Pixajoy

Pixajoy

Klik-Klik

MARRIED

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

UMUR HAZIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2nd Pregnancy

Assalamualaikum..

Dah lama tak menulis kat sini, tetiba dah 2nd pregnancy.. Alhamdulillah, haziq bakal jadi abang... Di usia haziq setahun 8 bulan aku disahkan mengandung untuk kali kedua. Memang dah plan nak bagi adik ke haziq dalam tahun ni, tak sangka rezeki datang awal.

Pregnant kali ni macam tak banyak sangat alahan, lepas je dapat tau aku pregnant, yang masalah mcm haziq dulu adalah selera makan lah, kelaut semua.. Makan pon kadang tak berapa lalu, nak yg terlintas kat kepala ja..Ayam memang tak leh masak, sebulan juga la tak beli ayam.. haziq pon makan ikan je hari-hari.. Nasib la dia ok.Muntah-muntah tu ada, tapi kurang sikit dari mengandungkan haziq dulu.. Ok lah, sekarang dah masuk 4 bulan. makan pon dah makin ok, boleh masuk semua dah, muntah pon tak ada sangat, jarang lah...

Preggy kali ni aku check up dekat Alor Setar, almaklumlah dah stay sini..Hmm, agak tak seronok check up dekat sini..Haha.. Bukan apa, masa stay kat tikam batu dulu check up dekat klinik desa ja..Jadi tak crowded mcm klinik ibu anak kat sini, punya lah ramai orang, bila ramai tu lama lah nak menunggu.. Haziq suh abah dia je la jaga kt umah, dok umah senang sikit, bawa kang berlari-lari dia, penat ok nak jaga budak aktif tu, dah la lama nak tunggu, mengamuk plak..Hehe.. Baru ni cek aku pi sorang jek, tu pon 3 jam lebih oii tunggu.. Sabaq je lah, dulu plan nak cek kat private ja..Tapi tu la, macam bajet plak..So gi je la klinik kerajaan..

Ok tu je lah kot dapat coret, dah lama benor tak mencoteng blog ni, harap ada lah enntry lain yg akan menyusul. bubye...

Haii semua, sy nak jadi abang dah.. :-)

Psstt : Due date inshaALLAH awal bulan 9, diharapkan kuaq hari merdeka pon ok juga..Hihi...

Blog Bersawang

Assalamualaikum

Lamanya rasa tak hupdate blog, tetiba windu plak tittew....Terus gedik....Hehe...Tak tau nak update apa sebenarnya, sekarang ni asyik update dekat fesbuk, instagram tu je.....Almaklum la mak hencik tak pandai nak berbicara panjang lebar macam orang lain....Merepek meraban boleh ler...Hehe...

Pasni kalau update pon maybe pasal family dan anak saja.....Anak teruna ku dah setahun 3 bulan....Cepatnya dia membesar, seronok tengok dia membesar depan mata...Ramai yg bertanya bila nak tambah, dah boleh tambah dah ni..Yea...Sabar semua, ada rezeki kita akan tambah...Sekarang tunggu haziq berhenti susu badan dulu...Baru boleh fikir.... Ok..Daaa..

Blog Update

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog...Harini 1 Disember 2013, genap lah 7 bulan aku sebagai suri rumah sepenuh masa, kalau tak kahwin lagi jadi pengangur lah aku..Ni dah kahwin jadi suri rumah saja, anak pon dah 6 bulan setengah, kejap je rasa masa berlalu... Hujung bulan 9 ritu ada juga dapat keja, tapi teringatkan anak tak jadi lah nak pi keja, lagi pun Muhammad Haziq full breastfeeding macam susah plak nak tinggal, sebab depa telefon suruh pi keja esoknya...Kalau minggu depan ke sempat la aku train Muhammad Haziq dengan botol ke kan, sempat juga aku wat stok susu...Nampaknya bukan rezeki aku untuk bekerja lagi, mungkin ada hikmah kenapa aku masih tak kerja, dan habis kontrak sebelum aku bersalin hari tu dapat juga aku bf Muhammad Haziq sampai lah sekarang, walaupun mula-mula lahir memang ada juga campur susu formula, maklumlah tak reti lagi..Sekarang memang bagi susu badan sepenuhnya..Memang jimat banyak lah untuk susu, dah la susu mahal, lagipon susu terbaik adalah susu ibu...Alhamdulillah harap dapat menyusu sehingga 2 tahun..Tapi tak tau lah camna kalau dah bekerja nanti, sebab aku ni tak rajin nak pam susu, harap dipermudahkan lah nanti..

