulit menjadi lebih tegang & elastik 
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim 
  • Bertindak sebagai agen pelincir alami(natural) membunuh kulat,bakteria dan virus 
  • Mengatasi masalah sakit kulit pada kemaluan(masalah keputihan) 
  • Amat baik bagi mengatasi masalah MONOPOS bagi kaum wanita(memperlambatkan proses)
Kebaikan & Khasiat Minyak Kelapa Dara / VCO
Kecantikan Luaran

  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisme badan 
  • Menghasilkan tenaga segera 
  • Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus 
  • melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran UV 
Kecantikan Dalaman

  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental 
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino 
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis 
  • Mengurangkan stress pada prankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh 
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoporisis 
  • Mencegah risiko sakit jantung 
  • Mencegah strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi 
  • Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
  • Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh 
  • Melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim 
  • Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis 
  • Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif 
  • Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate 
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing 
  • Membantu mencegah penyakit hati dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain 
  • Membunuh Virus, Bakteria & Kulat
  • Membunuh Virus (yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes) bakteria (yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea) kulat (yang menyebabkan candida, jock itch, kadas, dan infeksi yang lain) serta membunih cacing pita, lice, giardia dan parasit 
  • Hubungan Suami Isteri
  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang 
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural) 
  • Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit ulit pada kemaluan 
  • Merawat Keputihan 
  • Kesan Segera Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh
  • Melegakan Pernafasan 
  • Melawaskan Pembuangan Air Besar dan Kecil 
  • Meningkatkan Kadar Metabolisma Pada Seluruh Tubuh 
  • Memusnahkan Organisma perosak seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa(cacing) Di dalam Usus Besar dan Kecil 
  • Mengurangkan Keadaan Mudah Lapa 
  • Mengurangkan Kandungan Lemak 
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi 
  • Mempercepatkan Penggantian Sel-Sel Mati 

Maklumat lanjut di laman web Syarikat : http://catalyst2u.net/ target="_blank"

Produk Malaysia, Halal

Cara pengambilan, 

telan 2 Biji Sehari, 1 siang, 1 malam, bersama air kosong

Kalau Untuk sapu di muka, cucuk kan hujung bucu 1 kapsul dgn peniti halus, dan sapukan ke seluruh muka.. lebih2 minyak tu, boleh sapu2 sikit denkat mane2 yang ade strecth mark atau parut k :)



VCO Catalyst In Paper




Psstt : Maklumat ni aku ambil dalam Blog Nie dan dia pengedar..Kalau nak order leh lawat blog dia..
Harga VCO ni RM39.90 xsekali post..

Aku makan ubat ni petang jek mesti aku ke toilet, proses jek perut aku ni...Hihi...Sapa yang ada masalah-masalah kat atas tu boleh la cuba ek..

Nur Kasih The Movie Vs Pirates of The Caribbean


Tajuk entry xleh blah,haha... Kasi gempak cket ok..

19 Mei adalah tayangan umum Nur kasih the Movie dengan Pirates of The Caribbean : On Stranger Tides, jadi aku pon bercadang nak tengok Nur Kasih malamnya khamis tu, tapi kat Kedah segala hiburan hari khamis malam jumaat mmg xdapek la yek..Semuanya ditutup, harap maklum..

Jadi semalam (Sabtu) aku dapat juga tengok citer Nur Kasih, sekali gan Pirates of The Caribbean aku layan.. Dua movie sekali gus, tamak x?haha...

Ok,ok..Nur Kasih pukul 8.15 pm, lepas magrib terus bertolak dari umah.. Tapi sampai lambat gak, 8.30 baru sampai, terlepas la 15 minit tayangan, xpelah..nak wat cmna..Huhu..Ramai juga yg tengok movie ni, berpusu-pusu, (mcm la aku nampak, padahal sampai lewat semua org dh msuk pn..Kuang..Kuang..) Yela, dalam panggung tu penuh kot, berpusu-pusu la tu kan.. (*__*)

Citer dia leh tahan la, nak kata sedih aku xnangis pown, tapi aku ada dengar org dok sok seh sok seh gak, nangis latu, hehe... Romantic??romantic tu ada la antara Adam gan Nur Amina tu, peh..Gatai ek,haha...Bagi aku citer dia bes la juga, bleh tahan, tapi xleh tanding  Pirates of The Caribbean, bukan aku xsokong filem melayu. Lain org len pendapat kan.. Jadi sapa yg dh pi tgok tu bagi-bagi la pendapat ek atau aku yg xpandai menilai??

