Pixajoy

Pixajoy

Klik-Klik

MARRIED

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

UMUR HAZIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Bercuti at Langkawi

Hurm.... Walaupun aku ni orang kedah, ni kali kedua aku jejak kaki kat langkawi.. 1st time masa aku darjah 4, tu pun kecil lagi..Xingat sangat..Pi gan family amek akak aku masa tu baru abis sekolah teknik kat sana, sambil-sambil tu kami bercuti sekali la...

Camna aku boleh nak pi Langkawi ni ek?? Sebabnya aku teringin nak mandi laut dan nak naik Gunung Mat Cincang, tengok dalam gambaq cantik je view dia,Pastu ada member ajak plak..Dia keja kat sana..Lagi berkobar-kobar la aku nak pi..Apalagi, dapat gaji je jumaat pagi tu terus aku pi..Tapi pi sorang-sorang,hehe...Xpa, jumpa member kat sana.

Pukul 7 pagi aku bertolak dari umah, nak naik feri awal... Sampai kat Kuala Kedah terus beli tiket, feri gerak dalam 8.30, Tapi feri kat sini kul 7 pagi dah ada sampai kul 7 malam..Kira ok latu, harga RM23 untuk one way..Pi balik dalam RM46 juga la, kalau naik dari Kuala Perlis murah sikit dalam RM18, tapi jauh pulak aku nak pi kesana.. Baik naik kat Kuala Kedah je, 45minit dari umah aku ..Penginapan?? Transport?? Hurm... Member aku kat sana yang uruskan,tu yang aku ok je pi sorang-sorang..hehe

Dalam kul 10.30 aku smpai la kat Jeti Kuah tu, terus calling2 sarah..Dia kata de kat umah lagi, 15 minit camtu la dia sampai.. Tunggu la aku kat jeti tu, cangak(Bahasa kedah ni) sorang2 xkenal sapa2..huhu..

1st sampai, aku dah ajak pi gunung mat cincang.. Apalagi, terus je pegi..Tapi dah sampai situ, sedih la..ari tu xdapat nak naik sebab kabus tebal..Jadi kami dok tunggu kat bawah je la..Ada taman harimau and taman arnab, bagi arnab makan..comel2 jek..

~ Lapaq arnab2 ni, huhu..

~Mai sini serbu kat aunty sarah, hehe

Akhirnya tetap xdapat naik juga Cabel Car tu,huhu.. Sarah cakap esok kita mai lagi ek.. Kita ambil no fon aweks kat sini,hehe.. Ok lah, kita pi jalan2 kot lain dulu..

~Lepak kat sini,cantik view dia...


~Pose kat Dataran Lang


~ Air Terjun Temurun

Setelah penat berjalan seharian,pi Air Terjun Temurun, Pantai Tengkorak, makan laksa tepi jalan yang boleh tahan sedap juga la.. Pantai Chenang,hurm...Xingat dah pi mana lagi..huhu..Banyak tempat juga la berjalan, Underwater world xmasuk pun sebab dah pernah masuk masa pi kecik2 dulu tu...Malas dah nak masuk,
Last sekali pi Dataran Lang. 

Malam kami pi makan dekat restoran Bamboo, makan tomyam, sedap juga...Tepi laut, bes je dengar air laut..nak mandi tapi x kesampaian...Wuarr..Lepas makan pi Karaoke kat Billion kot..Wah,padat dengan aktiviti yang bermacam2,xsia2 aku mai..Tapi kalau ramai2 lagi meriah kot,hee

Pagi tu awal2 lagi dah bangun, nak pi Cabel car.. Akhirnya tercapai juga hasrat aku nak naik Gunung Mat Cincang,bes..Tapi kena ada keberanian nak naik Cabel Car tu k..








~Boleh Skodeng,hehe


~Tinggi.. Permandangan dari atas Gunung

Setelah puas pusing2 Pulau aku pun bertolak balik,huhu..Sedih..macam nak dok lama lagi la kat situ..Bes,xmandi laut lagi pon...Xpelah, nanti mai lain... Sebelum balik tu beli coklat dulu, jangan lupa ole2.. 

Aku naik feri last sekali kul 7 pm, dah naik feri.... Apalagi,mengeruh la sebelum smpai..hehe.Ngantok and letih la beb..(Agak2 orang sekeliling perasan x,ahh..lantak le.huhu)
Kul 8.30 pm aku pun sampai la Jeti Kuala Kedah, terus pecut balik rumah...Huh.. Sampai rumah dalam kul 9 lebih..Letih2, esok pulak keja...So tidoo!!!


Apa pun aku Enjoy!! Thanks to Sarah and someone coz bawa cik aten jalan2..
Horayy!!










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

 BabyFetus Ticker