Muhammad Haziq sudah 6 bulan, dah pandai golek golek, angkat punggung, dah pandai merajuk, dah makan bubur, puree....Time makan memang sangat suka, senang sangat nak makan, menyusu masih seperti biasa, malam malam 2,3x nak menyot nyot bru leh tidoq lena....Haha..

Psstt : Mama gan abah sayang kamu sangat sangat, semoga kamu menjadi anak yang soleh, bijak, hormat orang tua-tua, rajin dan macam-macam lagi lah...Mmuaahhh

Makanan seharian

Assalamualaikum..

Boleh dikatakan setiap hari lah aku makan sayuran ni iaitu sayur sawi putih dan juga lobak putih sebagai milk booster, ingat lagi masa mula mula makan lobak putih tu, seminggu terus cik b bengkak dan demam..Haha....En husben la yg rajin belikan ni mentang mentang la isteri dia tak keja kan, pastu nak ada kesayangan kami tu kenyang dengan susu yang banyak..Alhamdulillah setakat ni susu masih lagi mencukupi buat muhammad haziq..Rasa seronok sangat dapat bf baby ni..Maybe ada hikmah kenapa aku tak keja dah dan kontrak pon habis elok elok ja aku nak bersalin, huhu....
Ok lah sesapa yang mencari petua nak banyakkan susu ni boleh cuba makan lobak putih dan sawi putih ni, masak macam sayur biasa ja...Tapi lobak tu agak pahit la sikit.. InsyaAllah susu melimpah ruah, bersama sama lah kita berusaha yang terbaik untuk anak kita..

Menyusu bayi ketika demam

Assalamualaikum...
Disini aku ada terbaca mengenai menyusu bayi ketika ibu demam, alhamdulillah..Kita masih lagi boleh menyusu..Aku konsikan info ni dekat sini...

Biasanya ibu mendapat demam apabila dia dijangkiti oleh sebarang patogen seperti virus, kuman, ataupun parasit. Namun, jangkitan yang paling biasa dihadapi adalah jangkitan virus dan menyebabkan ibu menghidapi demam selesema ataupun ‘flu’. Seringkali ibu yang menyusu tertanya – tanya samada bolehkah dia terus menyusu apabila dia demam? Adakah susunya turut dijangkiti oleh virus itu dan meresap ke dalam bayi melalui susu ibu itu? Jika dia mengambil sebarang ubat demam, adakah ubat itu akan masuk ke dalam susu ibu dan bolehkah dia meneruskan penyusuannya ketika ubat itu diambil? Dan yang paling penting, Persoalan demi persoalan ini menyebabkan ada sesetengah ibu yang memberhentikan terus penyusuannya kerana dia risau akan kesihatan bayi yang disusuinya. 

Paras antibodi di dalam badan ibu akan meningkat secara mendadak dan sebahagian daripada antibodi itu akan turut berkumpul di dalam susu ibu. Ini kerana saiz antibodi yang tersangat kecil membolehkan ia meresap ke dalam susu ibu. Seterusnya antibodi dari ibu itu akan turut diterima oleh bayi apabila dia menyusu. Dengan ini, bayi tersebut turut mendapat perlindungan dari virus yang menjangkiti ibunya melalui antibodi yang dihasilkan oleh ibunya sendiri. Tambahan pula, saiz virus yang besar tidak memungkinkan ia untuk meresap ke dalam susu ibu dan virus itu tidak dapat menjangkiti bayi jika bayi itu mengambil susu ibu. Dengan itu, kita lebih menggalakkan seseorang ibu yang mengalami demam untuk terus menyusukan bayinya. 