Nur Kasih The Movie
~Romantik kan..hehe

Nur Kasih The Movie
Gambar dari : www.ohbulan.com

Lepas habis tengok Nur Kasih, dalam pukul 9.45pm.. Nak tengok Pirates of The Caribbean plak kul 10pm, rupanya dalam panggung yg sama juga.. Kuar masuk balik jek, cuma seat je dah berubah.. Walaupun aku dah menguap sampai berair mata aku ni, bes jugak citer dia..Hehe..

Psstt : Citer KONGSI pon dah nengok, boleh tahan la...Ending dia je cam xbape best sangat.. Lawak dia memang pecah perut gak, Shaheizy Sam memang sempoi..


Kerisauan


Assalamualaikum..

Kerisauan??Sebab??

Sebabnya badan aku yg selim melim dulu dah xmaintain lagi akibatnya aku yg suka makan, makan dan makan je apa yang aku suka, akibatnya badan mendadak naik.. Wuarr….Cmna nih??

~Zaman kegemilangan..Eh, zaman selim melim la ..hehe
*(Berat 58kg)

Sebenaqnya berat aku dulu pon memang 62kg cmtu la dengan ketinggian 165cm, dari study lagi, kalau ukur BMI pon kategori ‘Healthy Weight’ lagi.. After that, berat aku turun tgal 58kg, berat ideal bagi ketinggian 165cm aku tu.  Memang nampak sangat aku kurus masa tu, pipi yg chubby nampak cam tulang jer, semua orang peliks kenapa aku berlainan. Lepas abis study memang aku kurus, mybe aku terlalu letih dengan kerja.. masa tu keja kilang jek sementara nak dapat keja lain, 2 bulan aku turun 4kg tanpa makan apa-apa ubat kurus pon, bayangkan lah..huhu..Bes2…Baju lama-lama jadi muat, boleh pakai..Tapi sekarang kena beli baju lain dah, sebabnya berat dah kembali seperti dulu.. Boleh x nak balik berat 58kg tu??Huhu….Wuarrr……Memang la aku tinggi, berat 62 tu pon xnampak gemuks… Tapi baju dah xmuat, peha pon jadi sendat..Cmna nih, dah sekarang ni mlas senam..Makan, makan jek…Gambo terbaru dalam Pesbuk pon depa teguq awat chubby, gemuks, tembam dan seangkatan dengannya..

~Tahun Lepas, bulan 8.. Selim melim lagi..huh..

Adoii….Ni dua ari cuti balik Kampung melantak, membaham nasi x hengat… Memang xdak harapan nak kuruih cam dulu balik, pastu semua teguq nampak berisi jek sekarang, senang hati la semua ada kat depa..Yela, sekarang aku xmakan hati dah, tu yg chat, aku makan cokelet banyak sangat..haha.. Boleh macam tu?? Xkan nak kena makan hati lagi, confirm kuruih la…Memang kalau makan hati ni, makan pon xlalu asyik pikir ja, pastu makan juga, tapi selera kurang.. Dah la, biaq la aku chat cmni.. Janji hati aku xsakit,ok??

~Terbaru, tengok lengan gan pipi membesar dengan chat..Wuarr..

Tapi apa pon aku kena maintain balik berat aku, bukan apa.. Baju, seluar dah ketat la,xkan nak beli yg len, dah tu untuk kesihatan aku juga.. Nanti obes plak kan bahaya… Aku pon xtau nak ikhtiar cmna lagi bagi maintain balik, tapi tu la..Dulu berat aku naik turun, naik turun jek… Sekarang naik xturun2 dah pa..Hahaha.. Adusss….Runsing betoii.. Nak cuba ubat diet memang x la…Xberani, lagipon aku nak makan ubat memang payah cket la,hehe...