Sebaliknya, bagi bayi yang tidak menyusu susu ibu, dia lebih berisiko untuk mendapat jangkitan yang sama kerana susu lain tidak mengandungi sebarang antibodi untuk melindungi bayi tersebut. Bayi yang masih kecil dan lemah itu masih tidak mampu untuk menghasilkan antibodi mereka sendiri kerana sistem imun mereka yang belum matang. Penyusuan susu ibu ketika ibu demam dapat membantu bayi untuk meningkatkan sistem imunitinya secara tidak langsung.

Satu faktor penting yang perlu diambil perhatian adalah untuk ibu menjaga kebersihan dirinya ketika dia demam. Ibu perlulah menutupi mulut dengan tuala atau tisu yang bersih ketika batuk ataupun bersin. Seeloknya ibu hendaklah membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun pada setiap kali dia menguruskan bayinya seperti ketika menukar lampin, memberi susu dan juga menidurkan bayi. Ini penting untuk mengurangkan risiko transmisi secara terus virus tersebut dari ibu ke bayi.

Sesungguhnya, jika ibu demam, bayi yang menyusu susu ibu adalah lebih selamat berbanding dengan bayi yang tidak menyusu susu ibu.

Info kat sini

Sunyi Sepi

Assalamualaikum...
Dah lama rasanya blog ni sunyi..Malas ok nak menhupdate blog, haha... Tapi tak mau kalah nak jugee ada belog...Walaupun dah tak keja sekarang ni, tapi rasa bizi...Bizi hal-hal rumah, bizi uruskan anak..Pasal anak pon tak hupdate dalam ni pon.Ada je dalam draft tu mengarang tak habis lagi..Ok lah..Nantokk..Doakan aku dapat keja baru..

Bubye... :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Running Man

Assalamualaikum....

Sapa layan citer ni? Sapa tengok angkat ibu jari? Sapa yang layan memang tak rugi, aku sampai cari balik episod yang lepas-lepas nak tengok...Memang best, rancangan realiti TV yang sporting gilerr..Eh, dia realiti TV ke?Haha....Lebih kurang lah kot..

~Suk Jin (Big Nose), Jong Kook (Harimau a.k.a Lelaki Penguasa), Kwang Soo (Zirafah), Jae Suk, Ji Hyo & Gary (Monday Couple) & Haha

Aku gan suami memang dah fanatik la rancangan ni, sebab BESTTT.. Dengan lawak depa yang spontan boleh memecahkan perut aku ni...Cian baby dalam perut..Hehe.

Kami pon stat layan tahun lepas, dalam bulan 11 camtu lah dekat Astro ONE HD... Tak tau lah dah berapa lama tayangan dekat channel tu, tapi kami baru je nak melayan..Hehe..Lepas tu terus jatuh hati, en suami pon terus pasang dekoder untuk merekod.. Tak payah lagi nak tunggu sampai lewat-lewat malam semata-mata nak tengok rancangan ni...Rekod je, nanti boleh layan sesama.... Rancangan ni dah dekat 3 tahun juga la, tu aku cari balik episod yang lepas-lepas...Dulu ada dalam 8 ke 9 juga geng, sekarang ni tinggal 7 orang yang ada setiap minggu..Yang len semua tetamu jemputan...

Aku paling minat dekat Joong Kook, walaupun mata dia sepet tapi dia cute...Hihi.. (Sok mata anak aku sepet tak tau lah). Lepas tu Gary, dia sangat comel bergandingan dengan Ji Hyo pada setiap hari isnin. Suka ngusik-ngusik dan gaduh dengan Ji Hyo..Tapi sweet..Hehe.... Ok dah, jom layan citer ni sesama memang funny.... =)

~Gary dengan Ji Hyo yang Sweet..



~Monday Couple

Psstt : Agaknya bila depa nak mai Malaysia plak ea?? Ngee....

Panggilan Anak kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum..

Chewaahh... Sekarang aku dah terfikir nanti nak anak aku panggil apa kat aku gan en husben...Hmm, aku pon tak tau sebenarnya nak bahasakan diri apa, walaupun baru 3 months preggy.. Tapi selalu juga nak bahasakan diri ni apa, kadang-kadang ada cakap gan baby sebut mama & papa.. Hehe...


Ini antara panggilan yang biasa di gunakan untuk panggilan kepada ibu & bapa :

Mama & Papa ( Panggilan ni popular sekarang)

Mama & Abah (Panggilan aku kat orang tersayang aku adalah mama & abah)

Mama & Baba (Pak ndak aku anak-anak dia panggil baba)

Ibu & Ayah / Abah ( Akak² aku guna gelaran Ibu & Abah)

Mak & Ayah / Abah ( Panggilan ni pon popular juga)

Umi & Abi ( Panggilan ni baru solehah. Macam nak guna panggilan ni je, tapi kalau tukar kepada mama & abi ok tak? =) )

Umi & Walid ( Panggilan ni pon solehah juga )

Mummy & Daddy ( Dengar cam mat saleh sikit, haha.. Tapi mummy tak elok sebab maksud dia hantu kubur, esok anak dok panggil hantu kubur, hantu kubur.. Ooh, serammm....)

Bonda & Ayahanda ( Macam kerabat di raja je, dulu kat sekolah member aku panggil mak dia bonda, bes je dengar.. Hehe)


Menurut seorang ustaz, panggilan terbaik adalah Umi & Abi kerana panggilan ini di gunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Ragam semasa Mengandung

Assalamualaikum..


1st sekali tau kata mengandung je, terus badan rasa lain je, selera pon lain macam je, tengok makanan pon tak lalu, tapi lapaq giler... Dan demam pon terus melanda, lepas demam lagi tak berselera, berat dari 73kg, jadi 70kg... Ok, memang berat kan.. Wuarr, lepas kawin berat aku memang 70kg ok, lepas tu selera bertambah terus jadi 73kg....Lepas demam terus berat tinggal 70kg... Sian baby sebab aku tak leh nak makan apa-apa, langsung tak de selera... Tapi perut lapaqq ooo... Makan buah je boleh, ni lah keadaan aku masa 1st trimester.

  1. Nasi memang tak lalu langsung, tapi paksa juga makan walaupun sikit.. Tapi nasi impit laju je aku makan & bubur nasi aku leh terima.
  2. Nasi bungkus, nasi lemak adalah tak boleh, bau pon nak muntah...Pagi-pagi sarapan kuih je.
  3. Makanan macam bihun sup, bihun goreng boleh di terima.
  4. Tak mengidam sangat, tapi kekadang lapaq kena amek feel dulu nak makan apa.. Kalau men beli je memang aku tak makan ok, dasyatt...
  5. Nak masak pon tak de mood, kekadang je masak....Nasib husben boleh masak, masak sendiri lah dia...Hehe.. Sebab aku memang tak lalu nak makan pon, setakat masak nasi je untuk husben.
  6. Rumah berselerak, nak kemas je terus rasa mengantuk..Haha.. Balik keja, makan, mandi, solat..Terus rasa nak tido, sangat letih dan mengantuk..Kul 9 dah pengsann.
  7. Rasa loya lepas makan, tahan...Tapi lepas tu bluerrkk.... Keluar apa yang di makan. Kadang-kadang tak dak apa pon nak muntah juga, senak juga la perut ni..
  8. Kalau gi shoping barang-barang umah, atau jalan-jalan tengok barang, confirm aku cepat rasa letih.. Maybe sebab berat badan aku kot, balik rumah tak sempat tukaq baju aku dah terlelap depan TV. Kat depan tu memang ada toto siap-siap untuk aku landing, kul 12 baru en husben kejut masuk bilik. Dia tengok tv sampai lewat malam..Huhu.
  9. Nak membuang memang sangat lah susah, sembelit ok.... Sebelum pregnant hari-hari mesti membuang, sekarang punya lah susah... 2,3 hari sekali.. Makan betik pon sama je, kena cari ikhtiar lain ni.. Wuarr....
Ok, itu je la kot yang aku ingat masa 1st trimester mengandung... Hmm, lain orang lain ragamnya kan??