Psstt : Berat sekarang 62++, wuarr….Nak maintain balik..Tekanan…Haha..Hoho..

10 PETANDA MENGENALI JODOH





Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



Psstt : Sharing is Loving kan, meh la kongsi sama-sama ea..

Selamat Hari Ibu

When you feel you are alone in the crowd,
When you think No.1 can understand you,
When your love is rejected by others,
& when you hate your Life,
Just close your eyes, & see, her face who loves you
more than any 1 else,
who care for you in loneliness,
& dies when you cry.
She is no 1, but your sweet loving mother.
Love your mom first and always. 

Saya Sayang Mak saya.... Love u mom and Wish u happy Mother's Day..
You are my Mother, My friend too..
Mmuuuaahhhhh.............

~Love U Mom....Mmuaahhh

~With Mama


~Mama diapit oleh anak2 perempuannya.....


Psstt : Bagi Hadiah 2 helai tudung kat Mama, tapi 2,2 dia xberkenan....Sob, Sob..xpelah.... (Aku xpndai pilih yg lawa2 kot atau aku pilih yg berjiwa muda, wuarhaha..Ptut mama xbrkenan) 

Selamat Pengantin Baru Sarah & Ayob

~Cantik

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Puan Sarah dan Encik Erfizal atau nama lainnya ialah Ayob @ Epy (Skema plak,huhu) kerana selamat berlangsung satu majlis yang meriah dan gilang gemilang..pehh..Hehe..

Apalagi, aku diarahkan menjadi pengapit untuk kedua-dua belah majlis yang berlangsung pada 30 April (Belah Perempuan) dan 1 Mei (Belah Lelaki). Last minute baru gtaw nak aku jadi pengapit, kalut tanya la nak pakai baju kaler apa, pengapit laki pkai kelabu..Aku pun cari punya cari baju kelabu kt beberapa kedai xdak gak, aku mmg xdak stok bju klabu, last pakai htam je la, tdung aku cari la kelabu.. Hurm, nak wt cmna kan …
Pagi2 lagi kami dah bangun, bersiap2, mekap2, touch up2 bagi comel cket.. Pkul 9 pagi  dah de kat rumah pengantin perempuan pastu terus bawa pengantin ke tempat mekap, kat Bukit Jambul nuu, tu diaa… Dalam pkul 11.30 siap, gerak balik rumah dan tunggu pengantin lelaki mai..

Aku nervous gak beb, kenapa..Maluu la xtau pasaipa, padahal brapa kali dah dok jadi pengapit, tapi aku besa ar.. Maintain cool dan relaks, dalam hati dup dap gak..Haha

                               ~Ni time Akad Nikah, tapi aku xpi sebab still keja..Huhu
~Cantik..Dua-dua mekap ni cantik walaupun tempat lain2
Yg kiri tu mekap dekat Bukit Jambul kot,Yg kanan tu mekap kat Sg Petani, depan Central Square..Natural jek nampak..


~Kami Pengikut yang Setia,hehe




~Sani gan Gurlpren dia..Amek berkat ke,hehe..

Lepas belah perempuan, keesokannya kami menegekoq lagi untuk belah lelaki.. Yelah, aku kan pengapitnya.. Mesti la ada..Hehe

~Ada jek muka kami bertiga, hehe.. 
(Kechubby-an aku terselah disitu, wuarr)

~Setia menunggu (^___^)
~Pengapit yg over, PeAce.. (*__*)

~Time ni aku yg bawa pengantin, tunggu rombongan perempuan mai kat depan GIANT Sungai Petani..Risau gak bawa pengantin kan, yela aku kan xde lesen..Ehh...Aku kan jarang drive keta, selalu aku merempit jek..Hehe.. Alhamdulillah selamat juga sampai.

~Siap sedia, rombongan dah sampai nii....

~Akak sarah dan anak buah si kembar, semoga sarah dapat anak kembar gak..Hehe





~Cantik view kat sini..
Jetty titi Semeling.. (Nanti aku kawen nak photoshot sini gak,hehe

Psstt : Baru dapat publish entry ni.. Biasa la, bz katakan..hihi.. Iye lah tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

 BabyFetus Ticker