Keputusannya...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, rezeki dari Allah S.W.T....  =)
Usia kandungan dah pon nak masuk 11 minggu, buku pink pon dah buat.. En husben la asyik tanya bila nak gi wat buku, hehe... Tengok sale  baju baby pon ajak beli dah, hihi..Comel jek..Excited la tu...
Doakan kandungan aku ni sihat dan membesar dengan baik yea...

week_11

~ Ni usia 11 minggu, kecik je lagi.... Tapi perut aku dah cam 4 bulan mengandung je,hihi... Ni mesti buncit+lemak+baby.... Jadi lah 4 bulan, padahal baru je 2 bulan lebih..Huk huk...

Psstt : Due date aku hujung bulan 5, dalam 22 mei.. Kalau kuaq 26 mei pon ok juga... Leh anniversary sekali, hehe..... Dan aku harap sempat la aku final exam tahun depan sebelum baby kuar... Harap dipermudahkan segalanya...

Selera Makan Bertambah

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ni aku peliks.. Sebab aku asyik lapaq je, nak makan, nak makan.. Heran gak aku.... Aku pon layankan je la perut aku ni, lepas tu aku tengok ija makan jeruk pelam, terliur tahap teruk terus cakap nak sikit...Haha....Nikmatnya bila makan, lepas tu rasa nak makan sup ayam, nak cicah buah dengan kuah rojak.... Aku rasa mesti ada yang tak kena dengan diri aku ni.. Dah la period pon dah lewat seminggu, tapi en husben cakap awal lagi... Aku memang nak beli dah pregnant test kat Guardian ari tu.. Tapi malu laks, haha... Serius aku tak pernah beli, so aku tengok je la... Dah tu aku rasa perut aku ni semacam je, bila sarung seluar pon rasa cam ketat dan mengah je....

So, aku cakap kat en husben.. Period dah lewat seminggu, sebelum ni tak de masalah pon.. Tertarik-tarik je nak beli pregnant test tu.... Kalau tak beli kita tak tau, nanti aku jadi tertanya-tanya je.. Lebih baik aku tau result dia awal... Daripada kecewa dok mengharap kan, so kami pi beli kat farmasi.. Balik umah terus rasa nak 'wii wii', hihi.....

Aku dengan perasaan berkobar-kobar terus la wat test.. Dan keputusannya???
-





-






-







-







-







-







-







-







-






-






-






-






-






-









Hmmm.... Nanti akan aku kongsikan di sini... Hehe, saja wat suspen cket.....


Letih

Assalamualaikum..

Letihnya rasa bila memikul tanggungjawab sebagai pekerja, isteri dan juga seorang pelajar... Aku harap aku mampu bertahan... Letih bila mengenangkan setiap minggu terpaksa ulang alik ke Jitra yang jauhnya lebih kurang 90 km. tapi nasib baik lah 2 hari je.. Minggu lepas kena stay kat sana sebab ada projek studio yang perlu di bentangkan, sampai tak tido malam.. Tinggal lah suami aku kat rumah sesorang, demi segulung diploma kena lah aku terima. Nasib baik setahun je, harap aku dapat bertahan. Letih sebab aku ni bekerja, balik rumah nak kena uruskan hal rumah lagi, kadang-kadang terbiar juga hal-hal kat umah, nasib baik lah en husben memahami.... Dia lah yang basuh baju sendiri, tolong sidaikan baju.. Aku memang dah tak larat dah, asingment menimbun nak kena setel... Tak cukup tido tu memang hal wajib dah dalam diri aku ni, kadang-kadang sampai tertido kat ofis, ada juga mulut-mulut yang kata macam-macam bila aku tertido kat meja, tapi aku sabarkan je lah.. Depa tak faham keadaan diri aku, takkan aku nak marah.. Pekakkan je telinga ini...Tak tau la kalau mengandung time sekarang ini mampukah aku bertahan??
Harap dipermudahkan semuanya....

Psstt : Ooh...Kepalaku sudah pening...........


Ingat senang ke nak mengandung??

Assalamualaikum...

Hari ni tetiba aku emosi... Ntah la, kebelakangan ni memang aku agak emosi sikit... Kalau en husben dok kondem aku ja mesti aku masuk tido awal pastu nangis, hahaha...... En husben memang suka sangat nak kondem aku, bukan nak bagi semangat ke apa... Sakit gak hati aku, sabar je la... Suami kan..


Ok, aku dah berkahwin hampir 4 bulan..... Sepanjang perkahwinan kami bukan tak cuba, sapa yang kawin tak mau ada anak kan.... Anak kan adalah rezeki dari Allah S.W.T yang tak ternilai...  Tapi rupanya bukan senang nak mengandung, tak pe.. Kami cuba, dan sakit hatinya orang sekeliling tak kan faham keadaan kita bila asyik tanya soalan tak mengandung lagi ke?? Tak rasa nak ada anak ke?? Lambatnya hempa ni?? Sakit hati kan... Tapi tu la, depa tak faham kita... Jadi pekakkan telinga je, kalau terjadi kat diri sendiri baru depa akan faham.. Aku dulu pon sebelum kawen selalu juga tanya member yang dah kawin, dah ada isi ke belum?? Rupanya soalan tu sangat sensitif ok.... Kecuali lah dia dah betol-betol berisi... 
Hmm, aku kalau orang tanya aku jawab tak de rezeki lagi, saya pon tak tau.. Tu semua rahsia ALLAH S.W.T... Tu je la yang jawapan yang aku ada..

Aku dulu sebelum kawin target nak terus mengandung, tapi lepas kawen pregnant test pon tak pernah beli sebab bendera jepun akan naik tepat pada waktunya, so tandanya gagal... Tapi tu la, rezeki untuk ada anak ni akan sampai.. tapi cepat dan lambat je kita tak tau... Tu semua rahsia ALLAH S.W.T.

Ada yang dah BerTTC hampir 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun pon ada....Yang penting berdoa... Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang jadi.. 

Psstt : Tengok Cik Puan Aida sedang berusaha untuk mengandung, semoga berjaya my frends, banyakkan berdoa yea... Dan tahniah kepada akak gojes neena, sebab dah berjaya mengandung setelah hampir 6 tahun berkahwin.... Jaga kandungan baik-baik yea..... Besnyaa.. =))


15 Anugerah Perempuan Yang Allah Berikan

Assalamualaikum...

Nak share info yang aku dapat dalam internet.. Jom kita baca..

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.

Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15“Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.” 
Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Teringin

Assalamualaikum...

Aku teringin sangat nak menjejakkan kaki kat tempat ni, teringin sangat bila tengok gambar-gambar kat tempat ni yang super duperrr cantikkk.......

Lepas tu bila asyik baca blog akak ni yang stay kat Jeddah buatkan aku teruja sangat nak pi sana, harap suatu hari nanti aku dapat menjejakkan kaki kat sana.. Baca blog akak tu pon dah buat aku rasa macam dok kat sana... Bes sangat.... Jom tengok gambar-gambar yang watkan mata kita ni sejuk je memandang


~SUBHANALLAH... TEMPAT NI SANGAT CANTIKKKKKKK................











Rezeki bulan ramadhan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..... Pagi tadi lepas sahur en husben ada menghulurkan sesuatu kat aku, terkejut juga aku, sebab boleh tahan juga apa yang dia hulurkan tu... Tapi aku dengan hati yang riang ria terimanya dengan rasa gembira, rezeki aku di bulan ramadhan... Dapat juga aku bagi kat mama dan abah kat kampung, terima kasih banyak-banyak suami ku sayang..... ^_^

Harap kita sentiasa di murahkan rezeki olehNYA... Amin..



Ramadhan Tiba Lagi

Assalamualaikum...




Alhamdulillah... Hari ni hari ke dua umat islam berpuasa, hari ke dua aku berpuasa sebagai seorang isteri..... Masih lagi menyesuaikan diri untuk bersahur, berbuka dan berterawih bersama en husben... Hehe... Sebelum ni semua dengan kengkawan jek, sekarang apa pon semua dengan en husben....

Hari pertama sahur aku masak mee goreng je atas permintaan en husben, aku cakap ok ke tak makan nasi... Dia ok je... Hmm, takut juga dia letih sebab dia kan kerja site.. Aku boleh la dok dalam ofis je, hehe..... Berbuka hari pertama kami balik berbuka kat kampung halaman aku yang tercinta bersama-sama mama & abah tercinta.... Dan bersahur juga kat sana, lepas tu terus dari kampung mai ofis....
Petang ni tak tau lagi nak berbuka apa, harap berbuka makan kurma je, boleh diet.. Haha... Kesian laki aku dapat binik cenggini..... ' U request jek nak makan apa, nanti i masakkan ok??'
Walaupun aku tak de lah pandai masak pon, tapi aku belajaq... Jangan risau lah sapa yang nak kawin yang tak pandai masak macam aku ni, lepas kawin automatik lah jadi pandai, dapur tu jadi macam bilik sendiri dah, haha....
Semua apa benda nak masak sekarang ni google je, macam-macam resepi keluaq...... 
So dont worry be happy, aku ni dalam proses lagi nak jadi chef untuk laki aku... hihi....

Ok lah, kelaut dah ni.. Harap ramadhan kali dipenuhi dengan amal ibadat, berubah ke arah yang lebih baik dan mendapat seribu keberkatan & rahmat dariNYA... InsyaALLAH....


Psstt : Harap sangat puasa kali ni dapat puasa penuh, hihi..... 
Ehemm.....

Alaa.. Tomeii tomeiii..........

Assalamualaikum...

Ehemm......... Cumill nyerr baby-baby ini.....





~Hihi....


~Sambil tido pon boleh senyum....


~Kena bedung..

~Alolo....Sexy nya....





Semuanya cute-cute kan....... Hehe
Banyak lagi lah yg cute miut..... Nak tengok lagi boleh gi kat blog nie...
Kat sini pon ada & kat sini...

Psstt : Tetiba google pic baby, macam dah tak sabar je nak ada baby sendiri... Hehe.. (*_^)

Birthday Surprise

Assalamualaikum...


Harini adalah besday suami kesayangan saya... Chewaahh.....
Ok... Aku telah berjaya wat something special untuk my husben, walaupon hempa rasa tak dak lah special mana pon, tapi bagi aku yang tak pernah wat macam tu akhirnya berjaya bila dok planning baik punya... Hehe... Meh tengok 3 planning yang telah aku wat, tu dia.. Tamak gilaa wat sampai 3.... Hahaha..


1. Wish birthday melalui video


Semalam tunggu sampai pukul 12 baru aku masuk bilik, nak tunggu pukul 12 punya pasal, aku tertido kat sofa, haha... Sebelom tido semalam aku ada bagi dia tengok satu video, aku cakap... 'Abang, tengok video ni lawak la'... Dia pon tengok sambil aku pegang phone, sebenarnya tu video wish happy besday yang bagi aku comell la juga... Hehe... Pas tu terus wish 'Heppy besday abang', muka dia dah cuak masa tu.... Terkezutt lettew.... Hehe... Pastu boleh tanya, 'eh... Dah kul 12 ke??' Hmm..... Jam saya dah pukul 12 la.... Jam awak tak tahu ler... Hihi.... 'Ingat juga yea besday abang, ngatkan dah lupa'... Mana leh lupa, sehari dok planning macam-macam... Harap menjadi ler.... Siap tipu sunat lagi, hihi... Ada ke tipu sunat...??



~Ni ler videonya.. Cumill x?? =)

2. DIY Birthday Kad

Sehari sebelom 3hb ni, aku dok pulun design kad besday kat opis ni... Dok design sampai pening nak wat camna, haha.... Masa tu dah pukul 5, dah nak balik.... kelam kabut gak, pastu nak wat en husben tempat duduk kat belakang je, takut gak dia nampak dan terkantoi... Hehe... Last sekali print je wat kering sambil sengih-sengih, pastu yang len bawa lik rumah je wat time line klear... Masa banyak lagi.... Nasib sempat gak siap, aku dok dalam bilik sambil lekat-lekat apa yang petut, tak de lah cantik sangat.... Tapi boleh la, hehe....
Pagi tadi letak bawah bantal, pastu suruh en husben ambil kertas bawah bantal... Dia pon amik terus sengih-sengih.... Aku wish lagi sekali 'Hepi besday', dia tanya 'bila wat ni??', aku jawab 'ada la... Rahsia, hehe'


~Ni la kad aku wat sendiri... Hehe...... 
*Malututupmukadengantudung


3. Kek Coklat Kukus Sendirian Berhad =)

Kek ni aku wat sendiri tanpa pengetahuan en husben dan disebabkan nak wat kek ni lah terjadinya tipu sunat... Maafkan i yea darlingg.... =)
Petang tu sepatutnya en husben ada badminton, jadi aku offer nak gi keja naik motor je, nanti pas keja tak yah la dia nak antaq aku balik rumah plak kan... Dia terus gi badminton, aku balik umah terus... Tapi badminton kansell... Adoii... Plan B lah nampakya... ;D
Terpaksa la tipu kata Cik Mun mintak tolong wat something kat umah dia pas balik keja nanti, dalam 5.30 ptg berdesupp pegi umah sewa lama.. Nasib tak jauh sangat,hehe.... Dok pong pang pong pang wat, siap juga akhirnya tinggal nak kukus jer, sedap gak aku wat... Asyik dok calit je rasa adunan tu... Haha....... Aku tak pandai sangat, tapi nasib ada Cik Mun tolong, sebab dia dah terer wat  Kek Coklat kukus ni, siap dapat tempahan lagi... Hehe.... Nak kukus dengan hias untuk topping tu aku serahkan pada Cik Mun je sebab aku nak kena balik umah, kata nak pegi kejap je kan... Dalam 7.30 baru balik umah.. Hehe... Nasib lah en husben tak tanya pape.... ; )

Pagi tu before gi keja aku singgah umah Cik Mun untuk ambil kek tu, aku bagitau nak tolong bawa kek yang mun wat untuk kak jah, dia wat tempahan kat Cik Mun, kebetulan besday anak kak jah tu sama gan besday en husben.. Pastu en husben pon ok, mula-mula aku ambil kek yang dah siap di hias tu tengok cantik gak.... Pas tu terus bawa gi kat en husben dalam keta dan kata 'Hepy besday lagi sekali' ... Tapi en husben blur, 'dia tanya ni ke kek kak jah??' Haha... Aku gelak... 'Ni kek untuk you la sayang, i buat kelmarin ok, tapi hias-hias ni semua mun la yang watkan, i tak sempat nak sambung wat dah kelmarin' (Sambil senyum)
Dalam kereta en husben cubit-cubit cakap aku tipu dia..... Haha... Tipu sunat je..


~Kek Coklat Kukus hasil titik peluh aku dan Cik Mun, hehe..... Terima Kasih banyak-banyak kat Cik Mun yang membantu aku wat kek ni dan planning semua ni..... Sayang hanggg!!!! =)

Pagi tu pegi ofis bawa 3 biji kek lah..... 1 lagi tu lebih dari kek yang aku wat, sebab aku guna loyang kecik je.. Yang selebihnya Cik Mun wat dalam loyang len, tu yang jadi 3 biji kek, 1 kek anak kak jah, 1 kek en husben dan 1 lagi kek lebihan adunan kek aku tu... 

Kepada Suami yang Ku sayangi......
Semoga umur yang ada dipenuhi dengan ibadah kepadaNya. Moga kasih sayang kita ini kekal sampai Syurga Allah SWT. InshaAllah. 
I love youuuu so muchhhhhh !!!!
Semoga kita sentiasa dalam redha Allah SWT. InshaAllah dan
Semoga apa yang saya lakukan ini awak suka dan ingat sampai bila-bila.....

With Love,
Fatin Khadir

Happy Birthday to My Lovely Hubby… =)


Assalamualaikum..

Kepada en husben,
Selamat Hari Lahir yang ke 29
Semoga dipanjangkan umur
Semoga dapat kesihatan yang berpanjangan
Semoga dipermudahkan segala urusan

~Saya sayang awak sehingga akhir hayat saya.. :)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

 BabyFetus Ticker